FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelulusan Baru Kursus Diploma Kejururawatan Ditangguh Mulai 1 Julai (BERNAMA)

Go down

Kelulusan Baru Kursus Diploma Kejururawatan Ditangguh Mulai 1 Julai (BERNAMA) Empty Kelulusan Baru Kursus Diploma Kejururawatan Ditangguh Mulai 1 Julai (BERNAMA)

Post by MaStErMiNd Tue 06 Jul 2010, 10:44 am

Kelulusan Baru Kursus Diploma Kejururawatan Ditangguh Mulai 1 Julai (BERNAMA) 07
gambar dari myonestopsarawak.com.my

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa 1 Julai ini, kerajaan
akan menangguhkan kelulusan kursus baru diploma kejururawatan dan
penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan
program itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu bagi
memastikan institusi sedia ada yang menawarkan program tersebut dapat
menaik taraf kualiti kursus dan pencapaian pelajar mereka.

"Jemaah Menteri baru-baru ini telah berbincang dan bersetuju supaya
satu moratorium (penangguhan) diadakan terhadap kelulusan kursus dan
penubuhan IPTS yang menawarkan program diploma kejururawatan.

"Sudah banyak sangat kursus diploma (kejururawatan) yang ada sekarang,
kita sekarang nak menggalakkan kursus kejururawatan dalam bidang ijazah
pula. Kita juga hendak menggalakkan jururawat sedia ada untuk
mendapatkan ijazah pada masa-masa akan datang," katanya kepada
pemberita, pada hari Sabtu.

Liow yang ditemui selepas merasmikan persidangan pertama Malaysia
mengenai kejurawatan dalam bidang jagaan jantung, berkata hari ini
terdapat 109 IPT menawarkan kursus kejururawatan di seluruh negara iaitu
28 kolej di bawah kementeriannya, 10 di IPT Awam (IPTA), 70 di IPTS dan
sebuah di bawah Kementerian Pertahanan.

Daripada jumlah itu, Liow berkata sebanyak 89 IPT menawarkan program
diploma iaitu 17 di bawah kementeriannya, tujuh di IPTA, IPTS (64) dan
Kementerian Pertahanan (satu).

"Bakinya hanya 20 IPT yang menawarkan kursus di peringkat sijil atau
ijazah," katanya.

Liow berkata sehingga Disember lepas, terdapat 83,802 jururawat
pelbagai kategori di negara ini dan 61,677 daripadanya berkhidmat di
sektor awam manakala baki di sektor swasta.

"Seramai 60,321 atau 72 peratus daripada jumlah itu ialah jururawat
terlatih. Yang lain ialah jururawat masyarakat (22 peratus), penolong
jururawat (5 peratus) dan bidan (1 peratus).

"Bilangan pengeluaran jururawat terlatih pada tahun lepas pula ialah
8,279 orang, iaitu seramai 2,402 dari kolej kementerian, 528 dari IPTA
dan 5,349 dari IPTS," katanya.

Nisbah bilangan jururawat bagi semua kategori dengan populasi penduduk
semasa di negara ini adalah 1:340, manakala nisbah jururawat terlatih
dengan populasi pula adalah 1:470, katanya.

"Nisbah sasaran jururawat terlatih dengan populasi penduduk yang
disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah 1:200 dan ini dijangka
boleh dicapai menjelang tahun 2020," kata Liow.

Sementara itu, beliau berkata terdapat keperluan bagi negara ini
meningkatkan jumlah jururawat dalam bidang jagaan jantung memandangkan
pada masa kini hanya 548 jururawat berdaftar yang bekerja di bawah
kementerian mempunyai latihan dalam bidang tersebut.

"Pada tahun 2008, penyakit berkaitan jantung adalah punca kematian
utama di hospital kerajaan, iaitu 16.5 peratus daripada semua kematian.

"Dianggarkan di Malaysia, 141 daripada 100,000 orang menghidapi
penyakit berkaitan jantung setiap tahun. Ini bermakna bagi populasi 28
juta kita menjangka sehingga 40,000 pesakit baru setiap tahun dan ini
boleh membebankan sistem jagaan kesihatan kita," katanya.

Liow berkata pada masa ini hanya tiga kolej kejururawatan di bawah
kementeriannya iaitu di Pulau Pinang, di Sungai Buloh, Selangor dan di
Johor Baharu yang menawarkan latihan kejurawatan untuk jagaan jantung.

-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum