FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia Kini Diiktiraf 'Raja Bola Asean'

Go down

Malaysia Kini Diiktiraf 'Raja Bola Asean' Empty Malaysia Kini Diiktiraf 'Raja Bola Asean'

Post by Red Warriors Tue 22 Nov 2011, 1:00 pm

22 November, 2011 12:22 PM

Malaysia Kini Diiktiraf 'Raja Bola Asean' Malaysia-juara-bola-sepak-sukan-sea-2011-300x201


Malaysia Kini Diiktiraf 'Raja Bola Asean' Malaysiathai

Daripada Zulhilmi Supaat dan Ahmad Erwan Othman

JAKARTA, 22 Nov (Bernama) -- Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam Isnin membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau ini buat masa ini.

Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lepas, bukanlah kerana nasib semata-mata.

Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.

Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah "Raja Bola Sepak Asean".

Dalam perlawanan akhir malam tadi di hadapan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Bagi jurulatih negara, Ong Kim Swee, selepas dua kali menumpaskan Indonesia di laman mereka sendiri, kemenangan Harimau Muda itu adalah kemenangan mutlak dan bukannya nasib semata-mata.

Di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia menumpaskan Indonesia 1-0 dan malam tadi, sekali lagi skuad Garuda Muda ditundukkan Harimau Muda, di gelanggang keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno.

Menurut jurulatih berasal dari Melaka itu, perlawanan malam tadi mungkin tidak akan berlanjutan ke masa tambahan atau ditentukan melalui sepakan penalti sekiranya tiga tonggak utama Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan, dapat bermain.

Ketiga-tiga penyerang itu tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan sewaktu pertemuan separuh akhir dengan Myanmar.

Ong mengakui pada perlawanan masa tambahan, beliau mengarahkan pemain untuk melakukan hantaran-hantaran pendek kerana memahami mereka keletihan terutama selepas mengharungi tiga perlawanan sengit berturut-turut.

Beliau juga mengakui pengalaman beberapa pemain yang menimba pengalaman di Slovakia, turut mencorakkan permainan taktikal dan corak pantas skuad tersebut.

Mereka termasuk Mohamad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Irfan Fazail yang pernah bermain dengan pasukan kelab Slovakia, FC ViOn Zlate Moravce.

Ong juga menceritakan pengalaman "agak menakutkan" ketika pasukan Malaysia hendak pergi ke stadium Gelora Bung Karno malam Isnin.

Menurutnya bas yang dinaiki pemain dan beberapa penyokong negara digoncang penyokong Indonesia.

Beliau memuji pemain-pemain kerana tidak terganggu oleh permainan psikologi penyokong lawan dan sebalik memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.

Pengalaman berdepan penyokong fanatik di Jakarta, katanya, memberi pengalaman baru dan mematangkan pemain-pemain Malaysia.

Selepas Datuk K.Rajagobal mengecapi kemanisan membimbing pasukan negara bergelar juara acara bola sepak Sukan SEA pada 2009, kini giliran Ong pula menikmatinya.

Bagi Ong, ada satu lagi misi yang lebih penting menunggu skuadnya.

Pasukan negara yang pulang ke tanah air pada Selasa akan menyambung latihan sebelum menentang Syria dalam perlawanan peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8.45 malam Rabu.

-- BERNAMA
Red Warriors
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Malaysia Kini Diiktiraf 'Raja Bola Asean' Kelant10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 58
Umur : 40
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 5786

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum