FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya

Go down

Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya Empty Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya

Post by Info Bola Sepak Wed 06 Mar 2013, 11:08 pm


Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya Image
KOTA BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- "Saya gembira apabila dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya," kata ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi atau Piya.

Mohd Badri berkata penantiannya untuk menyertai kem kebangsaan, tamat apabila diberitahu namanya tersenarai dalam 27 pemain pilihan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 22 Mac.

Bagaimanapun, Mohd Badri yang berasal dari Kota Baharu berkata walaupun dipanggil untuk menjalani latihan, namun beliau tidak dapat mengesahkan kedudukannya sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

"Semua pemain mahu menyertai skuad kebangsaan termasuk saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan yang diberikan itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau yang cukup bersedia untuk memberikan persembahan terbaik itu turut menghargai kepercayaan Rajagobal untuk beliau beraksi di peringkat antarabangsa.

"Apa yang saya boleh janjikan, hanya persembahan terbaik sekiranya dapat beraksi ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi 17 Mac ini dan itu adalah ujian pertama saya," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan arkitek utama Kelantan itu mendapat berita gembira setelah Rajagobal turut menyenaraikan beliau sebagai antara 27 pemain pilihan dan perlu melaporkan diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 11 Mac untuk menjalani latihan.

Kancah bola sepak negara sebelum ini kecoh apabila timbul dakwaan daripada Pengurus Pasukan Kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyatakan bahawa Mohd Badri pernah menolak tawaran untuk menyarung jersi bersama skuad kebangsaan.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Mohd Badri, sebaliknya menegaskan beliau hanya dipanggil ketika perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dua tahun lepas.

Subahan turut menyatakan, nama Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Feb lalu, namun terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya - Piya Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum