FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

3 posters

Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by tomyejam Sun 11 Apr 2010, 12:58 am

Negeri Sembilan juarai Piala FA

10/04/2010 11:50pm

KUALA LUMPUR 10 April - Negeri Sembilan menjuarai bola sepak Piala FA selepas menundukkan Kedah menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tambahan masa perlawanan berakhir. - Utusan
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by tomyejam Sun 11 Apr 2010, 12:59 am

huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu tahniah skuad Hobin Jang Hobin nasib baik korang monang kalo x den Hobin korang sorang2 kang huhuuuuuuuuu ado cuti tak agak eh senin nieh hehehee...TOk Mat oiii bagi la N9 cuti weiii
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by tomyejam Sun 11 Apr 2010, 1:02 am


BARISAN pemain Negeri Sembilan menjalani latihan ringan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


NEGERI Sembilan hanya ada satu misi pada perlawanan akhir Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Mereka hanya mahu menang, sekali gus muncul juara Piala FA edisi 2010 ini.
Untuk merealisasikan hasrat tersebut, skuad Hoben Jang Hiben ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan mereka mahu berjuang habis-habisan dengan nekad 'apo nak jadi-jadilah, den nak monang' biarpun pasukan lawan dilihat pilihan pada perlawanan akhir ini.
Kejayaan menumbangkan Selangor dalam saingan separuh akhir lalu membuatkan Negeri Sembilan optimis untuk menjulang piala tersebut seperti yang telah mereka buktikan di stadium yang sama ketika menjulang Piala Malaysia musim lalu menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir.
Bagi memastikan gawang Negeri Sembilan tidak dirobek, penjaga golnya, Sani Anuar Kamsani sudah bersedia dan tidak rela dibolosi lawan.
Dia yang menggantikan penjaga gol utama, Mohd. Farizal Harun akibat kecederaan berkata: "Saya akan mempertahankan gawang ini dalam tempoh 90 minit permainan. Ini adalah amanah paling besar, bukan sahaja kepada peminat tetapi maruah Negeri Sembilan.
"Ini peluang keemasan untuk skuad Negeri Sembilan membawa pulang Piala FA dan saya akan pastikan impian itu tertunai."
Jelasnya, pertemuan malam ini disifatkan penting dan ia adalah misi menebus kekecewaan pada Piala FA musim lalu yang menyaksikan mereka tersingkir di separuh akhir.
Sementara itu, ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya pula menjelaskan, debaran sememangnya dirasai oleh semua pemain lebih-lebih lagi apabila turun beraksi pada perlawanan akhir.
Begitupun katanya, ia tidak akan menjejaskan konsentrasi dan menanam tekad untuk menjulang Piala FA.
Bagi pemain sensasi pasangan kembar Zaquan Adha Abd. Razak dan Aidil Safuan berkata, mereka akan memastikan piala tersebut menjadi milik Negeri Sembilan.
"Saya tidak mahu untuk menetapkan jumlah jaringan, tetapi misi utama kami adalah untuk menang," kata Zaquan.
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by tomyejam Sun 11 Apr 2010, 6:59 am

N.Sembilan juara

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Su_01.1
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama para pegawai dan pemain meraikan kemenangan menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kedah 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - mingguan/ismail kamadin ismail kamadin & mohD. farizwan hasbullah
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan memerlukan tuah penentuan penalti untuk kembali menjulang Piala FA dengan menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir edisi ke-21 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam, sambil terus mengesahkan mereka kuasa baru bola sepak negara selepas menggondol Piala Malaysia, musim lalu.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit permainan sebenar mahupun setelah pengadil R. Krishnan mengheret ke masa tambahan di depan kira-kira 70,000 penonton yang majoritinya dibentuk penyokong Hijau Kuning.Anak buah Wan Jamak Wan Hassan menjulang trofi persaingan bola sepak setelah sepakan pemain Kedah, Sabre Mat Abu ditepis penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani pada sepakan ketujuh biarpun Kedah satu ketika lebih berpeluang cerah untuk menamatkannya lebih awal akibat lawan tersasar sebanyak dua kali menerusi Zaquan Adha Radzak dan Asyraf Al Japri.Turut menyudahkan sepakan itu bagi Negeri Sembilan ialah Norizam Salaman, Aidil Zafuan Radzak, S. Kunanlan, Shukor Adan dan Rezal Zambery Yahya sementara Kedah menerusi Shahrulnizam Mustapa, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim dan M. Aminnuddin.Malah, Kenari lebih dulu yang menyentap lawan menerusi gol Baddrol Bakhtiar pada minit ke-27, namun disamakan oleh Shaffik Rahman, kira-kira 12 minit kemudian.Inilah kali kelima pemilik trofi berkenaan ditentukan menerusi sepakan penalti seperti mana 1999, 2000, 2006, 2007 dan tahun lalu.Kedah pernah memenangi salah satu daripadanya, ketika menewaskan Perlis 4-2 setelah terikat 0-0 sehingga masa tambahan dalam edisi ke-18, tiga tahun lalu.Ini adalah kemenangan kedua Negeri Sembilan selepas 2003. Sementara itu, pemain Kedah Baddrol dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala Helmi sebagai penjaga gol terbaik.Negeri Sembilan bertindak garang untuk mencari gol awal apabila minit ketujuh sudah merakamkan serbuan pemain tengahnya, Idris Karim yang hanya kekurangan beberapa saat dan inci untuk menyambar lintasan bola hasil sepakan sudut K. Thanaraj dari sebelah kiri.Kedah enggan ketinggalan dalam menguji gawang juara Piala Malaysia 2009 itu biarpun sepakan percuma Baddrol Bakhtiar, dua minit kemudian terlebih dulu mengenai tembok yang dibina lawan di depan kotak penalti mereka.Bek tengah Si Rusa tiba-tiba menggamamkan seketika Kedah, namun tandukannya daripada satu sepakan bebas sebelah kanan, sekadar tersasar.Pada minit ke-27, Stadium Nasional seperti gegak gempita dengan jeritan kegembiraan kem Kedah dan ribuan penyokong Hijau Kuning ketika menjadi saksi Baddrol mempamerkan kepintarannya menjaringkan gol pendahuluan perlawanan.Mendapat umpanan tepat Syafiq Jamal, pemain muda yang pernah berguru di Chelsea itu dengan tenang melambungkan bola yang memukau dan mudah melepasi penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.Namun, giliran penyokong Hoben Jang Hoben bertempik 'Gol' pula tiba minit ke-39 setelah penyerang muda Negeri Sembilan, Shaffik Rahman menggelecek tiga pemain pertahanan dan Helmi Eliza Elias untuk menyumbat jaringan penyamaan dengan kaki kirinya.Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan bola berpihak kepada Kedah dengan asakan bertali arus menimpa kubu anak buah Wan Jamak Wan Hassan seawal minit ke-46 masing-masing menerusi percubaan Khyril Muhymeen Zambri, Fazliata Taib, Baddrol dan Syafiq.Enggan dihukum seperti minit ke-27, Shukor, bekas ketua pasukan negara dan gandingan pertahanan tengahnya, Aidil Zafuan Radzak sentiasa bekerja keras menyekat kemaraan menggila Sang Kenari sekali gus melegakan seketika Sani Anuar yang agak cemas.Bagaimanapun, Negeri Sembilan berpeluang mengejutkan skuad bimbingan Ahmad Yusof dan hanya kelengahannya meledakkan sepakan bola dalam kotak penalti minit ke-74, memudahkan Helmi Eliza menangkap bola percubaan pemain kelahiran Melaka itu.Perlawanan kemudian diheret ke masa tambahan 30 minit setelah kedudukan masih terikat 1-1.Norizam Salaman yang masuk menggantikan Firdaus Azizul pada babak kedua pula menguji Helmi Eliza dengan sepakan percuma yang melengkung namun masih sempat ditepis keluar penjaga gol Kedah itu pada minit ke-96.Kedah pula mensia-siakan peluang untuk kembali di depan pada minit ke-100 menerusi rembatan tersasar pemain gantian, Wan Zaim Wan Azizan hasil umpanan ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa.Namun, penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Radzak yang mendapat kesempatan terbaik menerusi rembatan kaki kanannya pada minit ke-115 turut dinafikan gol dengan tepisan pantas Helmi Eliza.Begitu juga sepakan bebas Baddrol yang sekadar singgah tepat ke dakapan penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar, dua minit kemudian.
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by devil Sat 17 Apr 2010, 4:58 am

hobin jang hobin..
monang lagi taun ni.. Laughing
devil
devil
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : rempit
Gender : Male
Jumlah Post : 619
Umur : 42
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 6181

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by tomyejam Sun 18 Apr 2010, 11:07 pm

huhuuuu.....dah kono hobin ngan kelate sabtu lepas kalah 3-1 hahaa...
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by azrunia Mon 19 Apr 2010, 11:04 pm

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) 414960 Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) 414960 Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) 414960
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN) Empty Re: Piala FA : Negeri Sembilan juarai Piala FA (UTUSAN)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum