Harimau Malaya Perlu Bangkit
Page 1 of 1
Harimau Malaya Perlu Bangkit
Oleh Elmi Rizal Elias
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Sedih, marah dan kecewa jelas terpancar di wajah penyokong setia Harimau Malaya apabila melihat Malaysia gagal mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki dan ia sekali gus menutup tahun 2012 dengan cerita duka buat skuad bola sepak kebangsaan.
Kegagalan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu apabila tersungkur pada separuh akhir kepada Thailand dengan agregat 3-1, sukar diterima peminat bola sepak tempatan.
Menambah kepahitan skuad bola sepak negara ialah kegagalan pasukan Olimpik untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam pusingan akhir kelayakan Kumpulan C apabila tewas dalam keenam-enam perlawanan.
Selepas disajikan dengan kebangkitan persembahan Harimau Malaya sejak 2009, peminat bola sepak negara tidak boleh menerima alasan jika skuad Harimau Malaya tidak dapat mengecap kejayaan di peringkat antarabangsa sedangkan Malaysia mempunyai kemudahan sukan bertaraf dunia dan terbaik di rantau ini.
Lumrah manusia, pastinya ada yang bersikap demikian, namun jauh di sudut hati peminat bola sepak tempatan, semangat mereka tidak pernah luntur selepas melihat kebangkitan Harimau Malaya dalam arena bola sepak antarabangsa.
Semua orang tahu, bola sepak ialah sukan nombor satu Malaysia dan rakyat amat menanti-nantikan sebarang perkembangan mengenai sukan tersebut.
Harapan peminat bola sepak Malaysia cukup tinggi dan rakyat menaruh keyakinan pada skuad Harimau Malaya untuk memulihkan maruah sukan nombor satu negara itu.
Sebab itu dapat dilihat semakin ramai anak muda berasa bangga memakai jersi Malaysia yang berwarna kuning hitam atau merah biru dan putih selain ribuan penyokong membanjiri stadium setiap kali Harimau Malaya turun bertarung.
Maka, adalah tidak adil kepada penyokong setia Harimau Malaya jika kesetiaan mereka dibalas dengan kegagalan demi kegagalan.
Jika diimbas kembali kebangkitan bola sepak Malaysia, tahun 2009 telah mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air apabila pasukan Bawah 23 Tahun negara membuat kejutan apabila menamatkan 20 tahun kemarau pingat emas pada Sukan SEA Laos di Vientiene setelah menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir.
Tahun berikutnya, giliran pasukan senior negara pula mencipta nama. Beraksi untuk kali kedua pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang dulunya dikenali sebagai 'Tiger Cup', telah digunakan sebaik mungkin pasukan negara.
Menentang musuh serumpun, Indonesia, skuad Harimau Malaya muncul juara buat pertama kalinya pada kejohanan berkenaan selepas menundukkan skuad Garuda dengan agregat 4-2.
Tahun 2011 merupakan kenangan paling manis buat peminat bola sepak tanah air. Pasukan B-23 negara berjaya mengutip pingat emas walaupun dalam keadaan yang tidak tenteram di bumi Jakarta.
Namun, tahun 2012 memperlihat betapa mutu persembahan Harimau Malaya merosot dan ketumpulan taring skuad kebangsaan itu dapat dilihat pada beberapa perlawanan persahabatan apabila tidak bermaya menundukkan Hong Kong (14 Nov) dan Bangladesh (20 Nov) semasa beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1.
Malah, sebelum itu ditundukkan oleh Vietnam dalam kedua-dua perlawanan di Stadium Shah Alam apabila kalah 2-0 pada 11 Sept dan 1-0 di Hanoi (3 Nov) selain kalah 0-2 kepada Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 7 Nov.
Ranking Malaysia yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan tiada sebarang peningkatan membanggakan dengan kedudukan terbaharu pada 19 Dis lepas ialah sekadar berada di tempat ke-158 dunia.
Sebagai perbandingan ranking Malaysia sepanjang 2012 bermula pada Januari ialah 148, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos), 156 (September), 162 (Oktober) dan 163 (November).
Hanya tiga kemenangan dapat dicapai Harimau Malaya pada siri perlawanan persahabatan tahun ini iaitu ketika membelasah Sri Lanka 6-0 pada 28 April, menundukkan Singapura 2-0 (12 Jun) dan mengutip satu-satunya kejayaan di tempat lawan ketika menumpaskan Hong Kong 3-0 pada 16 Okt.
Sepatutnya, saban tahun, skuad negara perlu ada kayu pengukur menunjukkan peningkatan yang membanggakan dan bukan sebaliknya. Sudah sekian lama, peminat bola sepak tempatan menantikan kebangkitan bola sepak negara.
Cabaran dan tumpuan Malaysia selepas ini ialah membentuk sebuah pasukan yang mantap sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari depan, Pestabola Merdeka dan Sukan SEA di Myanmar.
Tugas berat pasti menanti Rajagobal yang terus diberi kepercayaan membimbing skuad Harimau Malaya dan Ong Kim Swee dalam menyediakan pasukan Harimau Muda yang kental bagi menghadapi kejohanan-kejohanan berkenaan.
Kepada penyokong bola sepak tempatan, redakan kemarahan dan teruskan sokongan. Ingat ikrar mereka kepada skuad Harimau Malaya.
"Sokongan kami terhadap pasukan bola sepak kebangsaan langsung tidak tergugat sama sekali. Kami bukan jenis penyokong yang hanya bersorak ketika menang dan mencemuh ketika kalah". Itulah laungan semangat penyokong Harimau Malaya - yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Similar topics
» FAM Komited Lonjak Ranking Harimau Malaya
» Harimau Malaya Kalah 3-2 Kepada Canberra FC
» Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Qatar
» TMJ Persoal Pemilihan Dua Pemain Skuad Harimau Malaya
» Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0
» Harimau Malaya Kalah 3-2 Kepada Canberra FC
» Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Qatar
» TMJ Persoal Pemilihan Dua Pemain Skuad Harimau Malaya
» Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak