FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir

Go down

Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir Empty Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir

Post by Info Bola Sepak Wed 13 Feb 2013, 8:46 am


Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir 615425_349642388476962_23865379_o
KOTA KINABALU, 12 Feb (Bernama) -- Selangor menampilkan persembahan bertenaga sebelum muncul pasukan pertama melangkah ke suku akhir Piala FA 2013 dengan mengetepikan Sabah 3-0 pada pertemuan pusingan kedua di Stadium Likas, di sini, Selasa.

Pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe, menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47, hasil sepakan percuma Solihin Kanasian di luar kotak penalti.

Penyerang berusia 27 tahun itu kemudian menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor bagi menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa'ari.

Terdahulu itu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.

Dalam saingan suku akhir nanti, Selangor akan bertemu pemenang antara Kedah dan Johor Darul Takzim pada 26 Feb ini.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun terdapat beberapa pemain yang tidak menunjukkan aksi memberangsangkan.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum