FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

2 posters

Go down

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Empty Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Wed 10 Nov 2010, 2:19 pm

Denggi makin membimbangkan

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my

MENTAKAB 9 Nov. - Wabak denggi di daerah ini perlu ditangani dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk seterusnya membimbangkan masyarakat tentang penularan penyakit tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, antara faktor yang menyumbang penyakit itu adalah kurangnya kerjasama masyarakat untuk memastikan tiada tempat pembiakan di kawasan kediaman dan persekitaran mereka.

Menurutnya, minggu lalu seorang juruwang sebuah pasar raya di bandar ini maut akibat denggi dan terdapat beberapa kes dicatatkan akibat wabak tersebut.

"Denggi telah melanda beberapa kawasan perumahan di Mentakab dan kawasan kampung yang berhampiran bandar.

"Antara faktor lain yang menyumbang pertambahan jumlah kes di daerah ini adalah rumah kosong tidak berpenghuni yang menjadi sarang nyamuk aedes," katanya ketika hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Penak di sini baru-baru ini.

Boon Seong berkata, dengan keadaan cuaca hujan ketika ini ia dibimbangi akan menggalak nyamuk bertelur pada bekas minuman dan makanan yang dibiarkan kosong.

Beliau turut menggesa JKKK dan jawatankuasa penduduk seperti Kawasan Rukun Tetangga di taman perumahan mengadakan aktiviti gotong-royong berkala bagi memastikan wabak itu dapat dihapuskan.

Sehubungan itu beliau sendiri akan menganjurkan aktiviti gotong-royong bersama penduduk di daerah ini bagi menarik minat masyarakat setempat.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Empty Re: Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Wed 10 Nov 2010, 2:20 pm

Denggi catat 3,871 kes dengan 13 kematian sejak 10 bulan lalu (Utusan Malaysia)

KUCHING 9 Nov. - Walaupun kes denggi menurun daripada 4,564 kes bagi 2009 kepada 3,871 kes bagi tempoh sehingga Oktober tahun ini, namun jumlah kematian yang dicatatkan meningkat kepada 13 orang berbanding enam kematian pada tahun sebelumnya.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, daerah yang paling teruk dilanda wabak itu adalah Sibu dengan 947 kes diikuti Miri (747 kes), Kuching (423 kes) dan Bintulu (213 kes).

''Bagi mengekang wabak ini, Jabatan Kesihatan telah melaksanakan usaha mencegah dan penguatkuasaan melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya denggi tidak merebak lebih luas lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan perbahasan bagi kementeriannya di Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-16 di sini hari ini.

Dalam usaha pencegahan itu, katanya, sebanyak 429,391 premis telah dilaksanakan semburan kabus dan 99,130 premis lagi diperiksa dan daripada jumlah itu 1,054 premis diberi notis amaran manakala 513 lagi dikompaun dengan nilai keseluruhannya RM62,560.

''Walaupun kes malaria telah menurun daripada 150 kes untuk 100,000 orang pada tahun 2001 kepada 88 kes untuk 100,000 orang, namun wabak itu terus berlaku di kawasan pedalaman terutamanya di daerah Baram dan Belaga," katanya.

Jelasnya, pada 2010, kes malaria meningkat sebanyak 43 peratus. Sehingga 16 Oktober 2010, sejumlah 2,094 kes malaria dilaporkan berbanding 1,464 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2009.

Mengulas mengenai pandemik influenza H1N1, Soon Koh menegaskan, sejak ia berlaku pada 2009 dengan 725 kes positif membabitkan lima kematian, kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya bagi menangani wabak itu daripada berleluasa.

Sehingga 23 Oktober 2010, hanya 142 kes H1N1 dilaporkan tanpa membabitkan sebarang kematian, katanya.

Bagaimanapun katanya, terdapat kebimbangan terhadap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan HIV di Sarawak.

Sehingga 15 Oktober 2010, Jabatan Kesihatan mencatatkan 110 kes baru HIV, 96 kes AIDS dan 34 kematian berhubung dengan komplikasi berkaitan AIDS, jelas menteri itu.

Tambahnya, amalan seks heteroseksual merupakan penyumbang kepada penularannya di negeri ini jika dibandingkan dengan penyalahgunaan najis dadah yang banyak berlaku di Semenanjung.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Empty Re: Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

Post by transpoter Thu 11 Nov 2010, 4:57 pm

tabiat 2 harus d cegah!
transpoter
transpoter
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Perak_10
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 990
Umur : 41
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 6660

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

Back to top Go down

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Empty Re: Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

Post by transpoter Thu 11 Nov 2010, 10:24 pm

Mungkin gejala denggi makin dipandang sepi oleh kaum ibu kerana wabak lain yang lebih popular sekarang seperti H1N1 dan Cikungunya. Walaupun begitu denggi masih merupakan ancaman pintu belakang yang menakutkan. Tahun lepas sahaja seramai 46,000 penduduk Malaysia dari pelbagai peringkat umur mengidap denggi dengan 106 kes kematian.

Demam denggi adalah SERIUS. Ia bukan sebarang demam yang selalunya akan sembuh selepas dua tiga hari dengan ubat demam biasa. Dalam rawatan moden, tiada ubat untuk demam denggi. Doktor hanya memastikan organ-organ badan mendapat air dan zat yang mencukupi untuk bertahan dan melawan sendiri virus ini dengan sendiri.

Apabila nyamuk Aedes aegypti (jenis nyamuk yang sama pembawa virus chikungunya dan demam kuning) yang membawa virus denggi menggigit seseorang, virus akan masuk ke dalam kelenjar di dalam badan. Virus ini akan membiak dan masuk ke saluran darah. Dalam masa 3 hingga 15 hari setelah digigit barulah pesakit akan mengalami simptom-simptom demam denggi. Pada masa ini pesakit akan merasa sakit kepala, kesejukan, sakit belakang bahagian bawah, tiada selera makan, dan kesakitan apabila menggerakkan anak mata, dan sakit sendi serta betis kaki. Suhu badan boleh mencapai lebih dari 40 deg Celcius.

Sepanjang tempoh demam, doktor akan memantau keadaan dan kandungan darah pesakit supaya kesan virus ini tidak mencecah tahap kritikal. Platelet darah dipantau setiap hari. Selalunya kiraan platelet kurang dari 150,000 kiraan di dalam darah menunjukkan tahap yang kritikal. Kiraan ini selalunya akan menurun setiap hari dan hanya akan kembali naik semula apabila badan kembali berupaya mengatasi kesan virus ini.

Bermula hari ke-5 selepas simptom denggi dikenalpasti, doktor akan melakukan pantauan yang ketat, untuk memastikan bahawa jenis denggi yang dihidapi bukan jenis Denggi Berdarah. Dengan denggi berdarah, anggota dalaman pesakit seperti dilubang-lubangkan oleh virus tersebut. Ini menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran di mana tekanan darah sukar dikekalkan pada tahap yang normal. Darah akan bocor keluar melalui hidung, mata, gusi, usus, kencing dan lain-lain. 5% dari pengidap denggi berdarah menemui ajal dengan amat menyayat hati.

Pesakit yang telah beransur sembuh dari demam denggi, memerlukan sekurang-kurangnya seminggu lagi untuk mengembalikan kekuatan badan seperti sediakala, akibat kerosakan dalaman pada struktur organ dan darah. Demam denggi bukanlah seperti demam campak, kerana badan selalunya tidak membina ketahanan ke atas virus tersebut.



Demam denggi memerlukan 2 syarat untuk disebar: -

Nyamuk Aedes
Virus Denggi
Nyamuk Aedes

Nyamuk aedes hanya bertelur di air tenang dan jernih. Sebab itulah nyamuk ini selalunya banyak selepas hujan turun kerana ia bertelur di dalam bekas-bekas buangan yang bertakung air hujan. Di samping itu ia juga biasa didapati bertelur di dalam takungan pasu-pasu yang selalu disiram dan kolah-kolah takungan air di rumah.

Klik link berikut untuk animasi kitaran aedes http://www.who. int/tdrold/ diseases/ dengue/dengue. htm

Biasanya nyamuk aedes tidak menyebabkan demam denggi. Hanya nyamuk aedes yang membawa virus denggi sahaja yang boleh menyebabkan wabak ini.

Virus Denggi

Nyamuk aedes mendapat virus denggi apabila ia menghisap darah daripada pesakit denggi. Virus denggi akan berpindah masuk ke badan nyamuk tersebut dan membiak dengan banyak di dalam badannya. Akhirnya virus ini turut berpindah ke dalam badan orang lain yang digigit nyamuk ini. Virus di dalam nyamuk aedes ini adalah ancaman selagi ia hidup.


Mengawal Denggi

Mengawal denggi adalah dengan memisahkan Nyamuk Aedes daripada Virus Denggi. Sama ada nyamuk ini dihapuskan atau memastikan virus ini terhapus adalah jalan penyelesaian yang amat jelas.

Jika ada saudara atau kenalan mengidap penyakit ini, nasihatkan mereka untuk pergi ke hospital supaya dapat diasingkan, walaupun ternyata tiada ubat khusus untuk denggi. Ini supaya virus dapat di asingkan daripada masyarakat nyamuk aedes yang ada di tempat tersebut. Pihak Kementerian Kesihatan kemudiannya akan datang untuk menghapuskan saki-baki nyamuk aedes yang mungkin masih membawa virus asal atau virus daripada pesakit baru tersebut.

"Tiada Aedes, Tiada Denggi"

Sup Ketam Ubat Denggi |203.82.91.xxx |2009-07-06 23:59:33
Ada petua dari Selangor bahawa sup ketam dapat memulihkan denggi.

Resepi
Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum
bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu
jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup
rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun
bawang
transpoter
transpoter
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Perak_10
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 990
Umur : 41
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 6660

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

Back to top Go down

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Empty Re: Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

Post by transpoter Thu 11 Nov 2010, 10:27 pm

hahahahhahahh~~~~~
sup ketam ~~
sok suruh laaa
tukang masak hospital buat petua nie...kompem sehat semua pt denggi~~ lol!
transpoter
transpoter
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Perak_10
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 990
Umur : 41
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 6660

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

Back to top Go down

Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia) Empty Re: Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum