FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bukan Misi Balas Dendam Ketika Menentang Myanmar - Kim Swee

Go down

Bukan Misi Balas Dendam Ketika Menentang Myanmar - Kim Swee Empty Bukan Misi Balas Dendam Ketika Menentang Myanmar - Kim Swee

Post by Info Bola Sepak Sun 08 Sep 2013, 7:46 pm

Bukan Misi Balas Dendam Ketika Menentang Myanmar - Kim Swee Image

KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Ong Kim Swee tidak mahu terlalu memikirkan untuk membalas dendam apabila pasukan negara bertemu Myanmar dalam perlawanan kedua kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur di sini Isnin.

Beliau hanya mahu anak buahnya mengekalkan persembahan baik ketika mereka mengalahkan Singapura 1-0 Sabtu.

"Kita menentang mereka tahun lalu dan kebanyakan pemain mereka adalah pemain yang sama dan saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang sengit seperti yang mereka telah buktikan (selepas seri 1-1) dengan Thailand semalam.

"Saya tidak percaya untuk membalas dendam. Apabila kita berfikir untuk membalas dendam, ia bermakna kita mempunyai perasaan yang sangat buruk. Kita perlu belajar dari kekalahan kita dan cuba mendapat keputusan yang baik ketika menentang mereka (esok)," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Myanmar meranap harapan Harimau Muda untuk menempah tiket ke kejohanan sulung Piala Asia Bawah 22 Tahun pada 2014 apabila menewaskan Malaysia 2-1 pada perlawanan kelayakan di Myanmar tahun lalu.

Kim Swee mahu pemainnya memberi perhatian kepada tiga pemain Myammar iaitu ketua pasukan Kyaw Zayar Win, pemain midfield Kyi Lin dan penyerang Kyaw Ko Ko yang boleh menggugat barisan pertahanan negara.

"Kesemua mereka bijak menggelecek bola, sangat laju dan mampu mencipta masalah di barisan pertahanan lawan.

"Kita juga perlu berhati-hati kerana pemain mereka telah bermain bersama sejak tahun lalu. Apa yang kita perlu lakukan ialah meningkat prestasi permainan kita seperti ketika kita menentang Singapura," katanya dan menambah beliau akan membuat beberapa perubahan kelak bergantung kepada keadaan cuaca dan padang.

Pengurus Myanmar Tin Myint Aung pula berkata mereka akan bermain seperti ketika menentang Thailand yang berkesudahan seri 1-1.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Bukan Misi Balas Dendam Ketika Menentang Myanmar - Kim Swee Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum