FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162

Go down

Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162 Empty Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162

Post by Info Bola Sepak Thu 04 Oct 2012, 9:12 am


Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162 Mohd-Safee-Safiq-Rahim
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam bulan lepas telah menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada pada kedudukan ke-162 dunia, jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan lepas.

Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169).

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).

Di peringkat Asia, Malaysia turun dua anak tangga pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,611 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,459 mata diikuti dengan Portugal yang merampas tangga ketiga daripada England dengan mengumpul 1,259 mata.

England, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima dunia selepas mengumpul 1,196 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162 Empty Re: Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162

Post by Info Bola Sepak Thu 04 Oct 2012, 9:15 am

nampaknya kita masih dibuai kejayaan menjuarai Piala AFF & Piala Sukan SEA yang lepas..... sepatutnya tiada lagi eksperimen, tiada lagi percubaan....

contohilah pasukan Sepanyol yang cuma mengambil kira prestasi semasa pemain, bukannya mengambil kira pemain kesayangan.

harapan untuk tengok Malaysia berada di ranking yang tinggi semakin punah bila ada orang yg penting mengatakan ranking tak penting.
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Ranking Harimau Malaya Paling Buruk Tahun Ini, Jatuh Ke Tangga 162 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum