FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0

Go down

Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0 Empty Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0

Post by Info Bola Sepak Tue 11 Jun 2013, 9:29 pm


Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0 404202_381806901900281_2089850368_n
Amri bertindak cemerlang
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Selepas diaibkan pada aksi sulung dalam siri Jelajah Australia minggu lepas, skuad Harimau Malaya bangkit penuh bergaya apabila menumpaskan Sydney Olympic FC 4-0 pada perlawanan persahabatan kedua di Belmore Sports Ground, Sydney Selasa.

Penyerang Selangor, Amri Yahyah muncul wira apabila meledak hatrik pada babak kedua permainan manakala satu gol lagi menerusi ketua pasukan, Safiq Rahim seawal minit kesembilan.

Amri bertindak cemerlang apabila menyumbat masuk gol pada minit ke-50, 73 dan seminit sebelum permainan tamat (ke-89).

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya dipalit aib dalam perlawanan persahabatan pertama mereka di Australia Khamis lepas, apabila kecundang 2-3 kepada Canberra FC sehingga akhbar The Canberra Times memilih menggunakan tajuk "Pemain Sambilan Raih Kemenangan ke atas Pasukan Kebangsaan".

Pasukan kebangsaan akan menamatkan jelajah di Australia dengan perlawanan terakhir menentang Marconi Stallions FC pada Khamis ini.

Jelajah itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur 15 Okt ini.

-- BERNAMA


Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Harimau Malaya Tebus Aib Kalahkan Sydney Olyimpic FC 4-0 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum