FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

campak dan chicken pox / cacar air

Go down

12052011

Post 

campak dan chicken pox / cacar air Empty campak dan chicken pox / cacar air




mana lagi bahaya antara campak & chicken pox????? apa risiko kepada kanak2 yg baru lahir?

campak dan chicken pox / cacar air Penyakit-campak-pada-anak
Eva Juliana
Eva Juliana
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : campak dan chicken pox / cacar air Selang10
Jawatan : Pelajar
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 32
Tarikh Register : 12/05/2011
Reputation : 0
Points : 5001

Back to top Go down

Share this post on: reddit

campak dan chicken pox / cacar air :: Comments

Puteri Kayangan

Post Sun 12 Jun 2011, 2:46 pm by Puteri Kayangan

Program imunisasi percuma demam campak di KL

DEMAM campak atau measles adalah penyakit yang berpunca daripada jangkitan virus paramyxovirus dari genus Morbillivirus yang membiak di sel kerongkong dan paru-paru.

Penyakit ini masih belum ada penawarnya dan mudah berjangkit dari seorang individu kepada individu lain melalui titisan lembapan atau cecair badan individu yang dijangkiti ketika bersin atau batuk.

Virus demam campak juga boleh berada serta hidup di udara dan permukaan yang dijangkiti sehingga 2 jam, di mana ia berpotensi menjangkiti manusia.

Bagi sesiapa yang dijangkit demam campak, mereka mampu menyebarkan virus penyakit ini kepada individu lain dalam tempoh empat hari sebelum dan selepas ruam mula kelihatan pada badan pesakit tersebut.

Tanda-tanda demam campak termasuk;

* Ruam yang bermula di muka seterusnya merebak ke seluruh badan.
* Demam dengan suhu yang sangat tinggi
* Batuk
* Selesema
* Mata kemerahan

Pakar Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL), Dr. Noraliza Noordin Merican menjelaskan demam dan ruam kemerah-merahan adalah tanda asas campak.

Tetapi demam yang dihidapi mungkin juga berpunca daripada jangkitan virus lain. Untuk mengesahkan demam campak, ujian darah boleh dilakukan.'Selain itu, simptom lebih teruk demam campak termasuk keradangan pada selaput mata, selesema dan batuk, katanya.

Vaksin elak komplikasi

Demam campak itu sendiri sering dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan tidak berbahaya oleh kebanyakan ahli masyarakat.

Namun, apa yang dikhuatiri adalah komplikasi yang mungkin timbul, terutamanya di kalangan kanak-kanak, sehingga boleh membawa maut. Dr. Noraliza menyatakan perkara paling dikhuatiri adalah jangkitan demam campak pada kanak-kanak yang membawa kepada komplikasi sampingan seperti pneumonia atau meningitis.

Jika berlaku komplikasi yang serius, kanak-kanak tersebut perlu dimasukkan ke wad bagi mengelakkannya melarat sehingga membawa maut. Bagaimanapun, golongan dewasa yang menghidap demam campak jarang mengalami komplikasi sampingan.

Penyakit tersebut sudah lama wujud tetapi masih belum ada rawatan khusus untuknya. Rawatan hanya sekadar mengatasi simptom yang timbul dan menggantikan cecair badan,ujarnya. Menurut beliau, pesakit biasanya diberikan ubat demam, antibiotik (jika ada jangkitan sekunder bakteria - pneumonia atau otitis media) dan menambah air jika badan kekurangan air.

Tambahnya, pandangan bahawa air kelapa menjadi penawar campak juga mungkin kurang tepat kerana tiada bukti saintifik yang menyokongnya. Kemungkinan air kelapa berfungsi membantu menggantikan cecair badan pesakit dan menampakkannya semakin sihat.

Dr. Noraliza menegaskan ramai yang masih mengambil ringan pentingnya imunisasi dan berfikir anak mereka sentiasa sihat. Komplikasi demam campak akan bergantung kepada tahap imuniti anak.

Jika anak tiada masalah kesihatan, maka kurang risiko untuk mendapat komplikasi yang teruk. Tetapi, jika ada masalah tertentu seperti kurang nutrisi, imuniti rendah atau kanser, demam campak akan menjadi lebih teruk sementara komplikasi yang dihadapi boleh menyebabkan kematian, jelasnya.

Menurutnya, imunisasi adalah cara terbaik mengawal penularan virus campak, terutamanya kerana hanya terdapat satu jenis virus campak. Tambahnya, virus lain yang mempunyai beberapa jenis berbeza (strain) lebih sukar dikawal kerana memerlukan beberapa jenis vaksin yang khusus mengikut jenis virus.

Dr. Noraliza menjelaskan Malaysia kini mengguna pakai suntikan vaksin MMR (measles, mumps, rubella) yang diberikan ketika anak mencapai umur satu tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah memberikan suntikan vaksin tersebut bagi mengelakkan kematian atau kecacatan akibat demam campak.

Selain suntikan MMR pada umur satu tahun, satu lagi suntikan booster MMR akan diberikan ketika anak mencapai umur tujuh tahun (Tahun satu), katanya. Beliau turut menegaskan vaksin MMR tidak boleh diberikan jika anak di bawah umur satu tahun tetapi vaksin tunggal campak (measles) sahaja boleh diberikan ketika anak berusia enam bulan seperti yang diamalkan di Sabah.

Populasi dinamik KL

Dr. Noraliza turut membangkitkan masalah peningkatan kes demam campak di Kuala Lumpur kebelakangan ini.

Populasi di Kuala Lumpur dinamik di mana aktiviti keluar dan masuk penduduknya berlaku dengan cepat.

Tambahan pula dengan kebanjiran warga asing (tanpa atau dengan izin) yang status vaksinasi mereka kurang diketahui, risiko penyebaran kuman tertentu menjadi lebih tinggi, ujarnya.

Menurut beliau, masalah utama adalah kesukaran mencapai kedudukan imuniti berkelompok (herd immunity) di mana 80 peratus penduduk sesuatu kawasan mempufnyai perlindungan imuniti terhadap penyakit terbabit.

Tambahnya, apabila 80 peratus penduduk mempunyai imuniti terhadap penyakit tersebut, baki 20 peratus yang tiada imuniti turut terlindung kerana kuman penyakit tersebut tidak dapat `melompat atau disebarkan melalui mereka yang mempunyai imuniti. Masalah utama adalah program vaksinasi warga asing yang mungkin kurang atau berbeza berbanding program untuk rakyat Malaysia sehinggakan sasaran imuniti berkelompok komuniti setempat terhadap penyakit tertentu gagal dicapai.

Warga negara ini mungkin diketahui status imunisasi mereka namun status imunisasi warga asing, seperti pengambilan suntikan MMR, mungkin lebih rendah.Dr. Noraliza menekankan pentingnya imuniti berkelompok untuk mana-mana jenis penyakit yang mempunyai vaksin termasuk demam campak.

Jika sasaran imuniti berkelompok berjaya dicapai, tiada lagi masalah untuk kita menghadapi penularan penyakit terbabit. Oleh itu, sesiapa (rakyat atau warga asing) yang belum mendapatkan imunisasi (MMR) diminta pergi ke klinik kerajaan berhampiran untuk mendapatkannya. Suntikan vaksin untuk penyakit lain juga penting dan tidak boleh diabaikan,tegasnya.

Jelasnya, jika diabaikan betapa pentingnya imuniti berkelompok, kanak-kanak (tidak mengira kewarganegaraan) yang akan menderita. Katanya lagi, kanak-kanak mempunyai daya imuniti yang lebih rendah berbanding golongan dewasa dan mungkin lebih sukar menentang jangkitan kuman tertentu.

Dr. Noraliza turut mendedahkan liputan (pengambilan) suntikan MMR di Kuala Lumpur merupakan antara yang paling rendah di Malaysia. Mungkin disebabkan itu laporan kes demam campak di Kuala Lumpur meningkat kebelakangan ini sedangkan kawasan dan negeri lain kekal seperti biasa.

Pegawai kesihatan juga terpaksa pergi dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan vaksin disebabkan orang ramai tidak datang (ke klinik) ketika dipanggil untuk mengambil suntikan, jelasnya. Selain itu, beliau turut memaklumkan terdapat sedikit peningkatan kes rubela, sekali pada tahun lalu dan sekali lagi tahun ini. Rubela dahulu hanya diberikan kepada kanak-kanak perempuan tetapi kini digabungkan bersama (MMR) untuk lelaki dan perempuan untuk mencapai imuniti berkelompok.

Tambahnya, kes beguk (mumps) pula dilihat tiada peningkatan, mungkin kerana tidak ramai yang melaporkannya dan menyebabkan bilangan kes sukar untuk disahkan.Dr. Noraliza menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan kesihatan anak-anak terjaga kerana ia salah satu hak asasi kanak-kanak Imunisasi juga hak kanak-kanak untuk melindungi mereka daripada penyakit berjangkit yang sepatutnya boleh diatasi menggunakan vaksin.

Jika didapati ada simptom campak (demam, ruam merah), bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan. Ingatlah komplikasi sampingan boleh membawa maut, ujar beliau.

Kempen imunisasi percuma

Dr. Noraliza memaklumkan bahawa satu kempen imunisasi percuma melalui suntikan vaksin MMR di klinik-klinik kerajaan sekitar Kuala Lumpur bermula 16 September lalu sehinggalah sasaran imuniti berkelompok berjaya dicapai.

Untuk penyakit demam campak, sasaran imuniti berkelompok adalah antara 83 hingga 94 peratus daripada jumlah penduduk. Kempen imunisasi percuma ini adalah untuk semua yang tinggal di Kuala Lumpur (warganegara Malaysia atau warga asing) sekitar kawasan Sentul, Kampung Baru, Dato Keramat dan Cheras. Suntikan vaksin adalah percuma dan orang ramai cuma perlu datang membawa anak mereka ke klinik yang terlibat, jelasnya.

Menurut beliau, walaupun vaksin MMR adalah untuk kanak-kanak berumur di antara satu hingga tujuh tahun, kempen ini mensasarkan kumpulan berumur satu hingga 15 tahun. Tambahnya, ini berikutan terdapat sebilangan pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada hari suntikan vaksin MMR, dan ketinggalan dos vaksin yang sepatutnya diambil.

Dr. Noraliza menyatakan selain di klinik, pegawai kesihatan JKWPKL juga akan pergi ke rumah dan rumah kebajikan (di bawah kerajaan dahulu) bagi memberikan suntikan vaksin MMR.

Perlu diingat bahawa bahaya utama di sini adalah komplikasi kepada kanak-kanak, terutamanya jika mereka dijangkiti sebelum umur satu tahun (jangkitan dari kanak-kanak lain). Pemahaman dan pendidikan di kalangan orang ramai mengenai pentingnya imunisasi dan imuniti berkelompok ini amat ditekankan, katanya.

Dr. Noraliza turut meminta ibu bapa atau penjaga yang tidak pasti sama ada anak mereka sudah mendapat suntikan MMR supaya datang ke klinikyang terlibat.

Menurut beliau, suntikan boleh diberikan sekali lagi jika mereka tidak pasti dan ianya tidak membahayakan kesihatan kanak-kanak terbabit.

Back to top Go down

MaStErMiNd

Post Sun 07 Oct 2012, 10:22 am by MaStErMiNd

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum