Cacar Air / Chicken Pox
Page 1 of 1
23032012
Cacar Air / Chicken Pox
Cacar air, si manja anda & anda
Oleh: DR. ZULKIFLI ISMAIL
Cacar air dianggap sebagai lumrah kehidupan dan sesuatu yang perlu dilalui oleh setiap kanak- kanak tetapi tahukah anda penyakit ini boleh mendedahkan anda kepada jangkitan kedua apabila dewasa? Minggu ini Program Positive Parenting membincangkan isu ini.
Ruam merah mula muncul di seluruh badan anak anda. Beberapa hari kemudian, bintik-bintik seperti jerawat ini menjadi lepuhan bercecair. Anak anda demam, hilang selera makan dan meragam. Dia terperap di dalam rumah dan tidak dapat pergi ke tadika. Doktor memberi amaran untuk memastikan anak anda tidak menggaru ruamnya (walau segatal mana pun) kerana menggaru boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit. Malah anda terkejut apabila doktor menerangkan kemungkinan berlakunya komplikasi serius seperti radang peparu atau ensefalitis (radang otak). Sebelum ini, anda menganggap cacar air hanyalah jangkitan biasa yang ringan. Bukankah semua orang dijangkiti sekali seumur hidup dan pulih sepenuhnya?
Tidak lama kemudian, gejala yang sama mula muncul pada adiknya. Anda tiada pilihan lain kecuali mengambil cuti kerja untuk menjaga mereka. Tanggungjawab menjaga dua anak kecil yang sakit memang meletihkan, lebih-lebih lagi jika anda sudah mengandung tiga bulan.
* Mengenai cacar air
Cacar air ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster yang amat mudah berjangkit dan boleh merebak menerusi sentuhan fizikal dan melalui udara daripada titisan bersin atau batuk. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebarkan virus dua minggu sebelum ruam muncul dan sehinggalah semua lepuhan menjadi kering.
Selagi anak anda sihat, kesan jangkitan cacar air biasanya bersifat ringan dan akan hilang dalam masa dua minggu. Namun begitu ia lebih berbahaya di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah, menghidap ekzema atau mengambil ubat steroid (contohnya penghidap asma).
Anda perlu mencegah anak anda daripada menyebarkan penyakit dan memastikan dia tinggal di rumah dan tidak menghadiri kelas tadika. Malangnya, adalah lebih sukar untuk mengelakkan anggota keluarga lain daripada dijangkiti. Risikonya sangat tinggi kerana mereka berada berdekatan dengan satu sama lain. Cuba jauhkan anak anda daripada wanita hamil dan sesiapa yang belum pernah menghidap cacar air atau belum diberi vaksin.
Antara langkah untuk merawat cacar air termasuk menegah anak anda menggaru dan mencegah jangkitan sekunder, menggalakkannya minum banyak air dan memastikan pengambilan khasiat pemakanan secukupnya dan mengawasi sebarang komplikasi serius. Sejenis agen antivirus yang dinamakan acyclovir akan mengurangkan tahap keterukan penyakit tetapi ubat ini perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.
Kehidupan selepas menghidap cacar air. Selepas jangkitan cacar air, virus Varicella-zoster ‘menyorok’ dalam keadaan tidak aktif dalam urat saraf individu. Virus in boleh aktif semula beberapa tahun kemudian apabila anak anda sudah dewasa atau jika sistem imunnya lemah. Turut dikenali sebagai herpes zoster, kayap ialah sejenis ruam menyakitkan yang boleh menyebabkan neuralgia postherpetik, sejenis penyakit yang mengakibatkan kulit terasa sakit selama berbulan atau bertahun walaupun ruam sudah hilang.
* Mencegah anak anda daripada dijangkiti cacar air
Hanya melalui vaksin boleh mencegah cacar air ialah menerusi imunisasi. Vaksin dihasilkan dengan menggunakan virus Varicella-zoster yang lemah dan diberikan kepada kanak-kanak berusia 1 dan 12, dewasa serta remaja yang belum pernah dijangkiti cacar air. Walaupun vaksin ini boleh mencegah jangkitan cacar air bagi kebanyakan kanak-kanak, sebilangan kecil masih boleh dijangkiti. Namun begitu jangkitan tersebut adalah lebih ringan dengan tanda-tanda yang tidak begitu serius dan parutan kulit yang berkurangan.
Seperti semua vaksin lain, vaksin cacar air boleh mendatangkan kesan sampingan – paling umum ialah kemerahan, kesakitan dan bengkak di tempat suntikan. Bincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin ini.
* Cacar air & kehamilan anda
Oleh kerana cacar air boleh menjangkiti semua orang pada sebarang peringkat usia – baik kanak-kanak kecil mahupun remaja, dewasa dan warga tua – risiko wanita hamil bertemu dengan penghidap virus Varicella-zoster adalah sangat tinggi. Keadaan ini amat membahayakan jika anda belum pernah menghidap cacar air.
Bahaya kepada anda. Cacar air semasa dewasa mungkin membahayakan dan boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang peparu atau ensefalitis, walaupun keadaan sedemikian jarang berlaku. Kesan parut pada orang dewasa juga lebih teruk.
Bahaya kepada bayi anda. Jangkitan cacar air yang berlaku pada peringkat awal kehamilan menyebabkan kecacatan semasa lahir, berat lahir yang rendah atau kecacatan anggota pada janin. Jika anda dijangkiti seminggu sebelum melahirkan anak atau dalam tempoh sepuluh hari selepas beranak, jangkitan tersebut boleh mengancam nyawa bayi baru lahir.
* Mengurangkan risiko jangkitan
Jika anda hamil dan belum pernah menghidap cacar air, bincanglah dengan doktor tentang risiko anda dan janin anda. Minta suami dan anak-
anak anda (walaupun mereka sudah mencapai usia remaja) untuk mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko mereka menghidap penyakit tersebut dan menjangkiti anda. Vaksin cacar air untuk dewasa meliputi 2 dos yang diberikan dalam selang masa 4 minggu.
- Penulis ialah Pakar Runding Pediatrik, bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Positive Parenting. Program Positive Parenting diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www. mypositiveparenting.org
--- UTUSAN MALAYSIA

MaStErMiNd- WEBMASTER
- Jawatan : Paramedic
Gender :
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158
Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...
Cacar Air / Chicken Pox :: Comments
Vaksinasi Bantu Hindari Cacar Air
Oleh Newmond Tibin
KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Dua minggu selepas sesi persekolahan bermula awal tahun ini, seorang ibu melihat bintik-bintik merah di kulit muka anak lelakinya semasa bersiap-siap untuk menghantarnya ke sekolah.
Pada mulanya, keadaan itu tidak begitu dihiraukan oleh si ibu kerana menganggap ia simptom cacar air (chickenpox) yang biasa dilalui oleh kebanyakan kanak-kanak.
Pada ketika itu si ibu hanya membuat keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke sekolah untuk satu tempoh sehingga jangkitan itu sembuh dengan sendiri.
Apabila semakin banyak repuh muncul di seluruh tubuhnya, si ibu masih beranggapan ia adalah petanda lazim dan tidak memerlukan perhatian doktor.
Namun si anak mula menggaru repuh di tubuhnya sehingga luka dan keluar nanah. Keadaan menjadi bertambah teruk lagi apabila luka di kulitnya mula membengkak dan terasa gatal hingga sukar untuk menahan kesakitan.
Ini diikuti pula dengan demam panas sehinggakan tidak boleh bergerak dan mata membengkak.
Akhirnya si ibu mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan untuk anaknya.
TIDAK ENDAHKAN SANGAT
Pakar Perunding Pediatrik Sabah Medical Centre (SMC) Dr Liaw Yun Haw memberitahu Bernama bahawa inilah senario lazim dalam kalangan mereka yang dijangkiti cacar air.
Ibu bapa tidak memandang serius jangkitan cacar air kerana berpendapat ia penyakit kanak-kanak yang lumrah dan dengan itu tidak perlu mendapatkan rawatan.
"Cacar air (atau Varicella) adalah satu jangkitan yang mudah berjangkit berpunca daripada virus varicella zoster melalui sentuhan langsung atau melalui cecair pernafasan yang tercemar.
"Mereka dengan cacar air boleh menyebarkan jangkitan itu sebelum sebarang simptom muncul. Bintik-bintik pertama lazimnya mula kelihatan lebih kurang satu atau dua hari selepas munculnya simptom seperti demam, pening kepala atau sakit tekak dan boleh berlarutan sehingga tujuh hari," katanya.
Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari yang cacar air ini boleh menyebabkan komplikasi serius. Ramai mempunyai tanggapan salah yang jangkitan ini tidak berbahaya secara bandingan dalam kalangan kanak-kanak.
"Dalam kebanyakan kes, virus ini akan menyebabkan rasa gatal, kemunculan repuh dan adakalanya demam panas. Bagaimanapun, komplikasi serius seperti pneumonia, meningitis, encephalitis (jangkitan pada otak) atau 'toxic shock' juga boleh berlaku.
"Lagipun, mereka yang sembuh daripada cacar air mungkin mengalami kayap (yang disebabkan oleh virus yang sama), iaitu ruam menyakitkan yang berterusan untuk tempoh lama pada lewat usia. Kebanyakan mereka yang mengalami kayap adalah mereka yang berusia lebih 50 tahun," katanya.
VAKSINASI MENGHINDARI CACAR AIR
Sebelum vaksinasi diperkenalkan kebanyakan orang dijangkiti cacar air sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka.
Ia lazim berlaku semasa usia kanak-kanak dan mereka yang terlepas daripada cacar air pada zaman kanak-kanak masih berpeluang dijangkiti pada usia dewasa.
"Kesan jangkitan cacar air pada usia kanak-kanak dikatakan sederhana dan bertambah teruk dengan usia. Kami pernah menyaksikan kes-kes membabitkan mereka dalam lingkungan usia 30-40 tahun mengalami cacar air dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," kata Dr Liaw.
Bagaimanapun, dengan terdapatnya vaksin banyak membantu mengurangkan signifikan insiden cacar air.
BERBILANG VAKSINASI DAN VAKSINASI TUNGGAL
Terima kasih terhadap penemuan baru dalam bidang perubatan, kini vaksinasi boleh didapati untuk pelbagai jangkitan virus - contohnya Campak (Measles), Beguk (Mumps), Rubella dan Cacar Air (MMRV).
Bagaimanapun, mendapatkan vaksinasi berasingan bagi setiap daripada jangkitan ini mungkin sukar terutama bagi bayi dan kanak-kanak.
Oleh itu, syarikat-syarikat farmaseutikal telah meningkatkan inovasi dan telah muncul dengan kaedah perlindungan tunggal bagi keempat-empat jangkitan ini melalui vaksin tunggal MMRV bagi kanak-kanak berusia antara 9 bulan dan 12 tahun.
Vaksin MMRV menyatukan vaksin virus MMR (campak, beguk, rubella) yang dilemahkan bersama tambahan vaksin cacar air.
Menurut Dr Liaw, vaksin MMR turut disertakan dalam 'Malaysia Expanded Programme of Immunisation' (EPI) sejak 2002.
"Ia lazimnya diberikan kepada kanak-kanak dalam dua dos - pertama kali dalam tempoh usia 12 bulan dan dos kedua pada usia tujuh tahun," katanya.
Menyatukan vaksin cacar air bersama vaksin mandatori MMR akan membantu mengurangkan bilangan vaksinasi yang perlu dilalui seorang kanak-kanak.
KESEDARAN TERHADAP MMRV
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejumlah 300 kes cacar air telah disahkan di Malaysia sehingga 12 April tahun ini membabitkan kanak-kanak berusia kurang 10 tahun.
Beguk lazimnya ialah penyakit kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun. Bukan seperti cacar air, beguk pada dewasa boleh membawa kesan yang lebih buruk lagi.
Rubella pula adalah penyakit virus sederhana tetapi akut, yang lazimnya menjangkiti kanak-kanak dan dewasa muda di seluruh dunia. Jangkitan virus itu sejurus sebelum kehamilan atau peringkat awal kehamilan mungkin menyebabkan keguguran, kematian anak dalam kandungan ataupun kecacatan kongenital.
Penyakit-penyakit ini bukan sahaja menyusahkan kanak-kanak malah keluarga mereka kerana boleh membawa tekanan hidup, kanak-kanak tidak dapat ke sekolah, ibu bapa tidak dapat bekerja, selain kos dan rasa cemas dalam menguruskan masalah ini agak tinggi.
Memandangkan semua ini, adalah penting untuk menerapkan kesedaran yang tinggi terhadap pilihan perlindungan yang ada terhadap ketiga-tiga penyakit ini.
Menurut WHO, kematian global akibat cacar air berkurang sebanyak 74 peratus pada 2010 hasil daripada aktiviti imunisasi secara meluas. Perkara sama berlaku bagi Rubella dan vaksinasi skala besar sejak sedekad yang lepas hampir melenyapkan penyakit itu.
-- BERNAMA

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak