FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dollah Panggil 23 Pemain Untuk Sesi Latihan Pusat

Go down

Dollah Panggil 23 Pemain Untuk Sesi Latihan Pusat Empty Dollah Panggil 23 Pemain Untuk Sesi Latihan Pusat

Post by Info Bola Sepak Thu 17 Jul 2014, 8:55 am

Dollah Panggil 23 Pemain Untuk Sesi Latihan Pusat Khairul+fahmi+che+mat+apek
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Sejumlah 23 pemain dipanggil oleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, untuk menjalani latihan pusat, sebagai persediaan menghadapi perlawanan antarabangsa menentang Tajikistan di tempat lawan, 8 Ogos ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata, semua pemain berkenaan akan melaporkan diri kepada Dollah untuk sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Tajikistan.

Perlawanan menentang Tajikistan merupakan tugasan pertama Dollah selepas dilantik oleh FAM sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya pada 9 Julai lepas.

Malaysia dijangka menentang Jordan pada aksi kedua persahabatan kelas 'A', 11 Okt ini yang antara lain menjadi medan persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal dihoskan oleh Singapura dan Vietnam pada Nov ini.

Presiden baharu FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menetapkan sasaran ke final Piala AFF Suzuki 2014 kepada skuad Harimau Malaya.

Senarai 23 pelatih skuad Harimau Malaya:

Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Safee Sali, Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim).

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R. Gopinathan, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Hafiz Kamal (Pahang); Mohd Farizal Marlias, S. Kunalan, Mohd Bunyamin Umar (Selangor); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Mohd Radzi, Ahmad Fakri Saarani (Kelantan).

Mohd Norfarhan Mohamad, Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu); Mohd Muslim Ahmad (PDRM); S. Chanturu (Sarawak); Baddrol Bakhtiar (Kedah).

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Dollah Panggil 23 Pemain Untuk Sesi Latihan Pusat Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum