FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Awas bila putik tidak berbunga

Go down

Awas bila putik tidak berbunga Empty Awas bila putik tidak berbunga

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 10:50 am

ISU hubungan seksual suami isteri sukar ditangani apabila kedua-dua
pihak kurang pengetahuan mengenainya. Oleh itu pasangan berkahwin perlu
tahu fungsi dan keadaan alat kelamin mereka supaya setiap hubungan yang
berlaku memberi keselesaan kepada kedua-dua pihak.



Dalam isu ini saya mahu menyampaikan maklumat
mengenai alat kelamin wanita bukan hanya kepada si isteri, tetapi juga
kepada suami yang perlu mendapatkan maklumat tepat.
Buat
pengetahuan semua, alat kelamin wanita mengembang ketika dalam keadaan
‘teruja’ dengan keseluruhan bahagiannya seperti bibir besar, bibir
kecil dan klitoris kelihatan mengembang dan menonjol, termasuk
pembukaan antara bibir kecil yang juga teruja dan lembap.
Faraj
mudah dilegakan dengan mukosanya lembap serta basah. Keadaan ini paling
sesuai untuk hubungan penetratif kerana anggota kelamin wanita itu
sudah bersedia.
Ia adalah respons rangsangan seksual wanita.
Ibarat putik menjadi bunga tapi jika keadaan sebegini tidak berlaku,
wanita itu dianggarkan mengalami ‘mati putik’! Ini boleh disamakan
dengan lelaki yang mengalami ‘mati pucuk’! Jika hubungan seksual terus
dilakukan, ia seperti dipaksa, dan wanita itu akan mengalami kesakitan
kerana keadaannya kesat dan juga kerana anggota kelamin bahagian
luarnya tidak gebu dan menyakitkan apabila anggota kelamin lelaki
memasukinya.
Saya ingin nasihatkan juga, bagi suami yang
berdepan isteri ‘mati putik’, sebaik-baiknya perlu meningkatkan adegan
‘pemanasan’ supaya anggota kelamin pasangan mencapai keadaan teruja dan
bersedia untuk adegan penembusan.
Jika alat kelamin isteri masih kurang kelembapan, elok guna bahan pelicin seperti dijual di pasaran.
Yang
pasti, bagi menghayati hubungan seksual mantap, sebaik-baiknya lakukan
penembusan apabila pasangan bersedia dan sama-sama memberi maklum balas
ketika sesatu posisi dilakukan atas persetujuan bersama iaitu melakukan
hubungan atas panduan bersama.
Dengan keadaan itu, sesuatu
hubungan intim menjadi lebih seronok dan mengghairahkan. Jika keadaan
tidak berubah, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar bimbingan seks.




Awas bila putik tidak berbunga Fresse

function ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") || (command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}}function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Awas bila putik tidak berbunga Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum