FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

4 posters

Go down

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Empty Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

Post by Fieza Fri 16 Mar 2012, 10:42 am

hi there, jom bncang psl landskap rumh kt cni.. leh gak brtkr2 pndpt kt cni.. nk pkr sorg2 mmg pch kpla. nk bg kntrak kt profesional mmg xpdn coz kdg2 hti xpuas. klu wt sndri skurangnya ade kpuasn kn... kt bwh ni fiza ade copy bbrpe kping pic utk tatapn kwn2 forum.



Landskap Rumah dan Hiasan Landskap SNC16593-Optimized

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap SNC16560-Optimized

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap SNC16591-Optimized

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap SNC16598-Optimized

smua pic kt ats fiza copy from http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2010/03/tentang-landskap-rumah-pulak.html
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Empty Re: Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

Post by Put3bulan Fri 16 Mar 2012, 1:57 pm

Elok gak tu.. koi pun suka gak pasal landskap umah ni.. selain tu bleh selit cite pasal bunga2 an terutama orkid ke?.. Like a Star @ heaven
Put3bulan
Put3bulan
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Suri
Gender : Female
Jumlah Post : 48
Umur : 48
Tarikh Register : 12/10/2009
Reputation : 4
Points : 5588

Character sheet
Mutiara Kata saya: Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.

http://put3bulan.blogspot.com

Back to top Go down

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Empty Re: Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

Post by Puteri Kayangan Sat 17 Mar 2012, 3:55 pm

best gk buka cite psl landskap2 ni... btl kte fieza, nk uph profesional mkn modal besar gak.. bincang sama sndiri pstu bg pndapt ikut keluasan rumah...

put3bulan pminat orkid ke?
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Empty Re: Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

Post by azrunia Wed 04 Jul 2012, 10:49 am








Landskap Refleksi Pemilik
Oleh Nazli Kimin pada Jun 3rd, 2012 // Tiada Komen
SETIAP kawasan sekeliling kediaman, sama ada sempit atau luas seeloknya diindahkan dengan reka bentuk seni bina landskap yang mampu menyerikan setiap ruang kerana reka bentuk itu adalah refleksi imaginasi dan cetusan idea masing-masing.
Terdapat beberapa reka bentuk seni bina landskap sesuai dibina dan boleh dicontohi sama ada di sisi kiri atau kanan kediaman kerana kebiasaannya ruang berkenaan bersaiz kecil dan kebanyakan hanya disimen sebagai jalan selamat.

Gabungan elemen air dan pepohon merupakan pendekatan landskap yang popular.
Arkitek Landskap Perbadanan Putrajaya, Norhaliza Hanifah, berkata ada beberapa contoh untuk mengindahkan kawasan kediaman, bergantung peruntukan kewangan, kreativiti dan cita rasa tanpa perlu mengorbankan fungsi landskap yang dicadangkan.
Beliau berkata, pergola sebagai satu ciri pada taman atau laman yang sering dibina di belakang rumah boleh disesuaikan di laman tepi. Kawasan sisi selalunya menerima lebih matahari dan ia dapat diredupkan dengan kehadiran pergola dipenuhi pokok memanjat.
“Pergola di sisi rumah elok jika dibina dengan menjadikan tiangnya sebahagian daripada reka bentuk kediaman menggunakan kemasan dan warna yang sama.
“Ruang tepi bersebelahan dengan bilik anak kecil pula boleh ‘disejukkan’ dengan memasang sengkuap diperbuat daripada kaca berlapis untuk memberikan rasa nyaman dan selesa apabila kesan haba atau bahang panas dikurangkan,” katanya.
Katanya, kaedah ini sesuai untuk mereka yang tidak menggemari penggunaan pokok sebagai pemberi teduhan terutama kawasan terlalu sempit yang tidak memungkinkan pokok besar dan rimbun ditanam di situ.
Beliau berkata, jika ruang tepi rumah berhampiran dapur mempunyai lebihan tanah yang boleh diturap dan ruang itu dijadikan tempat bersarapan di luar rumah sambil menikmati cahaya matahari pagi, tentunya ia sangat menarik.
“Bagi yang sukakan ruang berprivasi penuh, penggunaan dinding tinggi dan berpintu amat sesuai diterapkan dalam reka bentuk landskap sisi rumah. Pokok berpasu digunakan untuk menghiasi ruang berkenaan selain dapat memberi teduhan.
“Penggunaan lantai kemasan jubin pastinya kelihatan lebih kemas. Kolam kecil pula boleh dijadikan tempat tadahan air hujan dan digunakan sebagai air siraman untuk pokok mahupun untuk mencuci kawasan sekeliling,” katanya.
Norhaliza berkata, ruang untuk minum petang atau makan malam juga boleh disediakan di sisi rumah berhampiran dapur. Dengan memasang cermin pada dinding kediaman, kawasan dalam rumah seolah-olah diluaskan hingga ke luar rumah dan kawasan luar rumah pula menjadi sebahagian dari ruang dalaman.
“Jika mempunyai kemampuan, kawasan sisi rumah boleh ditukarkan kepada landskap yang lebih menarik dan selesa untuk digunakan dalam apa juga aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan pada bila-bila masa.
“Bagi menjadikan ia lebih menarik, kontena pasu bunga disusun di dinding bertekstur untuk dijadikan titik tumpuan fokal. Selain ruang kelihatan kemas dan teratur ia mudah diselenggarakan kerana berada dalam satu kawasan.
“Kawasan sisi rumah jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, sangat sesuai dijadikan tempat istirahat keluarga pada waktu petang. Jangan jadikan alasan ruang terhad untuk membiarkan kawasan berkenaan terbiar.
“Wujudkan ruang privasi dengan menggunakan pokok pagaran yang tinggi. Dinding kotak pasu bunga juga boleh berfungsi sebagai tempat duduk dengan ketinggian bersesuaian. Jadi, ruang berkenaan boleh menjadi dwi fungsi. Ruang beristirahat selain meredupkan sisi kediaman,” katanya.
Harian Metro
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Empty Re: Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

Post by Put3bulan Sun 15 Sep 2013, 3:42 pm

Pernah jadi peminat tegar orkid tapi menjak sambung PB ni dah taka da orang jaga orkid2ku. Banyak yang mati. Dah mintak tolong someone jaga tapi .....
Put3bulan
Put3bulan
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Suri
Gender : Female
Jumlah Post : 48
Umur : 48
Tarikh Register : 12/10/2009
Reputation : 4
Points : 5588

Character sheet
Mutiara Kata saya: Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.

http://put3bulan.blogspot.com

Back to top Go down

Landskap Rumah dan Hiasan Landskap Empty Re: Landskap Rumah dan Hiasan Landskap

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum