The ReD WaRRioRS
Page 1 of 1
The ReD WaRRioRS
________________________________________
Bayangan finalis Piala Malaysia 2011
Posted: 18 Oct 2011 07:21 PM PDT
Terengganu dan Negeri Sembilan bakal berentap.
Terengganu
seperti diramalkan berjaya menundukkan juara 32 kali Piala Malaysia 2-0
di Shah Alam semalam.Dua gol dari pemain keramat Terengganu,Manaf Mamat
berjaya menidakkan peluang Selangor untuk meneruskan misi 33 mereka.
Peminat-peminat
bolasepak tanahair sudah menjangkakan bahawa final Piala Malaysia musim
ini akan menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan.Negeri Sembilan yang
berjaya mengalahkan T.Team 4-2 di Kuala Terengganu sudah sebelah kaki
ke final.
Terengganu dilihat lebih berpeluang untuk merangkul
Piala Malaysia musim ini kerana telah melepasi ranjau paling sukar
iaitu berjaya mengalahkan juara piala malaysia musim lalu
Kelantan.Kemenangan keatas Kelantan membutirkan lagi Terengganu bakal
bergelar Juara Piala Malaysia 2011.
Sama-sama kita nantikan
keputusan pusingan kedua,mampukah Selangor dan T.Team bangkit ataupun
merelakan Terengganu dan Negeri Sembilan ke pentas aksi final.
Keputusan separuh akhir pertama :
Selangor 0 - 2 Terengganu
T.Team 2 - 4 Negeri Sembilan
http://kelatefc.blogspot.com/rss.xml
Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih Datuk Karathu
Posted: 17 Oct 2011 09:13 PM PDT
Kami
penyokong-penyokong setia The Red Warrriors ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Datuk Kar atas sumbangan yang telah diberikan
sehingga membawa Kelantan menjulang dua Piala iaitu Piala Sumbangsih
dan Juara Liga Super.
Harap Datuk Kar dapat lupakan segala
kritikan yang telah dilontarkan oleh segelintir penyokong-penyokong The
Red Warriors selama melatih pasukan kerana hanya jurulatih yang
mengetahui segala keputusan yang dibuat.Penyokong hanya pandai
mengkritik tetapi tidak mengetahui situasi sebenar yang dihadapi oleh
Jurulatih.
Tidak dinafikan jawatan jurulatih bagi pasukan
Kelantan adalah kerusi panas yang akan membuatkan seseorang yang diberi
mandat untuk melatih Kelantan sentiasa berhadapan dengan tekanan tinggi
dari 'jurulatih-jurulatih diluar padang yang tidak bertauliah' serta
lebih 'arif' dari jurulatih sebenar.
Oleh itu mana-mana
jurulatih yang ingin melatih Kelantan musim depan seharusnya mempunyai
kekuatan fizikal dan mental serta taktikal-taktikan ampuh kelas A bagi
menutup mulut 'jurulatih-jurulatih tidak bertauliah' ditempat duduk
penyokong.
http://kelatefc.blogspot.com/rss.xml
Karathu Tidak Lagi Kemudi Kelantan Musim Depan
Posted: 17 Oct 2011 01:50 AM PDT
KOTA
BAHARU, 17 Okt (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu
mengesahkan beliau tidak akan membimbing pasukan The Red Warriors pada
musim depan untuk memberi peluang kepada jurulatih lain mengemudi juara
Piala Malaysia musim lalu itu.
Karathu berkata sudah tiba masanya beliau bersama keluarga setelah banyak meluangkan masa kepada kerjayanya.
"Saya
mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
Tan Sri Annuar Musa, pemain, penyokong dan semua yang lain ketika saya
melatih Kelantan selama semusim.
"Sudah sampai masanya bagi saya
memikirkan untuk berehat bersama keluarga yang saya tinggalkan demi
karier bola sepak selama ini. Kelantan sangat dekat di hati saya.
Terima kasih semua," katanya mengulas haluan baru selepas Kelantan
gagal beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
Pada
saingan suku akhir Jumaat lepas, Kelantan tewas kepada musuh tradisi
iaitu Terengganu, yang juga juara Piala FA, dengan agregat 5-3,
sekaligus meranapkan impian mempertahankan kejuaraannya.
Ketika
Karathu bersama Kelantan bagi meneruskan legasi B.Sathianathan, yang
juga bekas jurulatih kebangsaan, beliau berjaya membawa The Red
Warriors menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Super serta naib johan
Piala FA.
Beliau juga pernah membimbing Kelantan pada 1993
hingga membawa pasukan itu ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia
dan Piala FA.
"Saya berpuas hati dengan dua kemenangan selama
semusim ini, walaupun gagal membawa Kelantan ke final Piala Malaysia
sekali lagi," katanya yang menafikan menerima tawaran pasukan lain,
sebaliknya memberi alasan mahu berehat bersama keluarga.
Bagaimanapun,
Karathu sedia memberikan sumbangan dalam bentuk lain kepada Kelantan,
jika diminta berbuat demikian oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
"Saya
dengan Kelantan sudah sebati, dan bersedia pada bila-bila masa untuk
membantu Kelantan dalam soal yang lain dan akan datang untuk membantu
jika perlu," katanya yang turut meminta KAFA mendapatkan khidmat
seorang jurulatih taktikal bagi memantapkan persembahan pemain pasukan
itu pada masa depan.
Mengulas pasukan yang bakal berentap pada
perlawanan akhir Piala Malaysia, Karathu berkata mereka yang mara ke
separuh akhir mempunyai kelebihan masing-masing.
"Mungkin
Terengganu dengan Selangor, mungkin juga Negeri Sembilan dan T.Team,
dan mungkin juga Terengganu dan T.Team. Semua ada kekuatan tersendiri,"
katanya.
Dalam beberapa blog ketika ini, nama bekas jurulatih
Kelantan Peter James Butler, antara yang disebut-sebut bakal
menggantikan Karathu, namun KAFA dijangka mengumumkan perkara itu tidak
lama lagi.
Sementara itu, Naib Presiden KAFA Rosmadi Ismail yang
terkejut apabila dimaklumkan berita tersebut, berkata beliau akur jika
benar Karathu berhasrat melepaskan jawatannya.
"KAFA akan membincangkan peletakan jawatan Karathu, jika benar jurulatih itu mahu melepaskan jawatan dan menghantar surat.
"Datuk Karathu telah banyak berjasa kepada Kelantan dan kita sangat berpuas hati dengan komitmen beliau," katanya.
Mengenai Butler, Rosmadi berkata setakat ini, KAFA masih meneliti nama yang bakal disenarai sebagai jurulatih baru.

http://www.modaco.com/topic/340303-skype-for-wm-65/
<img style="padding-top: 6px;" alt="" border="0"> |
Re: The ReD WaRRioRS
Terengganu hebat: Annuar
Posted: 15 Oct 2011 07:03 PM PDT
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob B.Harian
2011/10/16
THE Red Warriors akur dengan kehebatan musuh tradisinya Terengganu
selepas hasrat juara bertahan itu mempertahankan kejuaraan terkandas di
suku akhir apabila tewas dengan agregat 3-5 selepas suku akhir kedua
Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam
kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata
Kelantan perlu menerima hakikat mereka gagal melangkah ke separuh
akhir, sekali gus terlepas peluang mempertahankan trofi berprestij yang
dimenangi julung kali tahun lalu.
Menurutnya, Kelantan perlu menghormati kemampuan Terengganu dan anak
didik pengendali skuad Peteh, Irfan Bakti Abu Salim layak menerima
penghormatan untuk ke peringkat seterusnya.
“Kita perlu menerima hakikat gagal ke separuh akhir dan saya ucapkan
selamat maju jaya kepada Terengganu. Kelantan sudah mencuba yang terbaik
namun pihak lawan berjaya menghalang hasrat Kelantan, malah mereka
(Terengganu) bermain dengan baik,” katanya selepas tamat perlawanan di
Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, kelmarin.
Annuar berkata, pemain Kelantan perlu melupakan kekecewaan dan
selaku pemain profesional, mereka perlu memikirkan perancangan untuk
beraksi musim depan.

Similar topics
» 'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors'
» The Gladiators Berazam Tentang Hebat The Red Warriors
» Sikap pemain Red Warriors hampir makan diri
» Kelantan Bincang Beri Imbuhan Kepada 'The Red Warriors'
» Kerajaan Pusat Sumbang RM1 Juta Kepada The Red Warriors

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak