FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900

Go down

TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900 Empty TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900

Post by Palladium Mon 03 Sep 2012, 4:26 pm

Lebih aerodinamik, sporty


TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900 Pix_middle
“HEBAT juga kereta ini,” kata teman di sebelah kepada penulis ketika memandu uji Toyota Camry generasi terbaru menyusuri Lebuhraya Utara-Selatan, baru-baru ini.

Ketika jarum meter menunjukkan kelajuan tahap maksimum, jentera keluaran UMW Toyota Motor ini masih stabil dan selesa, malah penulis tidak berasa cuak meluncur laju.
sebelum selepas


TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900 Pix_gal2
TERKINI...butang penghidup enjin.


TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900 Pix_gal3
BARU...kombinasi lampu utama, kabus dan LED.


TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900 Pix_gal1
KEMAS...ruang kokpit.
Walaupun badannya tampak besar, kuasa pecutannya memang hebat kerana menyalurkan prestasi mengagumkan.

Enjin 2.5 liternya dengan DOHC dual VVT-i serta ACIS memang mantap kerana mampu menyalurkan kuasa maksimum sehingga 181 PS pada 6,000 rpm.


Malah, model ini dilengkapi gear enam kelajuan automatik terbaru dengan Super ECT, selain pilihan untuk manual bagi kuasa pecutan memotong atau mendaki bukit.


Sterengnya agak ringan memudahkan pengendalilan, malah jentera itu lebih stabil ketika melalui laluan berselekoh kerana bahagian depannya dipadankan suspensi MacPherson manakala Pautan Bebas Berkembar bagi belakangnya.

Kedapan bunyi yang ditingkatkan juga membuatkannya selesa kerana kurang kedengaran seretan angin dan daripada enjin bagi kenderaan kategori segmen D ini.

Sememangnya Toyota Camry baru ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana diserapkan ciri-ciri premium dan tidak dinafikan ia mendapat sambutan golongan eksekutif.

Toyota Camry daripada model lama hingga terbaru terjual 96,000 unit di negara ini.

Sebaik singgah di hentian rawat dan rehat (R&R), kenderaan ini menjadi tumpuan pengunjung dan ada yang menjeling dan bertanya kepada penulis mengenai jentera itu.

Mereka kagum reka bentuk terbaru Toyota Camry itu yang lebih aerodinamik dan sporty.

Model ini menampilkan imej berbeza terutamanya kerana kelihatan sedikit lebar dengan kombinasi jeriji krom bergaya.

Reka bentuk lampu berbucu tajam memberi impak ketika ia meluncur di jalan raya, selain dipadankan dengan lampu siang LED, sekali gus tampak bergaya.

Cermin sisi berkepak, lampu belakang dengan LED dan penggunaan rim aloi 17 inci membuatkan jentera ini lebih tegap serta maskulin.

Ruang kabinnya tampak mewah dan eksklusif apabila menerima sentuhan warna lembut yang memberi satu perasaan tenang sebaik memasukinya.

Papan pemuka dan stereng yang diserikan dengan kemasan kayu menambah lagi rasa elegan, selain menawarkan tempat duduk selesa seolah-olah berada di atas sofa mewah.

Jika duduk di belakang, jentera ini hampir sama dengan kenderaan mewah buatan Eropah kerana ruang kaki lebih luas dan memang sesuai untuk perjalanan jauh.
Sementara itu, kawalan Camry dipermudah dengan pemasangan kamera undur yang banyak membantu penulis ketika meletak kenderaan di tempat awam.


SPEKSIFIKASI

TOYOTA CAMRY 2.5V

ENJIN
Bersesaran 2,494 empat silinder, DOHC, Dual VVT-i dan ACIS

KUASA MAKSIMUM
181 PS pada 6,000 rpm

TORK MAKSIMUM
231Nm antara 4,100rpm

TRANSMISI
Automatik enam kelajuan dengan Super ECT

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Empat beg udara, ABS, EBD, BA, pengesan jarak hadapan dan belakang

HARGA
RM180,900

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/28

- harian metro
Palladium
Palladium
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : TOYOTA CAMRY 2.5V | Harga RM180,900 Penang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 295
Umur : 46
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 6305

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum