FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dollah Akui Pemain Tempatan Tok Gajah Lebih Berbisa

Go down

Dollah Akui Pemain Tempatan Tok Gajah Lebih Berbisa Empty Dollah Akui Pemain Tempatan Tok Gajah Lebih Berbisa

Post by Info Bola Sepak Thu 10 Jan 2013, 8:12 am


Dollah Akui Pemain Tempatan Tok Gajah Lebih Berbisa Su_04_2
KUANTAN, 9 Jan (Bernama) -- Jurulatih bola sepak Pahang Dollah Salleh mengakui sentuhan serta kelincahan pemain tempatan pasukan itu lebih berbisa berbanding pemain import selepas anak buahnya berjaya menundukkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang mempunyai ramai pemain berstatus bintang.

Mengambil contoh kelincahan Fauzi Roslan pada saingan Liga Super malam tadi yang menyaksikan JDT diaibkan tuan rumah dengan keputusan 3-2, Dollah berkata pemain berasal dari Pekan, Pahang itu menunjukkan prestasi membanggakan dengan menjaringkan dua gol.

"Saya memang tak nafikan bahawa pemain tempatan yang ada di Pahang ini sebenarnya ramai yang boleh pergi lebih jauh.

"Memang kita turunkan dua pemain import tetapi agak tidak menjadi dan separuh masa kedua Tengku Muda Tengku Abdul Rahman (selaku Presiden PBNP) sendiri mencadangkan supaya menurunkan pemain tempatan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan dengan JDT Selasa malam.

Katanya, ekoran itu beliau menukar dua pemain import skuad Tok Gajah (Nikolce Kleckarovski dan Mohamed Borji) dan terbukti percaturan menurunkan pemain tempatan membuahkan hasil.

Dollah bagaimanapun mengakui pertahanan pasukan itu masih longgar dan perlu diperkemas.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Dollah Akui Pemain Tempatan Tok Gajah Lebih Berbisa Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum