FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Profesion perubatan tuntut pengorbanan

Go down

Profesion perubatan tuntut pengorbanan Empty Profesion perubatan tuntut pengorbanan

Post by Puteri Kayangan Mon 12 Sep 2011, 10:29 am

Profesion perubatan tuntut pengorbanan
Oleh Liow Tiong Lai
bhnews@bharian.com.my
2011/09/07

Doktor, jururawat perlu ada kriteria khusus untuk diterima masyarakat

SETIAP hari saya cuba membaca ruangan surat pembaca di akhbar. Pendapat pembaca selalunya memang menarik, jelas dan berterus-terang, berwawasan dan ada kalanya lucu serta menyentuh perasaan.
Bagaimanapun, saya berasa amat gembira apabila membaca surat daripada pembaca yang mahu berkongsi pengalaman manis yang mereka alami di sesebuah hospital atau klinik, sambil memberikan pujian dan penghargaan kepada kakitangan kesihatan yang merawat mereka.
Kebiasaannya doktor, jururawat dan kakitangan hospital sering mendapat kritikan dan cacian berbanding pujian. Mereka adalah golongan profesional yang berhadapan dengan pesakit dan keluarga mereka, yang terpaksa mententeramkan pesakit yang bimbang dan takut, pada masa sama juga terpaksa berhadapan dengan tekanan fizikal serta emosi ketika menjalankan tugas mereka.

Pun begitu, mereka tidak pernah mengecewakan kita. Mereka terus menunaikan ikrar dibuat ketika menyertai profesion ini, iaitu untuk berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab yang dipikul tanpa menghiraukan perkara remeh.

Saya menyaksikan sendiri bukti dedikasi dan minat mendalam ini pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Pada hari pertama Syawal, saya berkunjung ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang mana saya menemui ramai kakitangan yang sanggup mengorbankan cuti perayaan demi melaksanakan tugas mereka.

Saya bertanyakan kepada mereka sama ada mereka sedih kerana terpaksa bekerja dan tidak dapat bersama keluarga dan sahabat handai. Sebahagian besar daripada mereka memberitahu Aidilfitri tidak membawa erti sekiranya mereka mengabaikan tugas dan khidmat kepada golongan yang memerlukan rawatan dan bantuan mereka. Mereka menganggap pesakit juga adalah keluarga mereka.
Saya melihat di sekitar wad hospital dan dapati bahawa kita juga boleh menemui keluarga dan sahabat handai di tempat yang tidak dijangka. Saya nampak seorang lelaki tua Cina yang dalam keadaan lemah cuba menggagahkan diri, walaupun berada dalam kesakitan sedang ditenangkan oleh seorang jururawat muda Melayu sambil jururawat itu memasang IV drip pesakit berkenaan. Di wad pediatrik pula, kanak-kanak pelbagai bangsa dan keturunan asyik bermain bersama-sama, sambil beberapa doktor kelihatan cuba menunjukkan kepada mereka cara membuat songkok.

Kakitangan HKL itu tidak bersendirian – di merata ceruk negara, ramai lagi warga Kementerian Kesihatan tekun menjalankan tugas mereka setiap hari, bukan untuk mendapat nama atau pengiktirafan, tetapi demi pesakit yang mereka rawat.


Saya turut menyaksikan satu kisah yang menyentuh hati melalui CNN ketika Taufan Irene melanda kawasan pantai timur Amerika Syarikat baru-baru ini. Kakitangan Pusat Kesihatan New York University-Langone enggan berpindah ke tempat selamat, walaupun hospital itu diramalkan terletak di laluan taufan itu dan hanya 100 ela dari East River, sungai yang dikhuatiri ramai akan melimpah airnya. Mereka mengambil keputusan untuk terus berada di hospital itu pada hujung minggu untuk menemani pesakit di wad rawatan intensif yang tidak dapat dipindahkan kerana sakit teruk.

Pada awalnya, pengurus jururawat ICU itu bimbang yang dia akan menghadapi kesukaran mendapatkan tujuh jururawat yang sanggup berada di hospital itu, tetapi akhirnya hampir 20 jururawat melaporkan diri untuk bertugas secara sukarela. Pada akhirnya, 200 kakitangan berada di NYU, termasuk jurutera, pengawal keselamatan, kakitangan penyenggaraan, bank darah serta dua doktor.

Inilah maksud sebenar menyertai profesion perubatan. Ia bukan untuk buat duit menjadi kaya atau terkenal, sebaliknya menggunakan kemahiran dan latihan bagi menyumbangkan khidmat yang sangat diperlukan masyarakat.

Ramai kakitangan kesihatan peringkat kanan dan ahli akademik hari ini yang mengeluh kerana graduan perubatan dan kejururawatan tidak sanggup menyahut cabaran tugas ini. Mungkin generasi muda ini tidak sedar bahawa untuk menjadi doktor atau jururawat bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata.

Perkara paling utama tugas ini ialah aspek kemanusiaan. Keprihatinan, kesabaran dan sikap baik hati adalah antara nilai yang membezakan antara seorang doktor yang baik dan seorang doktor cemerlang. Layanan baik atau ‘bedside manner’ bukan sekadar klise. Pesakit bergantung bukan saja kepada ubat-ubatan dan prosedur rawatan untuk sembuh, malah mereka perlukan belaian dan jaminan daripada kakitangan kesihatan.

Kemampuan berkomunikasi dengan baik dan sikap terbuka juga penting kerana kakitangan perubatan dan kesihatan berhadapan dengan pesakit daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Kita tidak boleh membiarkan sikap prejudis dan berat sebelah menentukan cara melayani pesakit - kita hendaklah mengetepikan perbezaan warna kulit, kepercayaan dan darjat.

Sebahagian besar sikap dan nilai ini dipelajari daripada pengalaman ketika bertugas. Kakitangan perubatan, terutama graduan muda hendaklah mengamalkan sikap rendah diri dan berfikiran terbuka apabila ketika bertugas. Jangan fikir mereka mempunyai semua jawapan, sebenarnya banyak yang dapat mereka pelajari daripada pesakit yang datang menemui mereka untuk mendapatkan rawatan.

Penulis ialah Menteri Kesihatan.

www.liowtionglai.com/blog atau twitter@liowtionglai

sumber dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Profesionperubatantuntutpengorbanan/Article/
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Profesion perubatan tuntut pengorbanan Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum