FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan Layak Ke Suku Akhir Piala FA Selepas Tumpas PKNS 4-2

Go down

Kelantan Layak Ke Suku Akhir Piala FA Selepas Tumpas PKNS 4-2 Empty Kelantan Layak Ke Suku Akhir Piala FA Selepas Tumpas PKNS 4-2

Post by Info Bola Sepak Wed 27 Mar 2013, 10:38 am


KOTA BAHARU, 26 Mac (Bernama) -- Kelantan menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala FA 2013 selepas menumpaskan PKNS dari Selangor 4-2 pada pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, Isnin malam.

Kelantan, yang diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan seperti ketua pasukan Mohd Badhri Radzi, pemain tengah Mohd Shaakir Shaari serta penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, ternyata bersemangat untuk mencapai kemenangan.

Bermain di hadapan lebih 20,000 penyokong, Kelantan bermula dengan agresif apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Mohd Faiz Subri.

Tiga minit kemudian, anak buah Bojan Hodak ternyata terus garang apabila menambah jaringan kedua melalui sepakan cantik ketua pasukan Mohd Badhri Radzi.

Kelalaian benteng pertahanan PKNS hampir dihukum lagi namun percubaan Khairul Izuan Rosli pada minit kesembilan dan sepakan Keita Manjou pada minit ke-14 gagal untuk menghasilkan gol berikutnya.

Namun kemaraan Kelantan sukar disekat lagi untuk gol ketiga pasukan itu pada minit ke-22 melalui sepakan penalti yang mudah diambil Obinna Nwaneiri selepas Mohd Faiz dijatuhkan.

PKNS bagaimanapun tidak berputus asa untuk merapatkan jaringan dan pada minit ke-25, Mohd Nizad Ayub akhirnya memecah kebuntuan untuk gol pertama pasukannya melalui tandukan cantik.

Dalam keghairahan PKNS untuk terus memburu gol, stadium sekali lagi digamatkan dengan sorakan penyokong Kelantan pada minit ke-31 melalui jaringan sendiri Helmi Remeli ketika cuba menguis keluar percubaan Indra Putra Mahyuddin bagi gol keempat The Red Warriors.

Pada babak kedua, PKNS kembali bangkit dan akhirnya berjaya memperolehi gol kedua mereka pada minit ke-51 selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Helmi Loussaief.

Ini adalah perlawanan semula selepas perlawanan yang sepatutnya diadakan pada 26 Feb lalu ditunda berikutan hujan lebat.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan Layak Ke Suku Akhir Piala FA Selepas Tumpas PKNS 4-2 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum