FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebih ramai jururawat lelaki diperlukan

Go down

Lebih ramai jururawat lelaki diperlukan Empty Lebih ramai jururawat lelaki diperlukan

Post by Puteri Kayangan Sat 23 Feb 2013, 11:19 am

ARKIB : 06/02/2013


Lebih ramai jururawat lelaki diperlukan Wb_02.1

Fatimah Abdullah menyerahkan sijil ISO 9001:2008 yang diterima oleh Kolej ITA kepada Benny Lee dalam majlis perasmian Kuiz Anatomi Malaysian Book Of Records di Sibu, Sarawak baru-baru ini. - utusan/Nur Izza Shafinaz Ahmad


SIBU 5 Feb. - Penyertaan lebih ramai lelaki dalam profesion kejururawatan amat digalakkan bagi memenuhi keperluan masyarakat secara spesifik.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, jururawat lelaki amat diperlukan antaranya untuk menjaga golongan orang kurang upaya (OKU).

"Pesakit juga lebih suka jururawat yang sama jantina dengan mereka dan ini merupakan permintaan individu," katanya.

Beliau berucap merasmikan Kuiz Anatomi Malaysian Book Of Records (MBOR) di Kolej ITA, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, merekrut lebih ramai jururawat lelaki akan membantu membangunkan profesion kejururawatan di negeri ini.

"Sejumlah 7,578 kekosongan kejururawatan ditawarkan di negeri Sarawak.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 95.41 peratus atau 7,230 jawatan telah diisi sehingga Disember lalu," katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata, di negara-negara maju mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nisbah jururawat dan penduduk adalah 1:200.

Tambahnya, nisbah jururawat kepada penduduk di negeri ini pula adalah adalah 1:335.

"Ini adalah berdasarkan data yang dikutip pada Disember lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej ITA, Datuk Seri Benny Lee memberitahu, mereka berusaha mencipta satu lagi kejayaan dalam MBOR melalui kuiz tersebut.

Katanya, pada tahun lalu, mereka memecahkan rekod MBOR melalui penganjuran Non-Stop Skipping Relay yang mana rekodnya selama 12 jam tanpa henti dipegang Universiti Malaya (UM).

"Cubaan untuk mencipta MBOR bukan semata-mata untuk kepuasan diri tetapi melalui projek ini, kita berharap dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pensyarah dan pelajar untuk bekerjasama ke
arah matlamat yang sama," katanya.

Dalam majlis itu, satu kuiz diadakan selama 12 jam tanpa henti yang turut dihadiri Pegawai MBOR, Amiera Kamarudzaman Hazleen.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130206/wb_02/Lebih-ramai-jururawat-lelaki-diperlukan#ixzz2LglR94r5

© Utusan Melayu (M) Bhd
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Lebih ramai jururawat lelaki diperlukan Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 32
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5241

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum