hadapi bayi pra-matang
Page 1 of 1
hadapi bayi pra-matang
TEMPOH kehamilan yang normal ialah sembilan bulan, iaitu antara 38
hingga 42 minggu. Bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu dianggap bayi
pramatang atau tidak cukup bulan. Walaupun ada banyak faktor yang boleh
membantu meramalkan kelahiran pramatang, tetapi dalam kebanyakan kes ia
berlaku tanpa sebarang sebab tertentu.
Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian kelahiran tidak cukup bulan termasuklah:

Pernah melahirkan anak pramatang meningkatkan risiko antara 20 hingga 40 peratus untuk bersalin tidak cukup bulan kali kedua.

Mengandung anak kembar (kembar dua atau lebih). Risiko bertambah dengan pertambahan janin dalam kandungan.

Masalah uri jatuh dan plasenta previa (kedudukan uri di
pintu rahim) adalah dua punca utama pendapatan yang boleh menyebabkan
kelahiran awal

Air ketuban terlalu banyak (polihidramnion) atau terlalu sedikit (oligohidramnion).

Jangkitan ketika mengandung terutama jika ia merebak ke dalam rahim atau uri

Kencing manis

Tekanan darah tinggi

Preeklamsia (tekanan darah tinggi hanya ketika hamil), proteinuria (kebocoran protein dalam air kencing) dan bengkak

Merokok atau menagih dadah ketika hamil

Ibu alami masalah tidak cukup zat ketika hamil terutama jika ia menjejaskan pertambahan berat badan

Fibroid, bentuk rahim yang tidak normal atau serviks yang tidak sempurna

Mengandung ketika menjalani rawatan masalah kesuburan;
pernah alami keguguran anak dalam trimester kedua (empat hingga enam
bulan) atau tidak mendapat penjagaan yang baik ketika hamil

Masalah pada janin termasuklah jangkitan, pertumbuhan terencat atau kecacatan
Bayi pramatang
Jika mempunyai faktor risiko di atas, buatlah persediaan awal
dengan mendapatkan maklumat terperinci daripada pakar kanak-kanak
sebelum bersalin. Lebih baik jika doktor pakar ini ada ketika bersalin
untuk memberikan penjagaan seawal mungkin sebaik bayi dilahirkan.
Apabila bayi dalam keadaan stabil (bergantung kepada umur
kandungan ketika dia dilahirkan) dan keadaan kesihatannya, bayi anda
akan dipindahkan ke Unit Penjagaan Rapi Neonatal. Biasanya setiap
hospital besar mempunyai kemudahan ini. Jika bersalin di pusat rawatan
yang tiada kemudahan ini, bayi anda mungkin akan dipindahkan ke
hospital lain untuk diberikan penjagaan yang diperlukan.
Bilakah wanita dikatakan bersalin terlalu awal?
Secara umumnya bayi yang dilahirkan selepas 24 atau 25 minggu
kehamilan sudah cukup matang untuk hidup walaupun mereka perlu tinggal
lama di unit penjagaan rapi. Bayi yang dilahirkan kurang daripada 23
minggu kelahiran biasanya tidak cukup matang dan agak sukar untuk
hidup.
Bagaimanapun, selain faktor tempoh kehamilan, ada banyak faktor
lain turut memainkan peranan contohnya saiz bayi ketika dilahirkan.
Biasanya bayi yang lebih besar mempunyai peluang lebih baik berbanding
bayi yang sangat kecil. Malah jantina bayi juga menjadi penentu kerana
bayi perempuan didapati mempunyai peluang lebih cerah untuk hidup
berbanding bayi lelaki.
Selepas dilahirkan pakar neonatal akan membantu anda untuk
melakukan persediaan penjagaan seterusnya. Semua bayi pramatang adalah
unik dan berbeza dengan bayi pramatang lain. Mereka berbeza dari segi
umur, saiz dan banyak faktor lain, terutama kematangan organ dan sama
ada dia mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan atau kecacatan.
Malah, jika bayi yang sangat kecil pun, perlu diingat bahawa dua
pertiga daripada bayi yang berjaya meneruskan hidup boleh membesar
seperti kanak-kanak normal atau mengalami sedikit masalah kesihatan.
Masalah kesihatan juga bergantung kepada kematangan bayi ketika
dilahirkan. Jadi keadaan bayi yang dilahirkan antara 30 hingga 33
minggu adalah lebih baik berbanding bayi yang lahir ketika 26 hingga 29
minggu kehamilan.
Kebanyakan bayi pramatang memerlukan ventilator atau alat bantuan
pernafasan bagi membolehkan mereka bernafas secara normal. Ini
disebabkan pada ketika ini paru-paru mereka masih belum matang dan
gejala Sindrom Gangguan Pernafasan (RDS) pada beberapa hari pertama
mereka adalah perkara biasa.
Bayi dengan masalah RDS akan diberikan bantuan ventilator dan
mungkin menerima ubat yang dipanggil surfaktan iaitu agen pembasah atau
bahan yang mengurangkan ketegangan permukaan paru-paru untuk membantu
paru-paru mereka berfungsi.
Mereka juga akan diberikan oksigen dan antibiotik, terutama bagi
bayi yang dilahirkan awal akibat jangkitan. Jangan sedih kerana bayi
mungkin tidak dapat makan untuk beberapa ketika tetapi dia akan
diberikan cecair intravena sama ada melalui suntikan ke dalam salur
darah atau tali pusat.
Antara peralatan boleh lihat termasuk katil khas dengan pemanas
bagi membantu mengekalkan suhu badan bayi anda. Dia juga mungkin
memerlukan alat pemantau kardiorespiratori dengan oksimeter bagi
memeriksa kandungan oksigen di dalam darahnya. Tiub makanan juga
mungkin dipasang pada bayi anda jika dia cukup matang untuk makan.
Masalah lain yang biasa bagi bayi pramatang (kurang daripada 30
hingga 33 minggu) tetapi jarang berlaku pada bayi yang dilahirkan
selepas 34 minggu kehamilan ialah:

Arteriosus duktur berterusan (PDA) iaitu keadaan di mana
salur darah yang hampir dengan jantung yang biasanya tertutup selepas
dilahirkan akan terus terbuka. Kebanyakan kes PDA ini akan ditutup sama
ada melalui ubat dan jika tidak berjaya barulah pembedahan dijalankan.

Pendarahan intraventrikular (IVH) di mana berlaku
pendarahan dalam otak. Keadaan ini boleh dikesan ketika pemeriksaan
ultra bunyi pada kepala. Kebanyakan pendarahan berlaku dalam beberapa
hari pertama selepas dilahirkan. Jika pendarahan sedikit, ia tidak akan
menyebabkan masalah jangka panjang.

Periventrikular leukomalasia (PVL) iaitu tanda kerosakan otak.

Jangkitan kerana imun sistem yang tidak matang

Enterokolitis nekrotis (NEC) iaitu keradangan usus yang
biasanya tidak berlaku sehinggalah penyusuan bermula. Rawatannya
bergantung kepada keadaan keradangan sama ada membabitkan antibiotik,
pemakanan intravena atau kadangkala pembedahan.

Ketidakmatangan retinopati (ROP); iaitu kehadiran salur
darah tidak normal pada mata bayi dan keadaan ini akan dirujuk kepada
pakar mata.

Apnea dan brakikardia - Ia berlaku apabila sistem
pernafasan dan sistem saraf yang tidak matang menyebabkan pernafasan
bayi terhenti seketika mengakibatkan kadar degupan jantung bayi
menurun. Ia boleh dirawat dengan memberi rangsangan, ubat, oksigen,
CPAP atau ventilator; bergantung kepada kekerapan dan berapa lama apnea
berlaku.

Anemia atau kurang darah; kadangkala memerlukan pemindahan darah.

Bronkopulmonari displasia (BDP) atau penyakit paru-paru
kronik (CLD) juga dikesan pada bayi yang masih memerlukan oksigen
selepas berumur empat minggu atau dilahirkan selepas 36 minggu
kehamilan. Mereka mungkin memerlukan rawatan jangka panjang serta
oksigen dan ubat termasuk ubat diuretik, bronkodilator atau steroid.

Angin pasang juga biasa berlaku pada bayi tidak cukup bulan
Bila bayi anda boleh mula makan?
Ia bergantung kepada umur kandungan ketika dilahirkan dan keadaan
kesihatannya. Jika bayi dilahirkan ketika 32 hingga 34 minggu
kehamilan, mereka mungkin tidak boleh menyusu melalui botol susu.
Sebaliknya susu akan diberikan melalui tiub yang dipasang pada mulut,
hidung atau perutnya.
Walaupun bayi anda tidak boleh menghisap puting ibu, tetapi ia
tidak bermakna bayi anda tidak boleh diberikan susu badan. Anda boleh
mengepam dan meminta jururawat unit penjagaan rapi memberikannya kepada
bayi anda.
Bila bayi anda boleh balik ke rumah?
Ia juga tertakluk kepada umur dan keadaan kesihatannya. Secara
umumnya, kebanyakan bayi tidak akan dibenarkan balik sehinggalah dia
sampai ke tarikh bersalin yang sebenar. Jadi bagi bayi yang lahir
ketika 26 minggu kehamilan, bermakna dia perlu tinggal lebih kurang
tiga bulan di hospital!
Namun, apabila berat bayi bertambah, mampu bernafas secara normal
dengan sendiri (walaupun kadang kala dia memerlukan oksigen) dan boleh
makan, maka dia akan dibenarkan keluar daripada unit penjagaan rapi.
Bagaimanapun, keadaannya masih akan dipantau oleh pakar
kanak-kanak, pakar mata dan pakar paru-paru kerana selain masalah
disenaraikan di atas, bayi pramatang, terutama yang kurang daripada 30
hingga 32 minggu kehamilan berisiko mengalami masalah kesihatan seperti
BPD, masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan atau kadang kala
serebral palsi.
Sesetengah bayi mungkin berisiko menjadi buta, pekak, serebral
palsi yang teruk atau terencat akal. Bagaimanapun jangan terlalu
bimbang kerana kebanyakan bayi pramatang boleh membesar dengan baik
tanpa masalah sama seperti bayi lain.

Similar topics
» Tempoh sperma matang
» Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Qatar
» Persiapan NS Hadapi Liga M 2013 Berjalan Lancar
» Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang Selasa
» Cerita Benar - Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak