FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan 1 - 0 Selangor | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012

Go down

Kelantan 1 - 0 Selangor | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 Empty Kelantan 1 - 0 Selangor | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012

Post by Info Bola Sepak Sun 07 Oct 2012, 9:23 am

Kelantan Atasi Selangor 1-0 Pada Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia


Kelantan 1 - 0 Selangor | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 S_64norfarhan2405
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kelantan membawa kelebihan tipis untuk aksi timbal balik kedua Jumaat ini selepas hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu Sabtu.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama sebaik sahaja pengadil perlawanan Yusof Mat Karim meniupkan wisel permainan, namun gagal membolosi benteng pertahanan masing-masing.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meneruskan asakan dan hasilnya, Kelantan berjaya menjaringkan gol menerusi pemain tengah Norfarhan Muhammad pada minit ke-62.

Gol tersebut berpunca daripada Norfarhan, yang membawa bola dari tengah padang dan menggelecek beberapa pemain pertahanan Selangor, sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol Selangor Norazlan Razali.

Dua minit kemudian, Selangor terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pemain pertahanan Mohd Nasriq Baharom dilayangkan kad merah oleh Yusof kerana melakukan terjahan keras ke atas pemain Kelantan Nurul Azwan Roya.

Selangor berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi sepakan percuma kapten pasukan Safiq Rahim, namun ia hanya sedikit melewati pintu gol Kelantan, yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Keputusan itu kekal sehingga tiupan wisel terakhir Yusof untuk memberi kelebihan tipis kepada Kelantan menjelang aksi separuh akhir kedua, yang dijadual berlangsung pada 12 Okt ini di Stadium Shah Alam.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan 1 - 0 Selangor | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum