FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemain Dipanggil Sertai Latihan Pusat Jangan Mengeluh - Subahan

Go down

Pemain Dipanggil Sertai Latihan Pusat Jangan Mengeluh - Subahan Empty Pemain Dipanggil Sertai Latihan Pusat Jangan Mengeluh - Subahan

Post by Info Bola Sepak Wed 06 Mar 2013, 11:06 pm


Pemain Dipanggil Sertai Latihan Pusat Jangan Mengeluh - Subahan Su_06.1
PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) -- Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal mahu setiap pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin ini, tidak mengeluh mengenai jadual padat yang bakal ditempuhi mereka.

Pemain tempatan, beliau berkata, sepatutnya mencontohi pemain luar negara yang mempamerkan aksi membanggakan ketika beraksi bersama negara masing-masing walaupun berdepan jadual liga domestik yang padat dengan kelab yang diwakili mereka.

"Pemain kita perlu ubah mentaliti kerana jika dibandingkan dengan pemain Eropah, mereka mempunyai jadual liga selain tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing yang lebih padat.

"Kita mahukan pemain yang terbaik berada dalam skuad kebangsaan dan kita tidak mahu pemain yang gah pada nama tetapi gagal memberi aksi terbaik di padang," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman kedatangan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC ke Malaysia, di sini Rabu.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai 27 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat termasuk ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya yang dikatakan sering dipinggirkan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Badan induk bola sepak kebangsaan itu turut menyenarai aksi persahabatan antarabangsa pasukan Harimau Malaya menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 17 Mac ini, selain perlawanan persahabatan amal menentang pasukan Palestin di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.

Mengenai kedudukan Piya dalam senarai 27 pemain tersebut, Subahan meminta peminat bola sepak tempatan tidak memanjangkan perkara itu kerana pemain berkenaan pernah dipanggil menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsaan pada 2010, namun menolak dengan alasan mahu meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia bersama pasukan negerinya.

"Kecederaan beberapa pemain tengah seperti K Gurusamy dan S Kunalan turut menjadi faktor kita memanggil Piya dan kita akan melihat kemampuan beliau sebelum memberi peluang untuk perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi pada 17 Mac ini," kata Subahan yang juga Naib Presiden FAM.

Pada masa sama, Subahan melaungkan keyakinan skuad kebangsaan mampu mencatat kemenangan ke atas Yemen pada aksi kedua Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam pada 22 Mac ini.

Sebelum ini, Malaysia kalah 0-2 kepada Qatar pada aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha pada 6 Feb lepas.

"Kebimbangan saya lebih terarah kepada Qatar dan Bahrain kerana dua pasukan berkenaan adalah pasukan yang bukan senang untuk dikalahkan," katanya.

Mengenai perlawanan persahabatan menentang Chelsea pada 21 Julai ini, Subahan mahu pemain skuad Harimau Malaya menggunakan perlawanan itu sebagai medan terbaik memantapkan persiapan mereka bagi menghadapi perlawanan antarabangsa lain, selain baki saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

"Kalau boleh kita mahu menang dalam perlawanan menentang Chelsea dan kita sentiasa mengalu-alukan supaya perlawanan sebegini diadakan (setiap tahun)," katanya.

Skuad Harimau Malaya juga dijangka mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Uzbekistan di Tashkent pada 6 Sept sebelum bertemu India di Stadium Nasional Bukit Jalil, empat hari kemudian.



-- BERNAMA

Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Pemain Dipanggil Sertai Latihan Pusat Jangan Mengeluh - Subahan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum