FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Liverpool, Juve langkah kanan

Go down

Liverpool, Juve langkah kanan Empty Liverpool, Juve langkah kanan

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 9:57 am

PARIS: Gergasi Eropah, Liverpool dan Juventus bermula dengan langkah
kanan bersama jurulatih baru apabila masing-masing mencatat kemenangan
dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan ketiga Liga Europa, semalam.



Dua jaringan David Ngog (gambar) menghadiahkan
kemenangan buat Liverpool bimbingan Roy Hodgson ketika menentang kelab
kerdil Rabotnicki di Macedonia manakala Luigi Delneri menyaksikan anak
buahnya menewaskan kelab dari Ireland, Shamrock Rovers. 2-0.
Liverpool dan Juve terpaksa mengharungi pusingan kelayakan Liga Europa
selepas masing-masing menduduki tangga ketujuh dalam liga masing-masing
musim lalu sehingga memaksa rombakan di bahagian pengurusan di Anfield
dan Stadio Olimpico.
Berbekalkan 10 pemain Piala Dunia,
termasuk Steven Gerrard, Joe Cole dan Javier Mascherano yang masih
belum cergas, Hodgson menurunkan sebahagian besar pemain simpanan di
Filip II Arena di Skopje.
Liverpool mendahului permainan
pada minit ke-17 apabila hantaran bola Lucas menemui Ngog dan pemain
Perancis itu pantas menghukum kesilapan Egzon Belica yang terjatuh
dengan melambungkan bola melepasi penjaga gol Martin Bogatinov sebelum
menolak masuk bola ke gawang.
Ngog kemudian menjadikan
kedudukan 2-0 pada minit ke-59 apabila melakukan tendangan lambung dari
jarak enam ela selepas mendapat hantaran lintang daripada Martin Kelly
di sebelah kanan.
“Masih ramai pemain saya perlu kenal pasti,
sebahagian daripadanya saya pernah berkerja bersama. Perlawanan itu
satu latihan yang baik,” kata Hodgson yang memuji barisan mudanya.
Jurulatih Juve, Delneri yang memberi peluang kepada beberapa pemain
baru untuk merasai perlawanan kompetitif pertama, termasuk penjaga gol
Marco Storari, bekas pemain pertahanan tengah Bari, Leonardo Bonucci
and pemain sayap Pepe.
Penyerang keturunan Brazil-Itali,
Amauri meletakkan skuad Serie A itu di depan pada minit ke-3 di Dublin
dengan menyempurnakan gerakan satu-dua dengan Diego sebelum menyumbat
gol kedua, 15 minit sebelum permainan tamat.
“Saya selalu
berasakan kami perlu bermain seperti corak permainan biasa dan menutup
ruang yang boleh menyukarkan rentak mereka, namun kami tahu ia bukan
mudah untuk dilakukan dalam tempoh 90 minit permainan menentang skuad
cukup berkualiti,” kata pengendali Shamrock, Michael O’Neill.
“Dengan apa yang kami tunjukkan dalam perlawanan itu, tidak ada apa yang saya boleh minta dari pemain lagi.” - AFP

Liverpool, Juve langkah kanan Affraid
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Liverpool, Juve langkah kanan Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6763

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum