Doktor Jantung: Elak perasaan marah
Page 1 of 1
Doktor Jantung: Elak perasaan marah
APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk
menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?
Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba
seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda?
Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?
Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai
sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara
buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.
Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau
sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh
memberi kesan positif kepada kita.
Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita
marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.
Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif
terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan
boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan
terhadap hubungan sesama insan.
Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.
Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari.
Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal
Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian
mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19
peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan
sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.
Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit
jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat
kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa
resah dan tertekan.
Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.
Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?
Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas
jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat
meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika
rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah
berlarutan.
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan.
Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam
jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita
kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses
aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah
yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh
mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.
Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting.
Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.
Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan
tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol
berlebihan.
Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.
Cara mengatasi kemarahan
Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10

Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

Mendengar muzik

Mengisi masa dengan hobi

Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

Meditasi

Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir
Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini
tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan
wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan
tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.
SOALAN
SAYA berumur 35 tahun dan berjumpa doktor bulan lalu ketika
melakukan saringan kesihatan. Tahap kolesterol saya ialah 8.8 mmol/L
walaupun saya giat bersukan dan prihatin mengenai pemakanan sihat yang
rendah lemak. Doktor menasihati saya mengambil ubat untuk merendahkan
kolesterol.
Bagaimanakah tahap kolesterol saya boleh menjadi begitu tinggi,
padahal saya mengamalkan gaya hidup sihat? Perlukah saya mengikut
nasihat doktor untuk memakan ubat kolesterol?
JAWAPAN
Ada dua punca utama kolesterol di dalam badan. Punca pertama ialah
daripada apa yang kita makan dan yang kedua ialah daripada apa yang
kita buat. Ramai tahu mengenai pemakanan yang tinggi kandungan lemak,
tetapi ramai tidak tahu bahawa badan kita, melalui organ hati, juga
menghasilkan kolesterol.
Ingat, kolesterol adalah bahan utama membran sel badan dan kehadirannya sangat penting untuk badan berfungsi dengan sempurna.
Bagaimanapun, ada beberapa keadaan di mana tahap kolesterol
menjadi tinggi kerana kolesterol yang dihasilkan adalah berlebihan.
Satu daripadanya disebabkan hiperkolesterolemia familial, iaitu akibat
keturunan atau genetik.
Tahap kolesterol setinggi 8.8 mmol/L adalah terlalu tinggi dan
jika tidak dikawal, ia boleh membawa kepada masalah kardiovaskular,
seperti penyakit jantung koronari dan strok.
Oleh itu, anda wajar mengikut nasihat doktor untuk memulakan
rawatan. Teruskan gaya hidup sihat yang diamali dan doktor anda akan
memantau tahap kolesterol darah dari semasa ke semasa.
SOALAN
MENURUT artikel Doktor Jantung pada 10 Mei lalu, doktor memberitahu
bahawa hipertensi kot putih berlaku apabila tekanan darah diambil
ketika di hospital atau klinik adalah tinggi berbanding bacaan di
rumah.
Keadaan sedemikian berlaku kepada saya setiap kali saya berjumpa
doktor. Apakah cara terbaik untuk mengelak bacaan tekanan darah menjadi
tinggi apabila berjumpa doktor?
JAWAPAN
Sindrom atau hipertensi kot putih adalah fenomena yang belum difahami sepenuhnya oleh dunia perubatan.
Ada kajian mendapati lebih kurang 20 peratus daripada bacaan
tekanan darah yang tinggi ketika berjumpa doktor disebabkan hipertensi
kot putih.
Sememangnya seseorang itu sukar mengelak berlakunya fenomena
sedemikian, tetapi jika ia cuba mengawal perasaan dan emosi ketika
bertemu doktor, ini mungkin boleh membantu. Contohnya, pada hari
berjumpa doktor, elak situasi yang membawa stres atau tekanan.
Rancangkan hari dengan baik selepas mendapat rehat dan tidur secukupnya pada malam sebelumnya.
Elak kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan, dan baca buku
atau majalah yang menenangkan ketika menunggu giliran di klinik atau
hospital.
Adalah bagus jika anda mempunyai alat pengukur tekanan darah
sendiri kerana anda boleh mengetahui tekanan darah anda ketika di rumah
berbanding di hospital.
Doktor anda mungkin melakukan ujian tekanan darah ambulatori untuk anda.
Ujian ini membabitkan satu alat yang boleh mengukur dan memberi
bacaan tekanan darah secara berperingkat-peringkat selama 24 jam. Ini
boleh memberi gambaran lebih jelas mengenai tekanan darah anda yang
sebenar.

Similar topics
» Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin
» jangan marah ye !!!!!
» JANTUNG, STRUKTUR & PENYAKIT-PENYAKIT JANTUNG
» nk kutuk?nk puji?nk marah?meh la lepaskan hajat..redah je!
» Rupa ketika marah lebih buruk drp perlakuan haiwan

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak