FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FAM Komited Lonjak Ranking Harimau Malaya

Go down

FAM Komited Lonjak Ranking Harimau Malaya Empty FAM Komited Lonjak Ranking Harimau Malaya

Post by Info Bola Sepak Thu 25 Jul 2013, 9:25 pm

FAM Komited Lonjak Ranking Harimau Malaya Hamidin-565x374

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengotakan janji untuk memperbaiki kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila mengatur perlawanan persahabatan kelas 'A' dalam tempoh terdekat.

Terbaru, FAM telah mengatur pertemuan berdepan pasukan kebangsaan China pada 10 Sept di Beijing, selain sedang mengenal pasti sebuah lagi pasukan untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 6 Sept.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ranking merupakan penanda aras bagi menilai pencapaian dan kemampuan sebenar sesebuah pasukan kebangsaan, termasuk skuad Harimau Malaya.

"Bagi tujuan itu, FAM juga sedang berusaha melengkapkan sembilan tarikh perlawanan berstatus A dalam kalender perlawanan FIFA untuk pasukan kebangsaan.

"Dalam masa dua hingga tiga bulan dari sekarang, kita akan dapat pengesahan dari negara-negara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Malaysia menentang Barcelona FC di sini Khamis.

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu akan berdepan kelab gergasi Sepanyol tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Ogos ini.

Sebelum ini, Harimau Malaya terpaksa mencari dua pasukan baharu sebagai ganti dua aksi persahabatan antarabangsa yang dibatalkan iaitu bertemu Uzbekistan pada 6 Sept dan India, 10 Sept ini.

Perlawanan dengan Uzbekistan dibatalkan kerana pasukan itu perlu menghadapi perlawanan play-off Piala Dunia bertemu Jordan pada tarikh berkenaan, manakala India pula terbabit dengan Piala SAFF yang ditunda dari Ogos ini kepada September.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata menerusi perbincangan beliau bersama Rajagobal dan pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal, mereka bersetuju supaya skuad negara diuji dengan pasukan kebangsaan negara lain pada masa depan.

Ditanya sama ada pertemuan dengan Barcelona FC adalah yang terakhir melibatkan pasukan berstatus kelab terutama dari Eropah, Hamidin berkata: "Akan ada perlawanan lain bersama (menentang) kelab tetapi tidak banyak.

"Satu atau dua sahaja perlawanan dengan kelab bagi memberi pendedahan kepada pemain bersaing dengan pemain profesional," katanya.

Dalam perkembangan sama, Hamidin memuji hasrat dan pandangan positif Subahan dalam menetapkan sasaran skuad Harimau Malaya berada dalam ranking 100 pasukan terbaik dunia menjelang 2016.

Sementara itu, Pengarah Urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, selaku promoter perlawanan antara Malaysia dan Barcelona, mengesahkan dua bintang kelab Sepanyol itu, Lionel Messi dan Neymar bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan tersebut.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : FAM Komited Lonjak Ranking Harimau Malaya Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum