FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pesakit cabul misi

Go down

Pesakit cabul misi Empty Pesakit cabul misi

Post by Fieza Sun 27 May 2012, 9:09 am

Pesakit cabul misi
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KUANTAN: Seorang lelaki yang terlantar di wad akibat tonsil bertindak biadab apabila meraba buah dada dan kemaluan jururawat sebuah hospital pakar di Jalan Alor Akar di sini, dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, jururawat berusia 19 tahun berkenaan terpaksa mempertahankan dirinya sebelum mulut dan pipinya turut dicium dengan kasar oleh pesakit berusia 20 tahun itu.


Sejarah hitam di dalam kamus hidup jururawat berkenaan bermula apabila lelaki terbabit yang berada di dalam wad satu katil hospital pakar itu menekan butang untuk memanggil mangsa dengan alasan mahu mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, sebaik melihat mangsa menghampiri katilnya, lelaki terbabit meminta jururawat itu memandikannya tetapi ditolak.


Lelaki terbabit kemudian menarik tangan mangsa dan mencium mulut dan pipi selain meraba buah dada dan kemaluan mangsa.


Jururawat berkenaan bergelut dengan lelaki itu selama beberapa minit dan nasibnya baik apabila diselamatkan kakitangan hospital yang kebetulan masuk ke dalam bilik wad.

Jururawat itu terus melepaskan diri daripada lelaki berkenaan sebelum keluar dan mengadu perbuatan ‘pesakit setan’ itu kepada rakan setugasnya.


Atas nasihat rakannya, jururawat berkenaan kemudian turut mengadu kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan beberapa jam selepas kejadian.

Click Here

Difahamkan, keluarga lelaki itu bertemu dengan mangsa dan keluarganya untuk membincangkan hal berkenaan dan menarik balik laporan polis yang dibuat, tetapi mangsa enggan.


Menyedari suspek mungkin berdepan risiko ditahan polis selepas laporan itu, keluarga lelaki berkenaan bertindak pantas ‘menyelamatkannya’ dengan cara memohon pihak hospital supaya mengeluarkan lelaki itu dari wad sambil memberi alasan perkara itu sudah diselesaikan selepas mereka berbincang dengan keluarga mangsa.


Pihak hospital yang pada mulanya enggan membenarkan suspek pulang, terpaksa berbuat demikian atas desakan keluarga lelaki terbabit.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


“Kita sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan kita juga sudah mengenal pasti rumah suspek. Anggota polis sedang memburu lelaki itu dan kita yakin akan dapat menahannya dalam masa terdekat ini,” katanya.


Mohd Haris berkata, siasatan awal mendapati, suspek berasal dari Kemaman, Terengganu dan dimasukkan ke wad hospital berkenaan akibat penyakit tonsil dan sudah berada di hospital itu selama dua hari sebelum kejadian itu.

SUMBER: HARIAN METRO
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Pesakit cabul misi Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Pesakit cabul misi Empty Re: Pesakit cabul misi

Post by Fieza Sun 27 May 2012, 9:10 am

krg ajr.. Pesakit cabul misi 832308
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Pesakit cabul misi Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum