FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

e-mel anda: Ramai tidak tahu wujud Hari Jururawat

Go down

e-mel anda: Ramai tidak tahu wujud Hari Jururawat Empty e-mel anda: Ramai tidak tahu wujud Hari Jururawat

Post by Puteri Kayangan Mon 12 Sep 2011, 10:34 am

e-mel anda: Ramai tidak tahu wujud Hari Jururawat

SAYA tertarik dan rasa terpanggil untuk memberi sedikit tambahan luahan hati ‘Pelajar Jururawat' yang disiarkan di ruangan ini minggu lalu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui perit jerih yang dilalui seorang jururawat.

Jika Hari Guru, dengan gah pengumuman dibuat mengenai kenaikan gaji, namun masih ada golongan guru yang berasa dipinggirkan dengan pengumuman berkenaan kerana tidak membabitkan semua kumpulan.

Namun, apabila sambutan Hari Jururawat, tiada ucapan atau hadiah diterima dari pesakit apatah lagi orang awam.


Malah ramai tidak tahu wujudnya Hari Jururawat pada 12 Mei setiap tahun.

Kerjaya jururawat dipandang sepi dan tiada ‘bonus’ buat kami.

Kadangkala untuk membuat tuntutan kerja lebih masa, terlalu banyak birokrasi hingga masa yang diambil pada waktu yang sepatutnya berehat bersama keluarga, dihalalkan saja. kerana malas untuk menghadapi karenah.

Kursus diadakan pada hari cuti, balik lambat selepas waktu bertugas. Itu semua dianggap perkara biasa kerana tuntutan tugas.

Ini belum lagi bercerita bab bertugas di hari raya.

Rasanya jika ingin diceritakan pengorbanan kami terlalu banyak.

Takut ada yang beranggapan kami terlalu sibuk bercerita cabaran kerjaya kami.

Jika jururawat menasihati pesakit, ia kadangkala dianggap membebel dan memarahi mereka, lalu timbullah aduan di surat khabar.

Namun, bukan itu niat yang sebenarnya kerana ia hanya untuk memastikan pesakit yang dirawat sembuh dan dapat menjalani kehidupan bersama insan tersayang dengan lebih berkualiti.

sumber dari http://www.hmetro.com.my/articles/e-melanda_RamaitidaktahuwujudHariJururawat/Article/

Bukan hadiah yang dipinta, cuma harapan kami supaya nasib dan kerjaya kami dihargai serta janganlah hanya tahu membuat aduan jururawat lambat, kasar, garang dan bermacam-macam lagi.


NOOR HAFIZAH MUSTAPHA
Muar, Johor
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : e-mel anda: Ramai tidak tahu wujud Hari Jururawat Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum