FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan Vs Selangor | Piala Malaysia 2012 | Tidak perlu tunggu di Shah Alam

Go down

Kelantan Vs Selangor | Piala Malaysia 2012 | Tidak perlu tunggu di Shah Alam Empty Kelantan Vs Selangor | Piala Malaysia 2012 | Tidak perlu tunggu di Shah Alam

Post by Info Bola Sepak Fri 05 Oct 2012, 8:56 am



Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
Kelantan Vs Selangor | Piala Malaysia 2012 | Tidak perlu tunggu di Shah Alam Su_03.1
Pemain Selangor, Mohd. Rozaimi Abd. Rahman (kiri) diasak pemain Johor FC, Mohd. Aizulridwan pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Aksi di tempat lawan tidak harus diambil mudah atau rasa tertekan. Itu harapan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim kepada pemain untuk perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2012 di Kota Bharu, Sabtu ini.

Menurut bekas pengendali Terengganu, Perlis, Persipura Jayapura, Telekom Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu, Selangor berada pada zon serius terutama selepas berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Johor FC pada suku akhir dengan agregat 5-2.

"Perlawanan separuh akhir sama seperti suku akhir iaitu berlangsung timbal balik, jadi kami akan ke Kota Bharu terlebih dahulu sebelum aksi di laman sendiri di Shah Alam.

"Pemain tidak perlu menunggu pada perlawanan separuh akhir kedua untuk menyerlah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, tanpa sebarang masalah kecederaan dan bakal mendapat semula khidmat pemain pertahanan, Bunyamin Omar, Selangor seharusnya bermain bermati-matian pada perlawanan separuh akhir pertama di stadium keramat lawan, Stadium Sultan Mohammad IV.

"Adat permainan ada ketikanya mereka beraksi baik dan kurang baik di tempat sendiri, tetapi kita tidak boleh bergantung kepada faktor tersebut atau menghormati mereka sebagai juara Piala FA dan Liga Super musim ini.

"Sebaliknya pemain dinasihatkan supaya memberi tentangan habis-habisan pada perlawanan separuh akhir pertama itu.

"Dalam masa yang sama, pemain perlu mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Selangor terus berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33, selepas muncul juara pada peringkat kumpulan dan mengenepikan Johor FC pada perlawanan suku akhir pertama 3-1 dan kelmarin menang 2-1 pada suku akhir kedua, menjadikan agregat 5-2.

"Saya mengharapkan pemain berfikir secara rasional pada kedua-dua perlawanan tersebut. Dalam masa yang sama mental pemain saya juga perlu kuat dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan pada perlawanan di Kota Bharu Sabtu ini.

"Pertemuan di atas padang adalah 11 pemain bertemu 11 pemain dan sasaran kami untuk perlawanan separuh akhir pertama ini sudah tentu mahu mencatatkan kemenangan," kata Irfan, yang baru sahaja membantu Selangor menjuarai Piala Sultan Selangor 2012 Sabtu lalu dengan menewaskan Singapura 3-1.

Rekod seimbang di antara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super musim ini bakal menyaksikan perlawanan separuh akhir ini bertambah menarik.

Selangor berjaya mengalahkan Kelantan 2-1 ketika di Stadium Bukit Jalil, sebelum tunduk kepada Red Warriors, pada perlawanan kedua 0-1 di Stadium Sultan Mohammad IV Stadium.

-Utusan Malaysia

Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan Vs Selangor | Piala Malaysia 2012 | Tidak perlu tunggu di Shah Alam Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum