FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo

2 posters

Go down

Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Empty Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo

Post by Fieza Thu 15 Sep 2011, 10:11 pm

Jururawat gempal kaki kelentong

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Ne_05.1

NORIDA menunjukkan laporan polis
yang dibuat keatas Premila yang didakwa menipunya hingga kerugian
RM11,000 di Sungai Puyu, Butterworth semalam.

BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai
Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa
diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.

Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia
mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas
dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari
lalu.

Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku
wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan
mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang
tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.

Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Ne_05.2
PREMILA didakwa memperdaya Norida.



"Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat
kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga.

"Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan
alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru
Cina tetapi tidak dilunaskan," ceritanya.

Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka
memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di
Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti
latihan sambil bekerja di sana.

Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan
Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi
perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat
itu.

Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Ne_05.3
SALINAN surat palsu yang diterima Norida mengatakan anaknya diterima menyertai latihan sambil bekerja di syarikat BMW, Kanada.



"Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon
cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya
belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000
lagi kepada suspek sebagai pinjaman.

Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat
tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam
ejaan.

"Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu
tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors
Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di Ibu
Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April
lalu.

Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu
selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai
supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Empty Re: Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo

Post by ray ban polaraise Thu 29 Sep 2011, 12:59 pm

penipu tetap penipe.makan bangkai
avatar
ray ban polaraise
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Jururawat gempal kaki kelentong - kosmo Kuala_10
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 41
Tarikh Register : 29/09/2011
Reputation : 0
Points : 4741

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum