FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jangan Campur Urusan Pilihan Pemain - Subahan

Go down

Jangan Campur Urusan Pilihan Pemain - Subahan Empty Jangan Campur Urusan Pilihan Pemain - Subahan

Post by Info Bola Sepak Thu 31 Jan 2013, 8:48 pm


Jangan Campur Urusan Pilihan Pemain - Subahan Subahan+Kamal+01
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pemilihan pemain sebaliknya perlu memberi kebebasan kepada ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal menentukan barisan skuad Harimau Malaya, demikian tegas pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata Rajagobal tahu apa yang dilakukanya kerana beliau lebih mengetahui kemampuan pemain yang dipilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Saya fikir tidak perlu diwujudkan kembali jawatankuasa pemilihan pemain dalam memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain kerana ia hanya membataskan kreativiti jurulatih," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Beliau diminta mengulas cadangan pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim agar jawatankuasa pemilihan dibentuk semula bagi memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain bagi menghadapi perlawanan antarabangsa.

Subahan percaya Rajagobal telah membuat keputusan yang tepat dalam menyenarai 25 pemain bagi menghadapi Qatar pada perlawanan sulung kelayakan Piala Asia 2015 di Doha pada 6 Feb ini.

"Pemain sendiri mahupun pihak luar tidak wajar mempersoal keputusan jurulatih kerana beliau lebih mengetahui pasukan bimbingannya. Sebenarnya tidak timbul istilah 'anak emas' dalam pemilihan pemain skuad kebangsaan sebaliknya semua pemain diberi peluang sama rata.

"Malah, pemain yang disebut tidak pernah diberi peluang pun pernah kita panggil cuma beliau menolak tawaran atas sebab tertentu," katanya mengulas mengenai isu pemilihan pemain oleh Rajagobal yang disifatkan berat sebelah.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Jangan Campur Urusan Pilihan Pemain - Subahan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum