FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Toyota Vios 2012 | Harga dari RM73,200 - RM92,013.50

Go down

Toyota Vios 2012 | Harga dari RM73,200 - RM92,013.50  Empty Toyota Vios 2012 | Harga dari RM73,200 - RM92,013.50

Post by Info Bola Sepak Sat 21 Jul 2012, 10:15 am

Toyota Vios ditambah baik


Toyota Vios 2012 | Harga dari RM73,200 - RM92,013.50  Pe_04.1


VIOS varian E, G dan TRD Sportivo semakin bergaya dengan pemasangan aerokit.



UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) kembali dengan pengenalan pakej naik taraf untuk model Toyota Vios. Tawaran penambahbaikan untuk model 1.5G, 1.5E dan 1.5J tahun 2012 itu dibuat berdasarkan kepada maklum balas yang diterima dan sebagai langkah meluaskan capaian dalam pasaran sedan segmen B.

Bahagian hadapan kereta sedan itu menyerlah menerusi lampu utama dengan perumahnya digelapkan sedikit. Sementara lampu kabus pula dialih ke sudut lebih rendah pada bahagian bampar. Gril Vios 1.5G Limited kini ditawarkan sebagai komponen standard untuk ketiga-tiga varian.

Opsyen aerokit yang pernah ditawarkan untuk varian edisi terhad Vios 1.5G tahun lalu kini dibuka kepada para pelanggan untuk dipasang pada model 1.5E dan 1.5J. Aerokit itu merangkumi lima komponen iaitu bampar hadapan, skirt sisi, lid spoiler bahagian belakang dan spoiler pada bampar belakang.

Bagi varian 1.5E dan 1.5J, kedua-dua produk itu kini didatangkan dengan rim 15 inci. Sebelum ini, UMW Toyota hanya menawarkan rim berukuran 14 inci. Tayar yang digunakan berukuran 185/60R15.

Sebagai tambahan kepada varian Vios J, ruang kabin dalaman telah ditingkatkan penampilannya melalui penggunaan material tempat duduk jenis fabrik.

Berhubung soal keselamatan, UMW Toyota menyatakan bahawa beg udara SRS, tali pinggang praregangan dan force-limiter disediakan untuk penumpang tempat duduk hadapan.

UMW Toyota turut menawarkan beberapa opsyen aksesori seperti sistem maklumat hibur DVD-AVX (skrin berwarna 5.8 inci) dan DVD-AVN (skrin sentuh 6.1 inci). Kedua-dua komponen itu dilengkapi kamera pandang belakang.

Jika mahukan sistem suspesi yang lebih baik, anda boleh memasang penyerap hentak dan pegas gegelung TRD yang menurunkan ketinggian kereta sebanyak 10 milimeter. Seperti biasa, model naik taraf 2012 ditawarkan dalam warna perak, putih, ungu, metalik perak dan hitam.

Harga Vios 2012 bermula serendah RM73,200 untuk 1.5J bertransmisi manual sehinggalah RM92,013.50 (1.5 TRD Sportivo). Jaminan diberikan adalah selama 36 bulan atau jarak perbatuan sehingga 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

--- KOSMO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Toyota Vios 2012 | Harga dari RM73,200 - RM92,013.50  Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum