FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA

Go down

Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA Empty Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA

Post by Info Bola Sepak Thu 27 Jun 2013, 10:18 am

Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA Ulat

KOTA BAHARU, 26 Jun (Bernama) -- Tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini turut dijual 'ulat tiket' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini Rabu.

Skuad The Red Warriors bakal bertemu Harimau Selatan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 8.45 malam.

Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ada segelintir individu cuba mengaut keuntungan tinggi apabila menjual tiket pada harga RM60 berbanding harga asal RM40 dan harga itu dijangka meningkat menjelang perlawanan pada Sabtu ini.

Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pembeli, mendapati 'ulat tiket' melakukan operasi mereka pada waktu pagi dan difahamkan sehingga malam dengan menjadikan gerai menjual pakaian di sekitar perkarangan stadium sebagai tempat beroperasi.

Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Min dari Tumpat kesal kerana Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak memantau kegiatan haram itu.

"Ketika tiket dijual semalam, saya antara penyokong yang datang awal beratur untuk mendapatkan tiket. Saya beratur sejak awal pagi bersama beberapa rakan tetapi kecewa kerana tidak sampai 15 minit kaunter dibuka, pengurusan Kafa umumkan tiket habis dijual.

"Hari ini, ketika sedang makan tengah hari di sebuah gerai di perkarangan stadium, saya nampak ada segelintir individu bukan sahaja menjual tiket secara haram malah pada harga tinggi untuk mengaut keuntungan," katanya.

Semalam, kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang menunggu seawal 6 pagi berang apabila tiket diumumkan habis dijual dalam masa 15 minit.

Sementara itu, Presiden Kafa yang digantung Tan Sri Annuar Musa menulis di laman sosial Facebooknya bahawa beliau kesal dengan tindakan persatuan itu yang terus melayan permintaan daripada kelab penyokong yang membeli secara pukal walaupun tarikh tamat untuk tempahan tiket ialah pada 15 Jun lepas.

Anggota Parlimen Ketereh itu turut dukacita kerana cadangan beliau supaya sekurang-kurangnya 8,000 tiket disimpan untuk jualan terbuka tidak dipatuhi Kafa.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Ulat Tiket Dikesan Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala FA Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum