Hadiah pengorbanan ibu
Page 1 of 1
Hadiah pengorbanan ibu
ANGAR: “Ijazah yang diperoleh ini adalah untuk ibu (Jaonah Bahari)
kini bertarung dengan maut selepas koma kerana penyakit ketumbuhan
dalam otak,” kata Mohd Abd Hafiz Zakaria, 25, penerima Anugerah Emas
Diraja sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari
ini.
Katanya, ibunya berusia 61 tahun itu bersungguh-sungguh mahu datang ke
Perlis bagi melihat dia menerima ijazah tetapi tidak mampu berbuat
demikian selepas diserang penyakit itu beberapa hari lalu hingga tidak
sedarkan diri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Terbayang
keceriaan wajah ibu selepas dimaklumkan saya menerima anugerah ini dan
dia tidak sabar meminta saya menempah hotel di Perlis untuk dia hadir
melihat konvokesyen ini.
“Tetapi dugaan besar berlaku
terhadap saya apabila minggu lalu doktor mengesahkan ibu menghidap
ketumbuhan dalam otak dan kini dalam tahap kritikal serta perlu segera
menjalani pembedahan.
“Saya sentiasa berdoa ibu selamat
menjalani pembedahan untuk membolehkan kami meraikan bersama kejayaan
ini,” kata graduan Kejuruteraan Alam Sekitar itu.
Mohd Abd
Hafiz yang berasal dari Sungai Rambai, Melaka, anak keenam daripada
tujuh beradik, bapanya meninggal dunia selepas terbabit dalam
kemalangan ketika dia berusia lapan tahun.
Dia antara dua
penerima anugerah tertinggi itu dan kini sudah bekerja di sebuah
syarikat dalam bidang Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar di Melaka
serta bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.
Seorang
lagi penerima, Tan Chen Yau, 24, anak penoreh getah yang mengikuti
program sama dengan Mohd Abd Hafiz. Mereka menerima pingat emas, sijil
penghargaan dari Majlis Raja-Raja, RM5,000 dan sijil penghargaan.
Sementara
itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Kamarudin Hussin berkata, seramai
500 graduan Unimap sudah bekerja di pelbagai sektor industri berasaskan
kejuruteraan walaupun belum sempat menggenggam ijazah bagi mengesahkan
mereka sebagai jurutera sebenar.
“Kami berbangga dengan
kepercayaan industri memilih produk UniMAP untuk bekerja dan yakin baki
graduan yang menerima skrol ini akan memasuki alam pekerjaan dalam
tempoh singkat.
“Pemilihan 500 warga Unimap itu membuktikan
15 program berasaskan kejuruteraan ditawarkan mendapat kepercayaan dan
pengiktirafan industri,” katanya.
Raja Muda Perlis selaku Canselor UniMAP berkenan berangkat
menyampaikan ijazah dan diploma kepada 1,176 graduan dua sidang sempena
konvokesyen di Dewan 2020 di sini, hari ini.
-metro online-

Similar topics
» Peg sains nie klu bab teori mmg terror abih la...tp klu bab
» PENGORBANAN SUCI
» Profesion perubatan tuntut pengorbanan
» Pengorbanan besar tidak dihargai - berita harian
» Kerjaya Jururawat : Jururawat perlu pengorbanan tinggi - Utusan Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak