FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors'

Go down

'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors' Empty 'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors'

Post by Info Bola Sepak Fri 08 Nov 2013, 9:17 am

'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors' 886481_380243452083522_1939792325_o
KOTA BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Spekulasi mengenai kononnya kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai '"Piya' akan berhijrah akhirnya terjawab apabila pemain itu mengesahkan akan tetap bersama 'The Red Warriors' pada musim depan.

Mengakui dilamar tujuh pasukan Liga Super namun pemain kebangsaan itu berkata hatinya masih lagi bersama Kelantan untuk musim baharu ini.

"Walaupun beberapa rakan yang lain telah mengesahkan mewakili pasukan lain tetapi saya masih setia dengan Kelantan lagi. Bagaimanapun saya masih belum dipanggil untuk menandatangani kontrak yang baharu.

"Majlis tandatangan kontrak baharu ini mungkin dilakukan dalam masa terdekat atau selepas kami semua pulang daripada menunaikan umrah pada 17 Nov ini," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Anugerah Tokoh Anak Muda Kelate di Kota Darul Naim di sini, Khamis.

Pada majlis tersebut, beliau menerima anugerah Tokoh Sukan yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate.

Lapan pemain Kelantan yang disahkan berhijrah ialah Mohd Noor Farhan Muhammad, Daudsu Jamaluddin, Azizi Mat Rose, Syakir Shaari, Indra Putra Mahyuddin, S. Subramaniam, Rizal Fahmi Rosid dan Iwan Solahudin.

Mengulas perkara itu, Mohd Badhri berkata, faktor utama untuk kekal bersama pasukan itu adalah kerana mahu berbakti dan menaikkan nama negeri sendiri.

"Bermain di tempat orang dan tempat kita berbeza, di sini kita mempunyai penyokong yang amat kuat dan ia membangkitkan semangat 'darah' kita sebagai anak Kelantan.

"Bermain di tempat lain mungkin ada sesetengah orang akan kata tak apa bukan negeri kita tetapi kalau bermain dengan negeri kita semangat lebih lagi ditambah dengan sokongan padu penyokong," katanya.

Mengulas mengenai penghijrahan beberapa rakannya pada musim depan, beliau mengakui berasa agak kecewa kerana mereka telah membentuk keserasian yang baik sejak bebeberapa tahun lalu.

Beliau bagaimanapun yakin pasukan Kelantan masih mampu mencipta kejayaan walaupun tanpa tonggak utama itu.

"Mungkin pasukan untuk 2014 lebih baik sebab pemain ada kelebihan masing-masing. Mereka berhijrah kerana majikan memberikan tawaran yang lebih baik jadi tidak ada siapa yang boleh halang," katanya.

Musim ini, Kelantan adalah juara Piala FA dan mengakhiri musim dengan menjadi naib juara Piala Malaysia selepas tewas 1-0 kepada Pahang pada final di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : 'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors' Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum