FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala Malaysia 2012 | FAM tunggu laporan penuh insiden baling botol

Go down

Piala Malaysia 2012 | FAM tunggu laporan penuh insiden baling botol Empty Piala Malaysia 2012 | FAM tunggu laporan penuh insiden baling botol

Post by Info Bola Sepak Thu 30 Aug 2012, 12:05 pm

Piala Malaysia 2012 | FAM tunggu laporan penuh insiden baling botol Pix_gal0


30/08/2012 - 06:48:18 AM

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pengadilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menunggu laporan penuh sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan insiden membaling botol ke dalam padang pada aksi Piala Malaysia antara Tentera dan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata tindakan cepat pengadil menghentikan perlawanan wajar dipuji bagi membolehkan keadaan kembali terkawal dan mengelak daripada berlakunya keadaan yang tidak diingini.
“Keputusan cepat pengadil ini adalah wajar bagi mengawal keadaan yang berlaku, tetapi saya tidak boleh buat keputusan sekarang dan perlu menunggu laporan daripada pegawai pertandingan yang bertugas.

“Kita kena dapatkan laporan terlebih dulu dan selepas itu baru kita boleh bincang mengenai tindakan yang mungkin akan dikenakan,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Pertembungan sengit antara juara Liga Super dan Liga Perdana itu dicemari dengan aksi membaling botol ke dalam padang oleh penyokong ekoran kurang berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan, Mohd Amirul Izwan.

Berikutan itu, Mohd Amirul bertindak menghentikan perlawanan kira-kira 15 minit sebelum menyambung semula baki permainan.

Ketika disentuh mengenai tempoh masa perlawanan dihentikan, Astaman berkata tindakan itu dibuat bagi membolehkan pegawai keselamatan mengambil tempat dan mengawal tindakan yang dibuat segelintir penyokong.
“Perlawanan terpaksa dihentikan dalam tempoh lama bagi menunggu pihak berkuasa yang bertugas mengambil tindakan dan berada di tempat yang sepatutnya,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Piala Malaysia 2012 | FAM tunggu laporan penuh insiden baling botol Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum