FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Najib sahkan skim gaji baru ditangguh

Go down

Najib sahkan skim gaji baru ditangguh Empty Najib sahkan skim gaji baru ditangguh

Post by MaStErMiNd Fri 13 Jan 2012, 11:02 am


G MANIMARAN, NURUL NADIA dan ARHIZA AHMAD
January 12, 2012
Najib sahkan skim gaji baru ditangguh Image

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osman turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai penangguhan SBPA.

"Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.
Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

--- Sinar Harian
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Najib sahkan skim gaji baru ditangguh Empty Re: Najib sahkan skim gaji baru ditangguh

Post by MaStErMiNd Fri 13 Jan 2012, 11:23 am

Kewajaran penangguhan SBPA


Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

AKHIRNYA pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
ditangguhkan. Keputusan tersebut tentunya menutup dilema penjawat awam
yang hanya mempunyai tiga hari saja lagi untuk mengembalikan borang
opsyen.

Sememangnya sejak SBPA diumumkan pelbagai reaksi dan kenyataan dapat
dilihat - hangat dan dingin. Di sebalik khabar kenaikan gaji dan
penyusunan jawatan, masih ada rasa tidak puas hati di kalangan penjawat
awam terutama yang berpangkat rendah.

Perkara itu diakui sendiri oleh CUEPACS yang mengadakan pertemuan
dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi berunding semula terma-terma dalam
SBPA.

Persoalannya, adakah keseluruhan kakitangan awam di negara ini telah
diberi penerangan dan penjelasan mengenai skim itu sebelum ia
dilaksanakan. Atau sekadar memberi peluang kepada mereka menatap
terma-terma sebelum borang dikembalikan?

Khabarnya, ramai penjawat awam masih kabur dan keliru mengenai SBPA.
Kumpulan mana yang benar-benar dapat manfaat daripada skim tersebut -
gaji rendah, pertengahan atau super skil.

Sumber perkhidmatan awam memberitahu, secara pukal golongan penjawat
awam selain peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya mendapat
kenaikan paling tinggi RM320 dan purata memperoleh RM200. Itu mungkin di
peringkat penjawat awam kategori gaji pertengahan. Bagaimana pula
dengan kenaikan gaji untuk JUSA?

Khabarnya, kenaikan kategori itu paling menimbulkan rasa tidak puas
hati sehingga SBPA dilihat agak pincang daripada matlamat asal.

Kenaikan untuk JUSA dan ke atas dikatakan amat lumayan hampir
menyamai gaji asas di tahap sedia ada (dilaporkan hampir RM5,500).
Adalah diakui penjawat awam di peringkat JUSA mempunyai beban kerja yang
agak besar, tetapi bagaimanapun pula dengan kakitangan rendah yang
bertungkus lumus memberi perkhidmatan supaya golongan atasan dilihat
membuat kerja?

Bukankah kesemua kategori dalam perkhidmatan awam sama penting kerana
sumbangan mereka untuk sama-sama membangunkan bidang masing-masing.

Misalnya, jika guru-guru berkhidmat dengan cemerlang maka guru besar
atau pengetua bakal mendapat nama yang baik, sekolah juga akan
mencatatkan keputusan gemilang. Jadi adakah wajar jika kenaikan gaji
guru hanya 1 peratus daripada kenaikan gaji guru besar atau pengetua.

Satu lagi dipersoalkan di dalam SBPA adalah pengenalan Kumpulan
Premier. Ada kerunsingan dan kebimbangan selain tanda-tanya yang mesti
dijawab atau diperjelaskan bagi mengelak salah sangka.

Sumber perkhidmatan awam membangkitkan persoalan mengapa kerajaan
terpaksa berbelanja besar untuk mereka walhal perkhidmatan kerajaan
telah beroperasi dengan baik selama ini.

Kenapa perlu ada kumpulan baru sedangkan perkhidmatan awam di negara
ini semakin cemerlang dan mampu menambah baik tanpa perlu kumpulan atau
jawatan baru sebelum ini.

Apatah lagi apabila orang luar turut dibenarkan mengisi jawatan
tersebut biar pun menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu
Bakar Abdullah calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada
calon dari kalangan penjawat awam yang layak mengisi jawatan tersebut.

''Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan
tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier,'' katanya baru-baru
ini.

Memang diakui seperti mana yang ditegaskan Abu Bakar, setiap dasar
atau skim yang diputuskan kerajaan bertujuan mengatasi masalah sedia ada
dan juga melihat kemungkinan pada masa akan datang.

Tetapi bagaimana pula jika skim yang diperkenalkan mencetuskan
masalah baru selain menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
penjawat awam sehingga dibimbangi kelak akan menjejaskan mutu
perkhidmatan.

Khabarnya juga, syarat-syarat perkhidmatan yang lebih rumit
terkandung di dalam SBPA. Sepatutnya skim baru lebih memudahkan
kakitangan. Merumitkan mengundang masalah dan ia bukan petanda yang baik
untuk kakitangan awam termakan dengan mungkin satu atau dua peratus
manfaat kecil yang ditawarkan di dalam skim itu.

Rata-rata kakitangan awam mengalu-alukan hasrat murni kerajaan mahu
melegakan bebanan mereka tetapi janganlah kerana terdapat kecacatan
dalam pelaksanaan SBPA, maka hasrat tersebut tersasar sehingga
menimbulkan kekeruhan.

Daripada bilangan 1.4 juta penjawat awam, ramai merasakan cuma
segelintir (mungkin kurang 1,000 orang) yang merasa nikmatnya tetapi
yang lainnya terpaksa berfikir panjang apakah yang ada untuk mereka.

Maka berilah ruang untuk SPBA dikaji semula. Ambillah masa yang
mencukupi untuk melihat semula kepincangan yang mungkin tidak
disengajakan. Rundinglah dengan semua pihak yang terlibat, jangan cipta
skim untuk kepentingan satu kumpulan sahaja lantaran perkhidmatan awam
melibatkan semua.



--- Utusan Malaysia
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum