FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo

Go down

Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo Empty Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo

Post by Fieza Sun 21 Nov 2010, 10:31 pm

Jururawat gamatkan PDK Gombak

Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo Ps_05.1
PARA peserta projek amal dan khidmat sosial berbangga dengan matlamat kunjungan mereka.

KERJAYA sebagai seorang jururawat mungkin tidak seglamor kerjaya sebagai seorang doktor atau jurutera. Atas sebab itulah ramai tidak menyedari dan menghargai tugas seorang jururawat sehinggalah mereka sendiri terlantar di hospital.

Hakikatnya, jururawat memikul tanggungjawab yang sama penting khususnya dalam membimbing proses pengumpulan maklumat, bantuan rawatan dan sepanjang tempoh pemulihan para pesakit.

Khidmat dan skop tugas mereka jelas berteraskan skil penjagaan kesihatan yang memerlukan latihan yang khusus dan teliti. Namun, tidak semua orang sanggup menggalas tanggungjawab seumpama itu.

Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo Ps_05.3
KALAU ramai yang menyumbang tenaga, semua kerja boleh menjadi mudah.

Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah pesakit setiap hari. Peranan mereka bukan sekadar membantu doktor sebaliknya perlu melaksanakan kelancaran tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal dengan penuh profesional.

Di negara ini, sejumlah 130,000 jururawat diperlukan menjelang 2020 bagi mencapai nisbah jururawat kepada penduduk iaitu 1:200 seperti yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai 79,742 jururawat di sektor awam dan swasta. Bilangan itu mencatatkan kadar nisbah 1:645. Kerajaan melatih sejumlah 7,000 bakal jururawat setiap tahun.

Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo Ps_05.2
RIADAH fizikal melalui tarian poco-poco menerima sambutan menggalakkan.

Oleh yang demikian, tarikh 12 Mei setiap tahun, semua masyarakat di seluruh dunia menyambut Hari Jururawat Sedunia bagi merai dan menghargai jasa jururawat yang sedia memberikan perkhidmatan kepada pesakit tanpa mengira darjat.

Sempena sambutan itu, jururawat Hospital Pantai Ampang turut tidak terkecuali dengan menganjurkan program perkhidmatan komuniti di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Gombak, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ampang, Chong Siet Fong memberitahu, program amal yang dijalankan di PDK Gombak merupakan sebahagian daripada projek khidmat sosial (CSR) oleh Hospital Pantai Ampang.

"Ia bertujuan mendekatkan diri para jururawat dengan masyarakat setempat yang memerlukan dalam masa yang sama memberikan bantuan secara sukarela pada mereka yang memerlukan.

Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo Ps_05.4
BEGITU banyak manfaat dikongsi bersama melalui program khidmat sosial sebegini.

"Sebagaimana yang semua maklum, tugas jururawat bukan saja menjaga kebajikan dan membantu pesakit, tetapi masyarakat secara umumnya," katanya.

Program yang diadakan pada 24 April lalu itu disertai oleh 16 kakitangan yang bersama-sama menghiburkan kanak-kanak istimewa di PDK tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong, pertandingan mewarna, permainan kotak beracun, demonstrasi mencuci tangan dan tarian poco-poco yang berjaya menarik minat kanak-kanak di situ.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kejururawatan : Jururawat gamatkan PDK Gombak - kosmo Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum