Piya Akan Diberi Surat Tunjuk Sebab Kerana Gagal Lapor Diri
Page 1 of 1
Piya Akan Diberi Surat Tunjuk Sebab Kerana Gagal Lapor Diri
PETALING JAYA, 12 Julai (Bernama) -- Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkemungkinan dikenakan tindakan tegas selepas gagal melaporkan diri untuk sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang diadakan sejak semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini.
Pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal berkata Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai 'Piya' mendakwa berlaku kelewatan penerbangan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur, semalam namun ia bukanlah alasan kukuh yang boleh diterima.
"Kita (FAM) akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Piya esok dan beliau perlu menjawab surat berkenaan dalam tempoh terdekat.
"Piya akan diberikan peluang untuk memberikan alasan kukuh punca beliau tidak melaporkan diri...sekiranya alasan itu tidak munasabah, maka kita tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan tegas kepadanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya di sini, Jumaat.
Piya merupakan antara 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal untuk sesi latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013 bagaimanapun membayangkan tidak dapat menjalani sesi latihan tersebut kerana mendakwa mengalami kecederaan hamstring pada aksi terakhir Liga Super menentang Lions XII FC dari Singapura di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Sabtu lepas.
Mengulas lanjut, Subahan yang juga Naib Presiden FAM berkata ketiadaan perancang tengah pasukan Kelantan itu tidak akan menjejaskan persiapan mereka untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan memandangkan Rajagobal sudah mempunyai pemain gantian.
"Piya ini merupakan salah seorang pemain yang berpotensi tetapi kalau beliau tiada, kita akan menggunakan khidmat pemain lain...Kita tidak hanya memberikan tumpuan kepada seseorang pemain sahaja," katanya.
Sementara itu, Rajagobal berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengurusan FAM mengenai kewajaran memanggil Mohd Badhri untuk sesi latihan pusat akan datang.
"Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal mengenai kegagalan beliau (Piya) melaporkan diri untuk sesi latihan pusat...Saya akan bincangkan dengan pihak pengurusan FAM mengenai isu ini," katanya.
Pada masa yang sama, Rajagobal berkata penyerang, Mohd Safee Sali yang mengalami kecederaan pangkal paha kiri dijangka kembali meneruskan latihan dalam beberapa hari lagi manakala Safiq Rahim yang mengalami kecederaan kaki dijangka memerlukan masa pemulihan yang panjang.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang kelab Liga Perdana Thailand, Chonburi FC pada 16 Julai ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam, lima hari kemudian.
Mereka kemudian akan berkunjung ke Jepun menentang dua kelab Divisyen Satu iaitu Shimizu S-Pulse (25 Julai) dan Shonan Bellmare (27 Julai) sebelum menamatkan aksi persahabatan menentang kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy pada 31 Julai.
Sekembalinya mereka dari negara Matahari Terbit itu, skuad Harimau Malaya akan menentang kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona di Stadium Nasional pada 10 Ogos ini.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6752
Similar topics
» SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH............
» Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya
» Piya Tak Rugi Jika Tak Bersama Harimau Malaya - Annuar Musa
» Penyakit kencing tikus (Leptospirosis) dikategori wajib lapor
» 'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors'
» Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya
» Piya Tak Rugi Jika Tak Bersama Harimau Malaya - Annuar Musa
» Penyakit kencing tikus (Leptospirosis) dikategori wajib lapor
» 'Piya' Sah Kekal Bersama 'The Red Warriors'
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak