FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang Selasa

Go down

Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang Selasa Empty Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang Selasa

Post by Info Bola Sepak Mon 19 Aug 2013, 9:40 pm

Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang Selasa Image

KOTA BAHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata pasukannya akan memberi 110 peratus komitmen ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur dalam kempen Piala Malaysia yang bermula Selasa.

Beliau berkata beliau akan menurunkan kesebelasan terbaiknya seperti ketua pasukan Mohd Badri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Indra Putra Mahyuddin.

"Kami sentiasa memberi yang lebih semasa bermain di tempat sendiri, tetapi bila bermain di tempat lawan, pihak lawan mempunyai penyokong yang ramai.

"Jadi kami perlu memberi persembahan 110 peratus untuk menang.

"Kesebelasan utama akan bermain dan saya akan memilih pemain terbaik," katanya di sini hari ini.

Hodak berkata kesemua pemainnya sudah bersedia selepas beberapa orang daripada mereka pulih dari kecederaan.

"Semua pemain kebangsaan baru pulang. Mereka mungkin tidak berada pada prestasi terbaik kerana ramai daripadanya hanya duduk di bangku simpanan.

"Sesetengahnya pula seperti Nor Farhan, Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose sakit. Tetapi kami bernasib baik, mereka kini berada dalam prestasi baik, baru pulih dari sakit dan cedera dan boleh bermain," katanya.

Beliau mengharapkan sokongan kuat penyokong Kelantan untuk mengalahkan Pahang nanti.

Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan berada dalam Kumpulan C.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang Selasa Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum