FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

+4
hius2007
tam
matrix
sudahbagus
8 posters

Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by sudahbagus Tue 22 May 2007, 10:47 pm

Kesatuan atau Persatuan Pembantu Farmasi memerlukan idea dari anda semua untuk memajukannya.
avatar
sudahbagus
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 3
Umur : 58
Tarikh Register : 22/05/2007
Reputation : 0
Points : 6393

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by matrix Wed 14 May 2008, 9:09 pm

apa yg baiknya kesatuan n persatuan ni??? bela nsb kita ka? Twisted Evil Evil or Very Mad Sleep
avatar
matrix
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : pen. pegawai farmasi
Gender : Male
Jumlah Post : 5
Umur : 52
Tarikh Register : 27/01/2008
Reputation : 0
Points : 6143

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by tam Tue 18 Nov 2008, 8:15 am

dah takder idea ke.....siannya kita ni...camna nak maju....

terimalah hakikat ...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7046

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty KEBAIKAN JADI AHLI PPFM / UNION

Post by hius2007 Sat 22 Nov 2008, 10:07 pm

sal2
Jika semua PPF jadi ahli PPFM / Union, segala kerumitan dan kesulitan akan dapat dikurangkan. Ini adalah kerana di dalam PPFM / Union terdapat ramai orang lama ( yg dah bersara & dekat2 nak bersara ) yang telah banyak makan garam ( sebab dah lama hidup ).Semasa jadi PPF berbagai peristiwa telah mereka tempuhi yang antaranya tidak pernah terfikir oleh PPF yg baru. Contohnya, mana ada PPF sekarang ni yang dapat panggilan telipon terus daripada Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, tapi PPF dulu ada dan pernah pergi memancing bersama. Kita boleh gunakan pengalaman ini utk kebaikan PPF pada masa ini.

Tapi kalau tak jadi ahli, akan terus ketinggalan. Untuk makluman semua, segala permasaalah PPF kini adalah dalam usaha dan tindakan PPFM / Union. Cuma hasilnya belum menjelma lagi.Jgn kata PPFM / Union tak buat apa2, semua exco PPFM / Union adalah mereka yg berkerja keras tampa memikirkan keuntungan. Kalau tak jadi ahli memang untung sebab dapat jimat RM bayar yuran.

Seperti contohnya hendak bertukar . Bagi orang lama ianya macam kacang je. Pertama mesti gunakan alasan perubatan ahli keluarga / diri sendiri, kedua tempat bertugas sekarang lepaskan dengan penganti dihantar kemudian, ketiga tempat yg nak pergi memang ada kekosongan, hasilnya, pergi dahulu dan surat menyusul kemudian.Jika ada masaalah, itulah di panggil karenah birokrasi.

Apapun, kepada semua PPF jgn lah berdiam diri lagi, isi borang dan jadilah ahli PPFM / Union. Banyak faedahnya. 2009, PPF akan mengadakan perjumpaan peringkat kebangsaan sebulan sekali dan antara aktivitinya ialah CME, menoleh kebelakang apa yg telah ditinggalkan dan memandang ke hadapan apa2 yg boleh direbut dan bersedia dengan perisai bagi setiap halangan mendatang. Macam Falsafah Pulak.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by dhiyamirza Sun 23 Nov 2008, 2:01 pm

HIUS is back...semoga dengan kehadiran beliau, ruang ppf ini akan bertambah ceria dan bersemangat..
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by NustRule Mon 24 Nov 2008, 1:01 pm

Semoga HIUS bnyak bersabar dan bertambah sihat..
kita sama berdoa...
selamat kembali HIUS..
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5962

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by hius2007 Sun 07 Dec 2008, 3:51 pm

Tahniah kepada semua PPF kerana baru sahaja dapat tukar nama dari Pem Far ke PPP. Untuk makluman semua, pertukaran nama tersebut adalah atas inisiatif Union. Jika secara individu memohon, mungkin 2020 baru di luluskan. Semasa memohon, satu kertas kerja yg lengkap telah dihantar. Masaalah mula timbul apabila BPF KKM tidak berapa setuju dgn nama tersebut. Ini amat jelas semasa AGM PPFM di Cameron Highland tempoh hari. YB Menteri kesihatan dalam ucapan perasmiannya memaklumkan bahawa kerajaan lebih suka jika nama Pem Far di tukar ke Juruteknik Farmasi. Apa pun Union terus berusaha dengan nama tersebut. Dalam satu perjumpaan bersama BPF KKM, Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM ada menyatakan bahawa jika Pembantu Perubatan dapat tukar nama ke Penolong Pegawai Perubatan, maka BPF KKM akan sokong Pem Far bertukar ke PPF. Tetapi nasib telah menyebelahi PPF kerana Ma telah bertukar ke PPP. Untuk makluman semua, tarikh pertukaran tersebut adalah sama dgn PPF. Tetapi surat rasmi bagi PPF hanya dikeluarkan pada 1.6.2008 , iaitu semasa AGM Union di Trg tempoh hari. Apa pun surat rasmi dari KKM hanya menyusul seleps tu.

Kepada PPF yg masih belum jadi ahli PPFM/Union, silalah jadi ahli sekarang. Banyak kelebihannya berbanding dgn yuran yg tak seberapa tu. Menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju. Tetapi nasib PPF tetap akan sama jika tidak mahu menjadi ahli PPFM/Union. Nasib PPF pada masa akan datang adalah di tentukan oleh PPF pada hari ini. Di KKM, boss yg paling utama ialah Pegawai Perubatan. Jika PPF nak maju, perlu lah seiring dengan perkembangan Pegawai Perubatan. MA, SN, Fisio, X Ray, dll lebih maju daripada PPF kerana mereka bertugas seiring dgn kemajuan Peg Perubatan. Peg Perubatan sendiri pun jika ingin terus maju, memerlukan tenaga sokongan dari paramedik. Kita lihat di KKM sendiri, banyak bahagian, unit, cawangan , negeri, institusi adalah diketuai oleh Doktor. Bahagian Latihan KKM pun ketuanya adalah Doktor.

Jika PPF ingin terus maju, haruslah melihat kemajuan dan perkembangan doktor dengan mata yg terbuka. Banyak kemajuan telah di capai oleh doktor yg boleh kita ikuti. Skim gaji doktor telah berubah dari U ke UD dan kini dah ada Persatuan Doktor Doktor Pakar Malaysia. Yurannya ialah RM1000 setiap tiga tahun. MMA hanya utk doktor biasa je. Semua doktor wajib jadi ahli MMA. Persatuan Doktor Doktor Pakar adalah Utk Doktor pakar sahaja. Jika PPF berwibawa, disini akan nampak doktor sedang cuba utk mengabungkan kemahiran di hospital dan kemahiran di kesihatan awam. Hasilnya semua doktor pakar akan dilayan sama rata. Nanti suatu hari Doktor Pakar Kesihatan Awam akan jadi Pengarah Hospital dan Doktor Pakar Bedah Jantung akan jadi Pegawai Kesihatan Daerah. Jgn terkejut nanti.Apapun Persatuan Doktor Doktor Pakar Malaysia sedang merangka sesuatu yg PPF sendiri pun tak tahu. Oleh tu sebelum terlambat marilah semua PPF jadi ahli PPFM/Union dengan segera.

Nak jadi ahli mudah je sebenarnya, orang buta pun boleh jadi ahli, ini kan pula PPF yg celik. Tapi kalau buta hati tu, memang tak leh nak buat apa. Sebenarnya keadaan semasa PPFM/Union dalam bilangan ahli adalah stabil. Teori keahlian mengatakan adalah mustahil utk mendapatkan keahlian 100%, kecuali jika di paksa oleh undang2. Mcm PATI juga, lagi di sekat, lagi ramai yg masuk. Mcm penagih dadah juga, makin di tegur makin ramai yg cuba. Mantan PM Tun Dr Mahathir pernah mengatakan, separuh dari rakyat M'sia perlu jadi Polis utk menjaga yg separuh lagi. Baru ok. Semua isu keahlian perlu di dedhkan semasa di kolej. PPF semasa di Kolej, tak terdedah dgn semua tu. Jika kolej bijak, semua pelatih PPF boleh didedahkan dgn pengurusan organisasi dgn mengadakan kelab, persatuan, pertubuhan , dll yg berfaedah. Barulah PPF yg keluar nanti akan tahu kebaikan berpersatuan dan berorganisasi. KSKB hanya berjaya latih PFF je, dan tak boleh latih PPF jadi ahli PPFM/Union. Itulah kesilapan besar KSKB. Bagi PPF yg dah berkerja, mereka akan beri 1001 alasn kenapa tak join PPFM/Union. Tapi sebenarnya kedua duanya tak bersalah. Yg patut disalahkan ialah diri PPF sendiri.

Kami PPF senior dah nekad, walau pun PPFM/Union dah tinggal beberapa kerat je, perjuangan akan kami teruskan.Contohnya forum ni dah dekat dua tahun, bilangan ahli PPFM/Union masih tak bertambah dgn drastik. Pada 2009 kita perlu beranggapan bahawa hanya ahli PPFM/Union je yg sebenarnya PPF, yg lain tu hanya samar bayangan je. Mcm lagu samar bayangan Kris Dayanti.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by hius2007 Tue 17 Feb 2009, 9:57 am

PPF perlu tahu bagaimana nak menjadi ahli PPFM/Union
PPFM semudah ABC sebab borang keahlian ada dlm web
Union lagi mudah sebab dah lantik Koordinator
Yang juga merangkap Wakil negeri ( State Representative )
Tetapi naluri PPF sendiri perlu utk menjadi ahli
Walaupun PPF dah ada di M'sia sejak sekian lama
Keahlian dlm PPFM/Union sekitar 60% je.
So tindakan kita pada 2009 ni ialah
99% PPF perlu jadi ahli PPFM/Union

Jika gagal, jgn salahkan Profesion PPF
Tetapi salahkan naluri PPF sendiri
Sebab semasa menuntut di kolej
Aspek kerohanian telah tertinggal
Rohani mereka kosong dan di awangan
he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by hius2007 Fri 13 Mar 2009, 12:59 pm

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009



Farmasi :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )

Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )

Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )

Pengurusan Ubat & IT ( U52 )

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )

Pengurusan Kualiti ( U52 )



Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) ( U48 )

Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )

Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )

Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )



Itu sahajalah perkembangan BPF KKM



Lain-Lain Paramedik :

Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :



A KESIHATAN AWAM

Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri

- Pembangunan Kesihatan Keluarga

- Pendidikan Kesihatan



B RAWATAN PERUBATAN

- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri

- Pengurusan Hospital



C FARMASI DAN BEKALAN

( kosong tiada bahagian dan unit )



Unit-Unit Rawatan Perubatan:

Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar

Rawatan Am Pesakit Dalam

Perubatan Am

Pembedahan Am

O & G

Pediatrik

Orthopedik

Anastesiologi

ENT

Oftalmologi

Dermatologi

Neurologi

Pembedahan Neuro

Perubatan Transfusi

Perubatan Forensik

Urologi

Pembedahan Plastic

Radioterapi dan Onkologi

Pengimejan Diagnostik

Patologi

Pembedahan Kardiothorasik

Kardiologi

Perubatan Nuklear

Perubatan Respirotori

Psykiatrik dan Kesihatan Mental

Rehabilitasi



Itu sahajalah perkembangan lain lain Paramedik :



Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :

- Tugasan Penyelengaraan Setor

- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat

- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi





he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by hius2007 Tue 14 Apr 2009, 12:22 pm

FORUM PPF



Berbalik kepada kejayaan PPF semasa Perbicaraan di Tribunal Perkhidmatan Awam. Memang PPF menang masa tu. Hakim yang mendengar kes PPF memutuskan bahawa memang terdapat Anamoli terhadap jawatan PPF.



Oleh sebab itu beliau mengarahkan kerajaan menaikkan pangkat PPF kanan U8 pada masa tu ke U7 secara automatik. PPF pada masa tu masih tercari-cari identiti sehinggakan telah melupakan perkara-perkara lain yang lebih penting.



Jika di tinjau sejarah mengapa PPF tercicir semasa berpindah ke gaji SSB. Jawapannya ialah kegagalan Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya dalam merombak silibus PPF. Lain-lain paramedik dah belajar silibus Diploma, sedangkan PPF masih belajar silibus Sijil. Silibus berubah sebab usaha Pengajar. Pengajar PPF 2009 kenalah pikirkan sesuatu untuk berubah lagi.



Bagi PPF baru, perkara ini adalah sedikit keliru kerana baru sahaja jadi PPF. Semua paramedik menjalani latihan selama tiga tahun. Elaun belajar juga sama. Tetapi lain-lain kolej sudah mengubah silibus mengikut peredaran semasa, sedangkan PPF masih belajar silibus tahun 1965. Iaitu Sijil Pembantu Farmasi.



Apabila Skim Saraan Baru (SSB) di perkenalkan pada 1991, semua paramedik mendapat gaji diploma dengan gaji U8P1T6 sedangkan PPF masih bergaji sijil U8P1T1. Juga terlibat ialah PPF kanan pada masa tu yang turut dapat gaji U8 ( SSM U29 )



Berbeza dengan lain-lain paramedik, jawatan kanan mereka di pindahkan ke U7 ( SSM U32 ). Apa lagi, peninglah semua PPF kanan pada masa tu. Terus buat perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ). Dalam pertemuan tersebut JPA telah maklumkan bahawa, KKM sendiri iaitu Bahagian Perkhidmatan Farmasi boleh selesaikan perkara ini. Tetapi BPF KKM tak mahu selesaikannya dan PPF mengambil keputusan agar perkara ini di bawa ke Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam. PPF ambil peguam dan bayar sedikit kepadanya. Hasilnya kita menang.



Semua PPF kanan semasa SSB dah pun dapat U7 ( U32 SSM ). Sedangkan lain-lain paramedik dah buat kurikulum bersepadu dan semua paramedik yang di masukkan ke dalam Skim Bersepadu telah mendapat dua kenaikan gaji. Percuma je dapat dua kenaikan gaji. PPF masih terkial-kial lagi ketinggalan. Ada usaha memohon tunggakan gaji diploma PPF mulai 1998, dan bukannya 2003 sebab pada 1998, senarai tugas dan tanggungjawab PPF telah berubah. Tapi nampaknya berjalan macam siput je.



Kita lupakan itu semua. PPF dah ramai yang ambil kursus pos basik. Harap semasa AGM di Langkawi nanti, semua PPF yang ada Pos Basik tu, sila bentangkan satu kertas kerja mereka untuk meningkatkan PPF. Jika tak dapat hadir pun, melkan aje. Kita ubah AGM 2009 dan jadikannya Persidangan Dwi Tahunan PPFM.



Ah Chum.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by hius2007 Wed 15 Apr 2009, 7:36 pm

PPF SATU HARAPAN DAN MIMPI INDAH ( 23 Sept 2008 )



Perjawatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Tahun 2007

( seperti dalam www.pharmacy.moh.gov.my )



Pharmacy Practice & Development

Jusa C 1

U54 22

U52 42

U48 131

U44 415

U41 2014

U40 7

U38 30

U36 70

U32 358

U29 2474



Pharmacy Regulation ( NPCB )

Jusa C 1

U54 3

U52 8

U48 33

U44 9

U41 100

U36 2

U32 8

U29 67



Pharmacy Enforcement

Jusa C 1

U54 2

U52 3

U48 37

U44 67

U41 263

U36 3

U32 9

U29 8



Pengisian Jawatan Pegawai adalah 73 % dan pengisian jawatan PPF adalah 86 %.



Banyak persoalan yang membelengu PPF pada masa ini adalah kerana semua Peg Atasan y/m terlalu sebok menjalankan tugas-tugas seharian dan juga nak menjaga periuk nasi sendiri. Lain-lain PPF boleh juga membantu dengan menyediakan kertas kerja yang berupa cadangan dan idea untuk di bincangkan semasa AGM PPFM/Union nanti. Pegawai atasan kita telah BLANK, sebab tu masih tak nampak jalan penyelesaiannya.Sebahagian dari isu tersebut telah pun di ketengahkan oleh PPFM/Union tetapi oleh kerana kurangnya alasan yang munasabah dan justifikasi yang kukuh, maka hasilnya masih belum di kecapi.Setiap tahun alasan berubah dan begitu juga justifikasi. Jika PPF boleh memberikan Kertas Kerja dengan perkembangan terkini, mungkin pihak atasan berasakan ada kewajaran dalam mempercepatkan setiap permohonan.



ANTARA PROBLEM TERKINI PPF:

Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA

PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia

PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu

Mengadakan Kursus Pos Basik Bagi PPF

Pertukaran Nama Diploma Pembantu Farmasi KKM Kepada Diploma Farmasi

Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi

Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal

Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF

Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan

Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini

Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM

Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF

Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan Oleh KKM

Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM

Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.

Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen

Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan

Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)

Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.

Pengisian PPF U36 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara

Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi

Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)

Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital

Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera

Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF

Cadangan Skim Bersepadu PPF U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54

Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF

Kajian Senarai Tugas PPF Yang Terkini U29 U40

Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF

Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang

Kedudukan PPF DalamAkta Farmasi

Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu

Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM

Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi

Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

Cadangan Menempatkan PPF Di Farmasi Klinik Pakar

Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara

Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8



Kertas kerja yang baik dan terpilih, akan di majukan ke pihak atasan.

Mel kan kertas kerja anda ke : hius2009@yahoo.com.my



Sekian dahulu, terima kasih.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by hius2007 Sun 03 May 2009, 5:09 pm

MAKLUMAT PENOLONG PEGAWAI FARMASI ( PPF ) Semasa AGM PPF di Terengganu tempoh hari, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut : Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di semua Hospital KKM Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29 Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993 Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54 Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Semasa PPF memohon pertukaran nama jawatan tersebut, beberapa aspek telah tertinggal dan tidak di ambil kira, dan hasilnya ada pihak yang berasa hati dengan nama jawatan baru ini.Perkara ini boleh di atasi jika PPFM / Union mencari jalan damai bagaimana untuk mengatasinya. Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri. PPF pun boleh juga macam tu. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF. Kalau semua PPF Malaysia tak bersetuju, mudah sahaja. PPFM dan Union hanya JAGA KEBAJIKAN AHLI sahaja. By.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by nori Fri 30 Oct 2009, 9:37 am

VISI PERKHIDMATAN PEN PEG FARMASI :
Visi Perkhidmatan Pen Peg Farmasi ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.

MISI PERKHIDMATAN PEN PEG FARMASI :
Misi Perkhidmatan Pen Peg Farmasi ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. PPF perlu meneroka bidang-bidang baharu bagi menonjolkan tugas-tugas profesional PPF. Kalautak pun cuba PPF baru fikirkan akan tugas-tugas menjaga kebersihan Bilik Bilik Farmasi Secara Profesional. Macam Tukang Cuci je. Tapi Tukang Cuci Profesional.

PPF pada alaf baru perlu terus berusaha agar profesyen PPF dapat memberi manfaat kepada negara, merangsang pencapaian yang di sasarkan dan menyumbang secara berterusan secara hakiki dalam pembangunan negara. Tidak lupa juga kejayaan secara individu kepada ahli profesyen PPF. Pada masa ini penglibatan PPF dalam merencana masa depan dan halatuju perkhidmatan PPF adalah terhad, kerana kekurangan sumber dalaman dan luaran. Oleh kerana kekurangan tersebut, Pegawai farmasi telah menjalankan tugas mereka secara professional dalam menetapkan halatuju, harapan dan masa depan PPF. Banyak juga berlaku dalam jawatankuasa penyediaan dan penyelarasan perkembangan PPF, terdapat pindaan yang di lakukan oleh mereka yang menyebabkan kekaburan kepada PPF. Contoh yang paling nyata ialah peperiksaan PTK. Memang PPF terlibat dalam penyediaan kertas soalan dan jawapannya, tetapi apabila soalan keluar, masih terdapat soalan-soalan yang tidak dapat di gapai oleh PPF dan menyebabkan amat sukar untuk lulus aras 4 dan kenaikan gaji memang amat tipis peluangnya. Sepatutnya soalan PPF, biarlah PPF sendiri yang uruskannya. Tetapi kini sinar harapan telah wujud. Terdapat ramai PPF yang gagal ke Ijazah Farmasi, lalu memohon Dip Farmasi. IQ mereka ini memang genius. Oleh itu jangan remeh kan suara PPF muda kerana mereka adalah pejuang PPF yang sebenarnya. Tetapi selepas 5 tahun, mereka akan sambung belajar dan terus jadi Peg Farmasi. Pada masa inipun telah ramai Peg Farmasi KKM adalah terdiri daripada PPF dahulunya. Jika benar PPF baru adalah insan istimewa, maka mengapa tidak kita buka lembaran baru bagi Masa Depan dan Hala Tuju PPF. Masa hadapan adalah bermula hari ini. Barulah kita merdeka sebenarnya. Kalau belum merdeka, kita ikut sahaja apa-apa yang telah di tetapkan oleh Peg demi kemajuan Negara.




Pada masa ini Deskripsi Tugas Pegawai Farmasi ialah :



  • Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan,pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.


  • Berkhidmat di Unit Penguatkuasaan Farmasi Negeri-Negeri , menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran


  • Berkhidmat di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , menjalankan aktiviti-aktiviti Regulatori iaitu menganalisa kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan


Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mempunyai misinya yang tersendiri iaitu :-




Memastikan semua warga Malaysia memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemeliharaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuklah nasihat mengenai penggunaannya scara rasional.







Bagi menjayakan misi tersebut, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM terbahagi kepada tiga seksyen iaitu :-




Pengurusan Pengawalan Farmaseutikal yang objektifnya ialah memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti, serta menentukan bahawa kosmetik-kosmetik yang dibenarkan dipasaran adalah selamat.




Pengurusan Pelesenan dan Penguatkuasaan yang objektifnya ialah menentukan bahawa pengilangan, pengimportan, penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemeliharaan kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan-perundangan farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.




Pengurusan Farmasi yang objektifnya memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan di bawah KKM memperolehi Perkhidmatan Farmasi yang berkonsepkan Total Pharmaceutical Care . dan memastikan pendidikan orang awam terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional dipertingkatkan.




Disertakan Kertas Kerja Tugasan Baru PPF yang di sediakan pada 14 Ogos 2009






PROGRAM PERKEMBANGAN KERJAYA DAN


PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN

PEN PEG FARMASI DI KKM












PENEMPATAN PEN PEG FARMASI GRED U 29


DI PUSAT MAKLUMAT DRUG ( PMD )


DI SEMUA HOSPITAL KKM









OLEH :







Penolong Setiausaha Agong

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi

Kerajaan Malaysia Barat.










14 Ogos 2009










1. RINGKASAN EKSEKUTIF :




Pada masa ini tiada Pen Peg Farmasi Gred U 29 ditugaskan secara tetap di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila cadangan ini dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, peranan serta fungsi Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua Hospital akan ditingkatkan lagi dan ini akan memberi kesan yang tinggi dalam usaha merawat pesakit secara menyeluruh ( Total Farmaceutical Care )




2. RASIONAL :




Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Hospital akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri perkhidmatan Hospital KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini. Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) ada peranan yang perlu dimainkan bagi membantu peningkatan taraf kesihatan rakyat negara ini .



Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) , tugas Pen Peg Farmasi sedia ada di kaunter Pesakit Luar akan menjadi lebih ringkas dimana jika ada pesakit yang memerlukan maklumat tambahan dan nasihat tentang drug, pesakit tersebut boleh di rujuk kepada Pen Peg Farmasi Gred U 29 yang bertugas di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) .




Apabila cadangan penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di persetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, semua Hospital akan mempunyai sistem maklumat drug yang lengkap serta bersepadu. Dan ini adalah setanding dengan negara maju.







Apabila cadangan penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua hospital diseluruh negara dipersetujui, Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Kaunter Farmasi Pesakit Luar hospital berkenaan , dapat menumpukan sepenuh perhatian dan masa dalam tugas-tugas membekalkan ubat kepada pesakit. Amalan Dispensing Yang Baik ( Good Dispensing

Practice ) boleh dipraktikkan sepenuhnya.







Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah




membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar




Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.




Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.




Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.




Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.




Antara aktiviti dispensing ialah :



  • pembancuhan


  • pembungkusan


  • pengisian ubat


  • melabel dengan sempurna


  • membekalkan


  • nasihat tentang drug.





Pen Peg Farmasi Gred U 29 boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.




Aspek-aspek kaunseling dikaunter boleh dipraktkkan bagi pesakit yang menghadapi maaalah kepatuhan memakan ubat.




Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.




Objektif kaunseling ialah :



  • mengekalkan status kesihatan pesakit


  • menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.


  • membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit


  • mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan


  • membantu pesakit memahami dirinya sendiri


  • membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya


  • menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.





Tumpuan kaunseling :



  • pesakit sendiri


  • kaun keluarganya yang akan membantu


Pematuhan memakan ubat :



  • nama ubat


  • kegunaan ubat


  • tempoh dimakan


  • cara mengambil / menggunakan


  • kesan sampingan


  • penyimpanan


  • dan lain-lain.








Komunikasi antara Pen Peg Farmasi Gred U 29 dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana Pembantu Farmasilah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.




3. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN :




Pen Peg Farmasi yang bertugas di Hospital , mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit seperti mana yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu seperti di bawah:




Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Pen Peg Farmasi

Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia:




Pen Peg Farmasi berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberi Perkhidmatan dan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan Pen Peg Farmasi yang bertugas di hospital adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi Hospital.




Selari dengan assimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Perkhidmatan Pen Peg Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Pen Peg Farmasi.




Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program Program Utilizasi ubat-ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan Pen Peg Farmasi yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan Pharmaceutical Care .




Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab Pen Peg Farmasi.













    1. Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) Pusat Penerangan Ubat-Ubatan :








  • Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal/abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. Membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.


  • Retrieval maklumat ubat-ubatan . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada Pegawai Farmasi untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.


  • Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. Membantu Pegawai Farmasi dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).


  • Penjagaan iventori. Membantu Pegawai Farmasi dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )










  1. TEMPAT-TEMPAT PENEMPATAN :





Apabila cadangan penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) diluluskan, bilangan jawatan yang diperlukan adalah tidak ramai iaitu sebanyak 14 jawatan sahaja ( seorang di setiap Hospital di Ibu Negeri ). Penempatan seorang Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug

( PMD ) dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.


















  1. DATA-DATA SOKONGAN





Pada masa ini, jumlah jawatan Pen Peg Farmasi di seluruh negara ialah 2379 jawatan. Ini adalah termasuk Pen Peg Farmasi Gred U 40, 38, 36, 32 dan Gred U 29. Bilangan ini adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan lain-lain paramedik yang berhubung terus dengan pesakit. Dengan penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) Hospital-Hospital Utama di seluruh negara, aktiviti serta Perkhidmatan Pen Peg Farmasi akan ditingkatkan lagi. Ini adalah ke arah mencapai penjagaan Farmaseutikal yang menyeluroh

( Total Pharmaceutical care ) .






  1. IMPLIKASI KEWANGAN





Penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) tidak melibatkan implikasi kewangan kerana pada masa ini maklumat drug diberikan di kaunter pesakit luar , manakala apabila jawatan ini di luluskan , satu jawatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di kaunter pesakit luar akan di pindahkan ke Pusat Maklumat Drug dan kesan jangka panjang ialah kadar kesembuhan pesakit akan lebih tinggi dan akan menurunkan bilangan pesakit di pesakit luar.






  1. CARTA ORGANISASI :






PEGAWAI FARMASI GRED U 41




PEMBANTU FARMASI GRED U 29








  1. LAIN-LAIN FAKTA.





Kajian Soalselidik Katogeri Spesifik Oleh Hospital Universiti Sains Malaysia

( HUSM ) Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1996 mendapati sumber maklumat drug yang utama ialah :-






  • 48 % maklumat daripada Buku Rujukan


  • 29 % maklumat dari Product List / Insert


  • 13 % maklumat melalui dan perkhidmatan yang boleh diberikan.


  • memberi pengetahuan kepada Doktor / Paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug rujukan kepada Doktor.





Tujuan Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di ujudkan ialah :



  • memberi pendedahan kepada Doktor / Paramedik / Pesakit tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.


  • memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.





Sumber-sumber rujukan :



  • rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat


  • rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.





Fungsi yang berguna bagi Pusat Maklumat Drug ( PMD )



  • penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos


  • melaporkan kesan buruk drug


  • mengedarkan formula standard


  • pendidikan dan latihan mengenai PMD





Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 Tambahan, perkhidmatan PMD

( DIS ) akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.




Pusat Maklumat Drug ( PMD ) adalah salah satu tugas utama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peringkat Kementerian, Pusat tersebut terletak di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ( BPFK ) di Petaling Jaya. Pada peringkat Hospital ianya tidak dapat ditubuhkan secara teratur sepenuhnya kerana tiada Pen Peg Farmasi Gred U 29 yang ditugaskan secara khusus dipusat tersebut.







VISI PERKHIDMATAN PEN PEG FARMASI :




Visi Perkhidmatan Pen Peg Farmasi ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.




MISI PERKHIDMATAN PEN PEG FARMASI :




Misi Perkhidmatan Pen Peg Farmasi ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.




Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) perkhidmatan yang lebih lengkap boleh diberikan kepada penduduk di Negara ini.
















SEKIAN.













Penolong Setiausaha Agong

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi

Kerajaan Malaysia Barat.










14 Ogos 2009
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by ppfkkpa Fri 06 Aug 2010, 6:51 pm

Topik ini di tulis pada 22 Mei 2007
dah 3 tahun berlalu
dulu gaji PPF sikit je dan mampu bayar yuran
kini pada 2010 gaji dah banyak tetapi masih ada PPF yang tak mampu bayar yuran dan tak jadi ahli
PPFM RM100 seumur hidup
KKPFKMB RM 60 setahun
tapi bila BIPK di luluskan semua PPF dapat
manakala yang memohon hanyalah ahli PPFM dan KKPFKMB sahaja
memang tak patut macam tu
nantilah PPF cadangkan keahlian PPFM / KKPFKMB percuma
dan lepas tu semua PPF jadi ahli
dan tahun depannya kita adakan yuran semula
dan semua PPF yang dah jadi ahli kenalah bayar yuran
macam chip more pulak
sekejap ada, sekejap tak ada,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5610

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by nori Sat 22 Jan 2011, 7:03 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Ratio PPF dgn kadar populasi penduduk malaysia yang semakin lebar (1:10,657) memandangkan bilangan PPF hanya berjumlah 2,634 manakala kadar populasi penduduk malaysia mempunyai 28,071,778 penduduk .

Selain ratio yang begitu ketara beban tugas PPF juga semakin bertambah. Kalau dahulu Kualiti, GMP, ISO, 5S dan seumpama tidaklah ditekankan sangat dalam tugasan seharian.

Cabaran utama PPF di masa yang mendatang ini adalah 'Recognition' - kita perlukan pengiktirafan dan intiti profesional yang tersendiri. Walaupun PPF diwujudkan sebagai sokongan kepada PF namun peluang untuk peningkatan taraf (Kelayakan/kepakaran) perlu ada dan sentiasa perlu dibuka.

KKM memang memerlukan input. Semua cadangan dan idea yang bernas amat dihargai berkaitan dengan bagaimana menyumbang kepada Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Semoga saudara/ri PPF dapat terus terang dan jujur dalam memberikan maklumbalas melalui saluran PPF kerana ia akan dikaji dan dibawa dalam perbincangan bersama Pemimpin Negara, KKM, Menteri Kesihatan, KPKK (DG) KSU, TKSU(P), SUB KKM, MBK, JPA, CUEPACS dan BPFKKM mengikut saluran tertentu demi untuk membantu PPF Malaysia dalam usaha mencapai masa depan laluan kerjaya yang seiring dengan peringkat professional negara dan antarabangsa.


KUP U32 setelah 15 tahun berkhidmat, adalah untuk lain lain kakitangan kerajaan sahaja. Untuk PPF rasanya tak sesuai sebab selepas 15 tahun baru U 32 sedangkan guru 10 tahun je dapat KUP 32 .PPF perlu mohon U32 KUP selepas 7 tahun dan U36 KUP selepas 15 tahun.

Juga perkembangan kerjaya PPF perlu mantap dan tersusun
Tahun 1 Ada Kursus Wajib
Tahun 2 Ada Lagi Kursus Wajib
Tahun 3 Ada Kursus Wajib
Tahun 4 Ada Kursus Wajib
Tahun 5 Ada Kursus Pos Basik
Tahun 7, Baru Boleh Dapat KUP U32
Jika Semua Kursus Tak ada 15 Tahun Baru Dapat KUP U32
Itulah Nasib PPF Terkini.

Draff Standards and Guidelines for Medical assistant Education Programme

web from - http://www.moh.gov.my/v/garis-panduan

ACADEMIC STAFF QUALIFICATIONS FOR MEDICAL ASSISTANT EDUCATION PROGRAMME

The qualifications of academic staff for Diploma Programme are as follows
1.1HEAD OF PROGRAMME/PROGRAMME COORDINATOR
Program Head and team of academic staff responsible for the planning, implementation, evaluation and improvement of the programme. Head of Programme must possess
a)Diploma of Medical Assistant or equivalent with Bachelors Degree in related field OR other degrees approved by MAB with minimum of 3 (three) years working experience as an Assistant Medical Officer.
b)Preference should be given to those with working experience in Medical Assistant Training Institution or other learning institutions.
c)Preference should be given to candidate with experience as head of training institution.
1.2TEACHING:
a)Diploma of Medical Assistant or equivalent with Bachelors Degree in related field OR other degree approved by the MAB with minimum of 3 (three) years working experience; OR
b)Diploma of Medical Assistant with minimum 6 years working experience as an Assistant Medical Officer and posses post-basic certificate in related field. Number of academic staff appointed under these criteria should not be more than 30% from the total number of teaching staff appointed. (Academic staff appointed under this criteria should proceed for bachelor degree within 3 years of appointment): OR
c)Recognised Degree in Related field such as;
(i)Bachelor of Emergency Medical Sciences,
(ii)Bachelor in Emergency Paramedic Sciences,
(iii)Bachelor in Clinical Medical Care (Anaesthesiology, Nephrology, Peri-Operative, Orthopaedic, Forensic, Quality Management, Psychiatry, etc)
(iv)Bachelor in Primary Healthcare,
(v)Bachelor in Biomedicine,
(vi)Bachelor of Pharmacy,
(vii)Bachelor of Radiography/therapy
(viii)Bachelor in Medical Sciences,
(ix)Bachelor of Occupational Therapy
(x)Bachelor of Occupational Safety and Health
(xi)Bachelor of Physiotherapy
(xii)Bachelor in Sport Sciences,
(xiii)Bachelor in Forensic Sciences
(xiv)Bachelor of Nursing Sciences, OR
(xv)Other recognised degree approved by the Medical Assistants Board.

Number of academic staff appointed under this criteria is 1 (one) for each discipline but not exceeding total number of 3 (three) for the whole program (6 semesters) OR with ratio 3:1 between category
(a), (b) and (c) and this category.
d)The ratio between full time and part time teaching faculty is 3:2 (for core subject only)
e)Guest lecturer in areas of specialties in professional modules 10%.
f)Full time academic staff student ratio is 1:25
g)Part time academic staff with minimum contract of 1 year - student ratio is 1:25
1.3CLINICAL INSTRUCTOR (CI)
a)Diploma in Medical Assistant or equivalent with at least 3 years working experience as Assistant Medical Officer preferably with a Post Basic Certificate in related field. OR;
b)Diploma in Medical Assistant with less than 1 year experience can be appointed on probation basis as Trainee CI on condition HEP have a structured 3 years training program approved by the MAB to ensure competencies. OR;
c)Diploma in Nursing with a least 3 years working experience as a nurse preference with post basic. (for nursing practices only)
d)The ratio CI to student for full time is 1:15.

1.4LOCAL PRECEPTORS (LP)
a)Diploma in Medical Assistant with minimum 3 years experience.
b)Diploma in Environmental Health with minimum 3 years experience
c)Diploma in Nursing with minimum 3 years experience
d)The ratio between LP to student is 1:10. All LP must be oriented to the programme and given prior training on the role and responsibility of LP.

PPF perlu jointventure bersama IPTA/IPTS dalam melanjutkan pelajaran akademik untuk mantapkan profesyen PPF.

22 Jan 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by nori Sat 21 May 2011, 4:10 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

Dengan menjadi ahli persatuan PPF dan kesatuan PPF, segala permohonan dan pandangan PPF akan di ambil kira oleh pihak atasan .

27 Mei 2011, di Hotel Tower Regency Ipoh, akan berlangsung Persidangan PPF Kebangsaan kali ke 5, masa cuma ada lagi 6 hari sahaja, kepada semua PPF yang akan hadir, sudahkah anda semua menyediakan segala perrancangan yang rapi dan persediaan yang komprehensif bagi menjayakannya, jika sudah, tahniah kepada semua PPF, jika belum, masih ada masa lagi.

Sebagaimana yang semua PPF ketahui, bahawa PPF sendiri perlu ada 3 Jawatankuasa yang amat penting iaitu JK Pemandu, JK Pelaksana dan JK Teknikal, sebab lain2 paramedik pun mempunyai JK tersebut, maka sebab itulah mereka lebih maju dan terkehadapan, dalam semua bidang dan perkara.

Kita lupakan sejenak tentang perkara itu, mari kita lihat pembekalan medicine plastic bag kepada semua pesakit yang mendapatkan bekalan ubat di farmasi. Rata-rata banyak farmasi di KKM telah tidak menyediakan medicine plastic bag tersebut . Ada dua alasan mengapa perkara ini berlaku, pertama ialah menjimatkan RM dan kedua ialah menyokong usaha menyelamatkan alam sekitar. Kedua-dua alasan tersebut adalah logiK, praktikal, adil, saksama dan menyumbang, tetapi apabila PPF tertinggal kebelakang, tiada satu organisasi pun yang akan membantu, hanya ppfm dan kesatuan sahja.

Penglibatan PPF dalam pendidikan kesihatan, telah lama ketinggalan. JM, SN, PPP, IK dll paramedik, memang di benarkan melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan kesihatan. Ada ceramah, demontrasi, khidmat nasihat, kaunseling, pameran dll, tetapi PPF hanya di bayangi oleh PF sahaja. Maka oleh itu, pada tahun 2011 ni, semua PPF perlu melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti pendidikan kesihatan ini.

Dalam aktiviti pendidikan kesihatan, akan terdapat penyebaran majallah, booklet, pamphlet, dll tentang sesuatu tajuk kesihatan. PPF boleh memainkan peranan utama dengan mempengaruhi pihak atasan bahawa menyediakan medicine plastic bag kepada pesakit yang mengambil ubat, itu adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan kesihatan. Banyak maklumat yang boleh di cetak pada medicine plastic bag itu, yang akan merubah sikap dan komitment pesakit, dalam mengubati penyakit mereka. Seperti jangan lupa menghubungi PPF apabila berlaku sesuatu kesan ubat yang tidak di ingini semasa memakan ubat tersebut . Satu kejadian yang berlaku di negeri Kelantan iaitu, pesakit silap makan ubat, dan badannya bengkak, terpaksa melaporkan kepada polis, dengan mengatakan PPF silap beri ubat. Tetapi apa yang sebenarnya yang berlaku ialah, ia mengambil ubat yang di larang untuk di ambil bersama, dan kesannya ialah badan akan bengkak. Tetapi jika dia ambil pada sela masa yang sesuai, ianya tidak akan berlaku.

Dan seterusnya tugas dan tanggungjawab PPF dapat di tingkatkan. Ini selaras juga dengan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.

Jika di teliti juga hasil conference pengarah2 KKM pada tahun 2000, ianya memang berkaitan.

Di sertakan RESOLUTION OF DIRECTORS CONFERENCE 2000
Theme : Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork
7 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Directors Conference 200 after deliberating on the theme Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work

Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level

1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion

U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )

4 th Promotion

U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

( versi bahasa Malaysia sedang di usahakan )


Juga tentang PPF KUP U32, ianya telah 3 tahun berlalu, dan sepatutnya ada pihak dari kalangan PPF melalui persatuan dan kesatuan, membuat kertas kerja agar semua PPF KUP U32 akan dapat menikmati KUP U36 pula selepas genap 3 tahun berkhidmat sebagai KUP U32. Secara mathematiknya, semua PPF akan dapat gaji PPF U36 selepas 18 tahun berkhidmat. Ini juga bermaksud, telah dua kali kenaikan pangkat sepanjang bertugas. Dan kalau dalam pasokan pakaian seragam seperti polis dan tentera, pangkat PPF setelah 18 tahuin berkhidmat ialah Korperal.

Kembali kepada persidangan tahunan pada 27 Mei nanti. Semua PPF perlu bersedia dengan rangka kertas kerja yang terkini, padat, tepat dan berwibawa, kerana selepas tamatnya persidangan tersebut, pastinya satu resolusi akan di hantar kepada pihak atasan, dengan menyatakan hasil keputusan tersebut. Tentunya ianya mestilah dalam bentuk 50 set salinan lengkap, sebab banyak pihak yang akan terlibat dalam mengkaji dan meneliti hasil persidangan tersebut, dan yang paling utama ialah Kementerian Kewangan, kerana segalanya bermula dengn RM.

Pastinya setiausaha persatuan PPF, selaku penganjur persidangan tersebut akan menjalankan tugas murninya iaitu menghantar laporan tersebut kepada pihak atasan pada hari pertama bekerja, selepas tamat persidangan tersebut. Dan inilah yang selalu di praktikan sejak 20 tahun yang lalu. Tetapi apa yang membezakannya ialah, bilangan kertas kerja yang di hantar. Jika ianya tidak sampai 50 set, iaitu Cuma 49 set sahaja, hasilnya memang menyedihkan.

Kembali semula pada tahun 2000, iaitu tahun pertama kesatuan PPF menghantar Permohonan Untuk Menyenaraikan Perkhidmatan Pembantu Farmasi di KKM Sebagai Perkhidmatan Kritikal. Kertas kerja ini telah di hantar pada 12 September 2000, dan di hantar kepada :

Pn Ramona Mohd. Razali
Bahagian Saraan JPA
Blok C, Aras 4,
Kompleks JPA
Jalan Tun Ismail
50510 KL

Dalam jawapannya surat bertarikh 19 Oktober 2000, beliau memaklumkan :

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan bertarikh 12 September 2000 dan di maklumkan bahawa perkara tersebut adalah dalam tindakan jabatan ini.

Sekian, terima kasih.

Amat jelas di lihat disini, iaitu, pihak JPA telah menjawab surat kesatuan selepas 37 hari. Dan ini tidak sepatutnya berlaku, kerana mengikut akta kesatuan sekerja, semua surat kesatuan perlu di jawab dalam masa yang lebih singkat daripada itu. Tetapi pihak JPA sendiri telah mendapatkan laporan daripada pendaftar kesatuan sekerja, berapakah bilangan ahli kesatuan PPF di negara ini. Dan tentunya pendaftar akan mengikut laporan tahunan yang di hantar oleh kesatuan PPF setiap tahun, iaitu 67 % sahaja PPF yang jadi ahli kesatuan.

Dan seperkara lagi ialah, pada 2008, nama Pem Farmasi telah bertukar kepada PPF, dan pihak PPF masih belum menghantar permohonan baru, atas nama jawatan PPF. Di sinilah tugas JK Pemandu PPF, JK Pelaksanan PPF dan JK Teknikal akan memainkan peranannya, iaitu segalanya di sediakan mengikut tempoh masa yang telah di tetapkan.

Dan akhirnya pada 2011ini, semua PPF perlu mendapatkan surat sokongan daripada PF dan BPF KKM terutamanya, agar memaklumkan bahawa PF menyokong penuh 100% permohonan pemberian elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) ini kepada PPF. Dengan surat sokongan tersebut, pastinya tidak akan ada pihak yang menghalang permohonan PPF ini. Ini adalah kerana hanya PF sahaja yang tahu tugasan PPF. Hatta YB Menteri Kesihatan pun akan tanya PF, berkaitan tugas PPF. Tetapi jika tiada surat sokongan, harapan PPF mendapat BIPK ini hanyalah pada 2013, iaitu setiap 5 tahun sekali di buat kajian semula.

Dan akhirnya, jika pada 2013 pun, PPF masih gagal mendapatkan BIPK ini, maksudnya ialah, memang PF tak sokong PPF dapatkan BIPK ini dan PF juga telah dan sedang mengembangkan tugasan mereka dan ianya merangkumi tugas yang di lakukan oleh PPF pada masa ini. Dan akhir sekali, PPF kena bersedia dengan senarai tugas baru pada 2013, yang menunjukkan bahawa PPF ini memang tidak kritikal.

Dan jalan pintas bagi PPF mendapatkan BIPK ialah, ambil cuti sambung belajar, jadi PF dan dapat BIPK serta laluan kerjaya baru PF di KKM.

Sekian.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 21May 2011.


nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by nori Mon 06 Jun 2011, 7:26 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat bertugas kepada semua PPF

Jadilah Ahli Kesatuan dan Persatuan PPF

Ha, Ha, Ha, setiap saat yang amat berharga telah dilalui
Oleh semua PPF dengan jayanya, maka oleh sebab itu,
Tidaklah akan timbul isu kerugian pada jawatan PPF dan
Profesyen PPF, ini adalah kerana semua PPF telah
Mengira dengan tepat, apakah yang akan berlaku
Pada masa hadapan, menggunakan calculator scientific
Casio, tetapi tokeh casio yang akan untung banyak, sebab
Dia yang mencipta calculator tersebut.

PPF tahun 2011 adalah amat berbeza dengan PPF waktu
Lampau kerana berbeza dari sudut kolej latihan, gelaran
Nama jawatan, jumlah biasiswa, senarai tugas, organisasi,
Kenaikan pangkat, dll.

Seperkara lagi ialah tahap pendidikan akademik, sebab
Orang lama hanya di ajar oleh Miss Leong sahaja, sedangkan
PPF alat baru adalah lulusan Diploma in Pharmacy dari IPTA dan
IPTS.

Pesakit juga berubah sebab dahulu pesakit datang membawa
Botol ubat dan naik basikal tetapi pesakit alaf baru datang dengan
Kereta mewah, dan pastinya sebelum balik, akan ada yang
Ditinggalkan buat PPF, termasuklah kata-kata kesat dll.

Tetapi bagi meneruskan kesinambungan memberikan
Perkhidmatan untuk negara, dengan slogan, rakyat di dahulukan,
Pencapaian diutamakan, kami sedia membantu, dll, PPF perlu
Berubah daripada hanya mempunyai Diploma in Pharmacy,
Tetapi seterusnya, semua PPF alaf baru perlu mempunyai,
Bachelor in Bussiness Administration ( BBA ), samaada secara
Sepenuh masa ataupun secara separuh masa.

Ini adalah kerana menguruskan farmasi pada tahun 1957, adalah
Amat berbeza dengan menguruskan farmasi pada tahun 2011,
Kerana pada masa tersebut, gula hanya RM0.25 sekati sedangkan
Harga gula pada 2011 ialah RM 2.20 sekilo, itu belum di kira
Dengan bilangan PF, bilangan Dr, bilangan penyakit, bilangan
Penduduk, bilangan substans dll. WHO tidak menggalakkan
Penggunaan perkataan drug, sebab ada bahan kimia yang ianya
Bukan drug, tetapi amat bahaya, seperti ecthacy dll, sebab itulah
Perkataan substan digunakan dan ini adalah tugasan pihak
Penguatkuasa.

Dan akhir sekali, PPF telah mengambil kata sepakat iaitu,
Semua PPF mestilah memiliki Bachelor In Business Administration
(BBA) . Ha Ha Ha.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

Tamat : 6 Jun 2011

Disertakan lampiran yang akan membantu PPF dalam mendapat rehat
Sepenuhnya, kerana apabila membaca lampiran ini, PPF akan terus
Tertidur. Ha Ha Ha

Ruj. Kami : Bil ( 5 ) dlm. PF.KKBK. 06 / 11

Tarikh : 5 Jun 2011

Kepada,

Yang Dipertua
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

Presiden
Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi Semenanjung Malaysia

Tuan ,

CPE pada jam 8.00 pagi 18 Jun oleh Miss Shamala Ayadurai
PF U48 HSAJB dengan tajuk "Toward 1st world mentality.
Difference between working in Malaysia and U.K through my eye".

Merujuk perkara di atas, adalah saya dengan hormatnya menyertakan
di sini brosur CPE yang tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu, amatlah di hargai jika dapat pihak tuan
memaklumkan kepada semua ahli persatuan dan kesatuan .

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN
PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA

Sk. Setiausaha Kehormat
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

Setiausaha Agong
Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi Semenjanjung Malaysia

BIRO PENDIDIKAN
KESATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
SEMENANJUNG MALAYSIA

CPE DAN AGM PERSATUAN PPF

Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan DwiTahunan
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia akan
diadakan di Batu Pahat, Johor pada 17 dan 18 Jun 2011.

Mesyuarat kali ini akan dirasmikan oleh Dato' Pengarah Kanan
Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Katarina
pada 17 Jun, jam 8.00 malam.

CPE juga akan diadakan pada jam 8.00 pagi 18 Jun oleh Miss
Shamala Ayadurai PF U48 HSAJB dengan tajuk "Toward 1st
world mentality. Difference between working in Malaysia and
U.K through my eye".

Sehubungan dengan itu, PPFM dengan sukacitanya menjemput
semua ahli untuk bersama-sama menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Harap maklum.

Sijil kehadiran akan di berikan kepada PPF yang hadir,

Hubungi :

Pn Rosmah Mahmud : 0195935646
Tn Hj Bakeri Songep : 0193468443
En Farid Termizi : 0132034887
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by nori Tue 29 Oct 2013, 10:15 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



Banyak usaha telah dilakukan agar lebih ramai rakyat negara ini boleh mengisi borang spa dan menjalani latihan di KSKB seluruh negara. Ramai juga PPF telah di lantik sebagai Pengajar di KSKB. Segalanya bermula dari penyediaan kertas kerja yang lengkap. Sebagai rakyat Malaysia banyak ruang dan peluang untuk belajar sebagai PPF Pelatih. Lepas dapat Diploma, boleh teruskan usaha dan terus memperolehi ijazah dalam bidang farmasi. Jika pada masa lalu, UPM hanya melatih pelajar bidang pertanian, tetapi kini Dr dari UPM pun dah mula bertugas di KKM. Dr dari Uitm masih belum nampak hasilnya dan ijazah farmasi UM pun masih belum menonjol. Tetapi Lembaga Farmasi Malaysia memang pernah melawat UM bagi tujuan menjalankan program ijazah farmasi. Kita tumpukan pula kepada Budget 2014.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2014 melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 bilion meliputi RM217.7 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Bajet 2014 itu menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
 
Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.Lima teras itu adalah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat.Melainkan pembentangan mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendapat reaksi kurang senang daripada Ahli Parlimen pembangkang, keseluruhan pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang bermula kira-kira pukul 4.05 petang dan berakhir 6.25 petang berlangsung lancar.
Dalam mengurangkan rungutan pembayar cukai menerusi sistem sedia ada pula, Bajet 2014 mencadangkan pembayar cukai tidak lagi perlu mengemukakan borang cukai pendapatan sekiranya berpuas hati dengan potongan cukai bulanan (PCB) yang dikenakan.Sementara itu, paling banyak mendapat manfaat pula adalah golongan muda yang disediakan beberapa insentif secara langsung antaranya pemberian 'one-off' sebanyak RM500 kepada individu berumur antara 20 hingga 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta (PRS).


Dalam galakan kepada golongan itu terutama siswazah menganggur terlibat dalam perniagaan pula, Bajet 2014 turut menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta menerusi Tabung Usahawan Siswazah di bawah SME Bank.Turut mendapat manfaat ialah golongan peniaga pasar malam yang disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.Agenda bumiputera juga terus diperkasa antaranya menerusi penubuhan Dana Ekuiti Bumiputera (EquiBumi) dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah SME Bank.


PPF memang patut menjadi ahli persatuan dan kesatuan kerana banyak kelebihanya. 


Aktiviti PPF penghujung tahun 2013 :


13 dan 14 September 2013 adalah AGM PPFM dan tahniah kepada yang berjaya 
27 dan 28 September 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat PTJ iaitu Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah.
11 dan 12 Oktober 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat Negeri JKN.
25 dan 26 Oktober 2013 AGM Kesatuan PPF di Terengganu. Segalanya telah di bentangkan di sana.


Pada 4 Oktober 2013, PPF telah mengadap KKM bagi menyuarakan pandangan dan pendapat. Keputusan pertemuan tersebut telah di bentangkan di Kuala Terengganu tempoh hari. Juga KUP setelah berkhidmat selama 13 tahun juga di bentangkan. Apa yang nyata ialah sejak 1 Julai 2013, segalanya telah terhenti kerana JPA adalah ditadbir oleh PTD yang bijaksana dan bijaksini. PPF perlu membuat pertimbangan bahawa segala permohonan PPF adalah sebelum 1 Julai 2013. Dan dalam jawapan serba ringkas dari KKM ialah segala permohonan PPF perlu mendapat sokongan BPF KKM. Dan bagi meredakan keresahan semua PPF, maka wajarlah National Blue Oceon Strategy (NBOS) Strategi Lautan Biru PPF dan PF di permudahkan. PPF hanya menunggu sahaja segalanya yang telah di bangunkan oleh PF sebab sebagai PPF pastinya PPF akan membantu PF. Dan selepas ini tiada PPF yang akan tercicir dan terpinggir. Dan sejarah telah membuktikan bahawa Pegawai Farmasi (PF) dan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) berpisah tiada.


Harap RESOLUSI AGM Persatuan PPF dan Kesatuan PPF telah di siapkan dan dihantar kepada semua pihak yang berkepentingan sebab AGM kesatuan lagi 12 bulan dan AGM persatuan lagi 24 bulan, dan pada masa itu dua batch PPF yang masih bertugas pada hari ini telah bersara dan memasuki alam YB (yang bersara) 

Banyak tajuk-tajuk dalam forum PPF sejak dahulu lagi dan sepatutnya 50% telah di usahakan dan di jayakan beserta cadangan-cadangan yang bernas, praktikal, konsisten dan munasabah. Tetapi jika ianya masih belum diselesaikan, teruskan usaha murni tersebut.


PPF boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara dalam cara yang tersendiri dan menyendiri. Hidup PPF.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
29 Okt 2013
 
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN. Empty Re: JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum