FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penyakit kencing tikus (Leptospirosis) dikategori wajib lapor

Go down

Penyakit kencing tikus (Leptospirosis) dikategori wajib lapor Empty Penyakit kencing tikus (Leptospirosis) dikategori wajib lapor

Post by azrunia Sun 08 Aug 2010, 10:22 am

KUALA LUMPUR: Penyakit kencing tikus atau leptospirosis akan
dikategorikan sebagai ‘penyakit wajib dilaporkan’ iaitu setiap kes yang
berlaku perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan notis
menjadikan penyakit leptospirosis sebagai satu penyakit yang perlu
diberitahu kepada pegawai kesihatan daerah.
“Dari semasa ke

semasa memang banyak kes leptospirosis di mana-mana, tetapi
memandangkan sebelum ini ia tidak perlu dilaporkan kepada kementerian
jadi kita tak tahu berapa kes leptospirosis berlaku dalam negara,”
katanya selepas merasmikan Seminar Kapitan Yap Ah Loy, di sini, semalam.
Penyakit kencing tikus atau leptospirosis mula mendapat perhatian ramai
akhir Jun lalu apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti
bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi
menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.
Kini penyakit
berkenaan mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut selepas
berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Sehubungan itu, Liow mengarahkan setiap pegawai kesihatan daerah
mengawal selia kebersihan kawasan rekreasi, terutama tapak perkhemahan
yang menjadi satu punca wabak ini berleluasa di seluruh negara.
Beliau juga meminta orang ramai menjaga kebersihan di kawasan rekreasi. — Bernama
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Penyakit kencing tikus (Leptospirosis) dikategori wajib lapor Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum