FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta

Go down

Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta Empty Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta

Post by Fieza Mon 14 Mar 2011, 11:50 pm

Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta
04/04/2010 2:49pm

PUTRAJAYA - Perkhidmatan perubatan di Malaysia sedang mengalami satu perubahan dengan perkhidmatan yang lebih baik terutama di wad-wad klinikal berikutan lebih banyak jururawat berijazah diambil untuk berkhidmat di tempat-tempat itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan kira-kira 2,000 jururawat berijazah setahun melalui Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dari universiti awam dan swasta.

"Di peringkat kementerian, kami mampu melatih 8,000 orang di kolej dan sekolah-sekolah kejururawatan tetapi sekolah dan kolej ini tidak menawarkan kursus peringkat ijazah. Oleh itu, pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan universiti awam dan swasta untuk melatih lebih ramai jururawat.

"Dengan ini, kami berharap lebih ramai jururawat berijazah dapat dilahirkan dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, terutama di bidang klinikal,” katanya.

Liow berkata, dengan adanya lebih ramai jururawat berijazah, ia membolehkan kementerian untuk meletakkan mereka di wad-wad klinikal.

"Sekarang kami mahu jururawat klinikal, berkhidmat di wad-wad klinikal, bagi mempertingkatkan perkhidmatan.

“Untuk melakukannya, kami juga sedang dalam proses untuk melaraskan gred bagi jururawat yang ada di bawah Kementerian Kesihatan agar setanding dengan jururawat berijazah yang baru menyertai perkhidmatan di bawah skala gaji U41,” katanya. - Bernama
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum