FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lapan Pasukan Sahkan Tiket Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Go down

Lapan Pasukan Sahkan Tiket Ke Suku Akhir Piala Malaysia Empty Lapan Pasukan Sahkan Tiket Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Post by Info Bola Sepak Sat 15 Sep 2012, 9:08 am


Lapan Pasukan Sahkan Tiket Ke Suku Akhir Piala Malaysia Su_03.1

Lapan Pasukan Sahkan Tiket Ke Suku Akhir Piala Malaysia Su_01.1
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Lapan pasukan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelantan, Lions XII, Johor FC, Negeri Sembilan, Felda United, Selangor dan Pahang mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan masing-masing.

Juara Liga Super musim ini, Kelantan berpesta gol selepas membelasah jiran mereka, Terengganu 6-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu untuk mengiringi ATM yang terlebih dahulu mengesahkan tiket ke suku akhir dalam kumpulan B.

ATM yang muncul juara Liga Perdana musim ini hanya mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam saingan Kumpulan C, penyandang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan dan Felda United mengesahkan slot ke suku akhir walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Negeri Sembilan dan Felda United layak selepas masing-masing mengumpul 10 dan tujuh mata berbanding dua pasukan lagi iaitu Perak dan Sime Darby yang berkongsi enam mata untuk menghuni tangga ketiga dan terakhir kumpulan tersebut.

Dalam saingan kumpulan A, dua pasukan pilihan iaitu Lions XII dan Johor FC layak ke suku akhir walaupun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Juara Piala Malaysia edisi 1992 iaitu Pahang dan juara 32 kali, Selangor turut mara ke suku akhir walaupun mengalami nasib berbeza.

Pahang tewas 2-3 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, manakala Selangor mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Lapan Pasukan Sahkan Tiket Ke Suku Akhir Piala Malaysia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum