FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tujuh langkah selamatkan bayi

Go down

Tujuh langkah selamatkan bayi Empty Tujuh langkah selamatkan bayi

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 10:42 am

Tujuh langkah selamatkan bayi


- copy from utusan online

SOALAN:
Saya seorang ibu mengandung yang ingin menyusu anak apabila bersalin nanti. Saya memerhatikan bahawa banyak hospital kerajaan mempamerkan plak yang dianugerahi World Health Organisation (WHO) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) sebagai Hospital Rakan Bayi.
Saya amat kagum dengan pengiktirafan sedunia yang diberi kepada hospital awam kita, terutamanya perkhidmatan obstetrik dan pediatrik. Malangnya, ia kurang mendapat penghargaan rakyat sendiri.
Justeru, saya amat berbesar hati jika doktor boleh menerangkan inisiatif Hospital Rakan Bayi dan hubungannya dengan penyusuan ibu dan kesihatan anak.
JAWAPAN:
Empat puluh ribu kanak-kanak meninggal dunia setiap hari di negara-negara yang membangun; lebih kurang 28 kanak-kanak setiap minit.
Di kebanyakan negara ini, 25 peratus kanak-kanak meninggal dunia sebelum hari lahir kelima mereka. Statistik kadar kematian ini merupakan tragedi manusia yang berlaku ke atas kanak-kanak.
UNICEF telah mengenali tujuh aktiviti yang mudah, praktikal dan menjimatkan untuk menyelamatkan nyawa anak-anak kita. Akronim GOBI FFF – Child Survival Strategy menyenaraikan tujuh langkah ini.
B dalam akronim tersebut mewakili Breastfeeding (penyusuan ibu), yang merupakan satu komponen penting dan asas strategi kehidupan kanak-kanak.
Agensi-agensi antarabangsa, terutamanya UNICEF dan WHO, amat khuatir akan penurunan pesat penyusuan ibu dan kesan negatifnya pada kehidupan anak-anak.
Pada tahun 1989, mereka mengumumkan, “sebagai satu sasaran global untuk kesihatan dan pemakanan optimum bagi ibu dan kanak-kanak, semua wanita harus diberi kesempatan mengamalkan penyusuan eksklusif daripada kelahiran sehingga empat hingga enam bulan.
Selepas itu, kanak-kanak harus terus menyusu badan, sambil menerima makanan pelengkap yang sesuai dan mencukupi, sehingga umur dua tahun”.
Sains pediatrik telah menunjukkan bahawa dua tahun pertama zaman kanak-kanak adalah paling penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak dan sistem saraf.
Pelbagai faedah yang dikurniakan dari penyusuan ibu adalah penting untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan optimum pada waktu yang kritikal ini.
Kini, enam juta nyawa kanak-kanak diselamatkan setiap tahun daripada aktiviti penyusuan ibu.
UNICEF menganggarkan terdapat potensi untuk menyelamatkan dua juta nyawa lagi jika penyusuan ibu secara eksklusif diamalkan. Sebahagian besar kematian bayi ini adalah disebabkan oleh jangkitan gastrousus dan jangkitan respiratori akut.
Susu ibu merupakan imunisasi bayi yang pertama. Kolostrum, iaitu susu awalan, adalah pekat dengan antioksidan dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi tisu-tisu badan bayi daripada serangan mikrob.
Mereka memudahkan penubuhan flora bifidus yang baik dalam usus yang mengurangkan organisma-organisma patogenik tidak baik dan menghalang perlekatan E coli dan bakteria lain pada lapik usus.
Malangnya, ramai orang salah menanggap susu awalan (kolostrum) sebagai suatu bendalir serupa “nanah” iaitu kotor dan busuk, dan oleh itu membuangnya.
Jangkitan-jangkitan respiratori akut (ARI) menyumbang kepada lebih daripada 25 peratus dari semua kematian kanak-kanak di negara-negara membangun. Ia juga merupakan sebab yang paling biasa bayi melawat klinik atau dimasukkan ke dalam hospital.
Bayi-bayi yang tidak diberi susu ibu adalah lima kali lebih risiko untuk memperoleh ARI. Jangkitan-jangkitan ARI mereka selalunya lebih teruk dan kemungkinan besar mereka terpaksa dimasukkan ke hospital. Kesan pencegahan daripada susu ibu mengatasi pelbagai jenis ARI termasuk bronkiolitis RSV, otitis media dan pneumonia.
Penyusuan ibu memberi pemakanan optimum untuk bayi-bayi, dengan keseimbangan nutrien yang terbaik. Lemak merupakan komponen yang paling mampu berubah dan kaya dengan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA), yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak.
Susu manusia mengandungi laktosa yang tertinggi berbanding dengan susu mamalia-mamalia lain. Laktosa akan menjana galaktosa, yang diperbadankan ke dalam tisu otak sebagai galaktolipid, sebuah blok binaan yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak yang optimum.
Banyak daripada tambahan nutrisi dalam susu manusia tidak didapati dalam susu formula. Adalah juga terbukti bahawa susu ibu menghasilkan bayi-bayi yang lebih pintar.
Lucas dalam kajian susulan menariknya pada bayi-bayi pramatang di Britain telah melaporkan bahawa kanak-kanak pada umur 7.5 hingga lapan tahun yang diberi susu ibu mempunyai 8.3 mata lebih dalam ujian IQ.
Pelbagai sindrom alahan/alergi dikaitkan dengan pemakanan formula. Ia sering disebabkan oleh alahan imunologi yang buruk terhadap beta lactoglobulin yang terdapat di dalam formula berasaskan susu lembu.
Spektrumnya terdiri daripada gejala-gejala gastrousus seperti kolik bayi, muntah, cirit-birit atau najis berdarah dan masalah penyerapan; hingga ke masalah kulit ekzema dan komplikasi pernafasan rinitis alergi dan asma bronkus.
Kekurangan penyusuan ibu pada zaman bayi juga merupakan satu risiko untuk penyakit usus, ulseratif kolitis.
Terdapat satu corak pengedaran geografi yang menarik berkenaan dengan sklerosis multipel di seluruh dunia. Penyakit tersebut jarang sekali dilaporkan dalam negara-negara di mana penyusuan ibu berleluasa. Kekurangan penyusuan ibu dalam zaman awal kanak-kanak adalah sejajar dengan risiko enam kali ganda mendapat limfoma apabila dewasa kelak.
Wanita yang menyusu anaknya juga menikmati pelbagai faedah.
Sebaik sahaja melahirkan anak, oksitosin yang dikeluarkan sewaktu penyusuan mengecutkan rahim dan mengurangkan insiden pendarahan lepas bersalin dan anemia.
Penyusuan ibu eksklusif menawarkan perlindungan 98 peratus dari menjadi hamil sepanjang enam bulan pertama. Ini adalah dipanggil kaedah amenorea (ketiadaan haid) laktasi (LAM) dan secara universal ia merupakan kaedah pencegahan hamil yang paling berkesan bagi setiap wanita yang menyusu anak, berbeza dengan kaedah-kaedah yang lebih mahal dan kurang didapati seperti pil kontraseptif dan alat intrauterin.
Penyusuan ibu mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari di kalangan ibu-ibu. Di samping itu, aktiviti kenalurian yang semula jadi dari kelahiran ini mengeratkan ikatan ibu dan anak, yang menimbulkan kesan kasih sayang dan terapeutik seumur hidup.
Ibu-ibu yang menyusu bayi mereka jarang kali mendera atau membuang bayi mereka; satu fenomena sosial yang malangnya semakin meningkat sejak tahun kebelakangan ini. Keluarga, masyarakat dan negara juga mendapat manfaat dari budaya penyusuan ibu.
Oleh kerana bayi-bayi yang diberi susu ibu lebih sihat, wang kurang dibelanja untuk penjagaan kesihatan yang termasuk perundingan klinik, ubat-ubat, ujian makmal dan kemasukan ke hospital. Oleh sebab itu, penyusuan ibu merupakan strategi kesihatan kanak-kanak yang paling efektif dari segi kos.
Walaupun banyak sekali manfaat penyusuan ibu, tahap penyusuan ibu seluruh dunia masih belum mencapai tahap yang diingini. Ini adalah disebabkan oleh interaksi kompleks di antara beberapa fenomena.
Ia termasuk pemasaran yang agresif bagi susu gantian; kepercayaan yang salah bahawa susu gantian adalah moden dan lebih sihat; kepercayaan meluas bahawa ibu yang menyusu tidak dapat bekerja di luar rumah; majikan-majikan tidak bersimpati ke arah pilihan kakitangan untuk menyusukan bayi; ketiadaan ahli-ahli keluarga untuk membantu ibu bapa baru.
Kekurangan penglibatan, kemahiran dan pengetahuan di kalangan jururawat dan ahli perubatan profesional dalam meningkatkan penyusuan ibu; dan persekitaran hospital yang mempunyai dasar-dasar dan prosedur-prosedur yang menghalang penyusuan ibu yang sempurna.
Pada tahun 1990, di Florence, Itali, Pengisytiharan Innocenti Mengenai Perlindungan, Promosi dan Penyokongan Penyusuan Ibu mengesyorkan semua kerajaan “supaya bertindak dan mewujudkan satu persekitaran yang membolehkan semua wanita mengamalkan penyusuan ibu eksklusif daripada kelahiran anak hingga umur empat hingga enam bulan dan meneruskan penyusuan ibu dengan makanan pelengkap yang sesuai dan mencukupi sehingga anak berumur dua tahun”.
Hanya satu usaha global boleh memulihkan kuasa wanita-wanita untuk memberi bayi-bayi mereka permulaan yang sihat yang merupakan hak mereka, sebuah dunia yang membenarkan kanak-kanak untuk bertahan dan berkembang maju - sebuah dunia yang “mesra bayi”.
Oleh sebab semakin ramai bayi memulakan nyawa mereka di hospital, Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) telah diwujudkan. Sebuah Hospital Rakan Bayi memberi tumpuan kepada keperluan bayi baru lahir dan memberi si ibu kuasa untuk melaburkan “anugerah” semula jadi mereka bagi kesihatan anak-anak mereka.
Dalam tatakata praktikal, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu para wanita menyusu bayi-bayi mereka dengan mengguna setiap daripada “Sepuluh Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya” yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO.
Ini merupakan suatu usaha memberi bayi-bayi permulaan yang sebaik mungkin dalam kehidupan. Keadaan kini bertambah baik dan sejak awal tahun 1990–an, terdapat kenaikan dalam jumlah bayi yang disusui ibu.
Kementerian Kesihatan telah menunjukkan contoh yang baik dalam mendapat akreditasi BFHI. Semua hospital awam di Malaysia kini merupakan Hospital Rakan Bayi dan diiktiraf oleh UNICEF dan WHO.
Kebanyakan daripada hospital awam ini telah diperiksa semula bagi memastikan mereka mengekalkan taraf mereka. Kebanyakan dari hospital swasta juga sedang mengikuti contoh hospital-hospital awam.
Sekurang-kurangnya lima hospital swasta dan sebuah hospital universiti di Malaysia sudah dianugerahi status BFHI dan ada lebih banyak lagi yang sedang membuat persediaan bagi proses akreditasi.
Kegiatan positif ini pasti merupakan petanda yang baik untuk sistem kesihatan; memberi permulaan yang paling baik kepada bayi baru lahir kami.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Neonatologi, Dr. Musa Mohd. Nordin.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Tujuh langkah selamatkan bayi Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum