FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wan Zack Mahu Pamer Aksi Cemerlang Ketika Menentang Myanmar

Go down

Wan Zack Mahu Pamer Aksi Cemerlang Ketika Menentang Myanmar Empty Wan Zack Mahu Pamer Aksi Cemerlang Ketika Menentang Myanmar

Post by Info Bola Sepak Sun 08 Sep 2013, 7:50 pm

Wan Zack Mahu Pamer Aksi Cemerlang Ketika Menentang Myanmar 41378561967_295x200

KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Selepas mempamerkan aksi hambar pada aksi sulung ketika menentang Singapura pada kejohanan Pestabola Merdeka semalam, penyerang muda negara Wan Zack Haikal Wan Nor bertekad memberikan persembahan terbaiknya ketika menentang Myanmar esok.

Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda A hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas negara jiran Singapura hasil jaringan penyerang, A. Thamil Arasu pada minit ke-46 di Stadium Darul Makmur di sini.

"Saya amat kecewa kerana tidak dapat menyempurnakan sepakan penalti yang diperolehi semalam. Dari segi persembahan, saya rasa saya tidak bermain dengan begitu bagus.

"Mungkin kerana padang yang becak dan saya perlu lebih lagi bekerja keras untuk membuktikan saya adalah pemain pilihan dalam pasukan," kata Wan Zack Haikal kepada pemberita di sini hari Ahad.

Bekas penyerang skuad Harimau Muda A itu yang kini mewakili kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu bagaimanapun melahirkan rasa gembira kerana mampu serasi bersama pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal yang dipanggil Ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee untuk memperkuatkan pasukan berkenaan.

Menyentuh mengenai pertemuan menentang Myanmar, Wan Zack Haikal berkata pasukan berkenaan merupakan sebuah pasukan yang perlu diberikan perhatian kerana mampu memberikan ancaman kepada mana-mana pasukan dalam kejohanan bola sepak berkenaan.

"Kita juga perlu berhati-hati dengan taktikal mereka seperti tipu helah serta corak permainan pantas yang ditunjukkan mereka ketika (seri 1-1) menentang Thailand, semalam," katanya.

Sementara itu Junior berharap rakan-rakannya dapat meneruskan persembahan memberangsangkan seperti ketika mereka menentang Singapura.

Pemain kelahiran Malaysia-Sweden yang berumur 21 tahun ini yang juga dikenali sebagai Putera Nadher Amarham di kalangan rakan-rakannya bertekad untuk meningkat persembahannya di sepanjang kejohanan.

"Mereka (Myanmar) sangat kuat dan pantas ketika melancarkan serang balas tetapi kita juga mempunyai pasukan yang kuat. Diharapkan kita dapat menunjukkan kepada penyokong Malaysia, kita boleh menandingi mereka (Myanmar).

"Bagi diri saya, saya harap untuk meningkatkan persembahan saya kerana bola sepak ialah permainan berpasukan dan bukan berasaskan individu," katanya.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Wan Zack Mahu Pamer Aksi Cemerlang Ketika Menentang Myanmar Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum