FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Khairy Puji Cadangan FAM Lonjak Ranking Pasukan Bola Sepak Negara

Go down

Khairy Puji Cadangan FAM Lonjak Ranking Pasukan Bola Sepak Negara Empty Khairy Puji Cadangan FAM Lonjak Ranking Pasukan Bola Sepak Negara

Post by Info Bola Sepak Wed 24 Jul 2013, 8:58 am

Khairy Puji Cadangan FAM Lonjak Ranking Pasukan Bola Sepak Negara Khairy-Jamaluddin2
 
PUTRAJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memuji langkah yang diambil Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menyediakan lebih banyak aksi persahabatan kelas 'A' bagi memperbaiki ranking Harimau Malaya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Khairy berkata ranking dunia adalah sesuatu yang sangat penting untuk dijadikan penanda aras kepada prestasi pasukan bola sepak negara di persada bola sepak dunia.

"Bukan saya kata kita tidak boleh main dengan pasukan kelab namun jika kita mahu tengok kedudukan dan keupayaan sebenar kita, ranking dunia adalah yang terbaik.

"Saya harap ada kesedaran dan perubahan ke arah menaikkan ranking dunia daripada pihak FAM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Integriti Dalam Sukan di sini Selasa.

Baru-baru ini, Hamidin dipetik sebagai berkata bagi menaikkan ranking Harimau Malaya, beliau akan menyusun aksi antarabangsa berkelas A pada 2014 dan akan cuba mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM supaya tiada pertindihan jadual dengan keutamaan diberikan kepada pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, pengendali Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal dilaporkan sering mengulangi pendirian betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Malaysia kekal pada kedudukan ke-159 dalam ranking bola sepak dunia awal bulan ini.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Khairy Puji Cadangan FAM Lonjak Ranking Pasukan Bola Sepak Negara Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum