FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ATM Iringi Selangor, Kelantan Dan Lion XII Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Go down

ATM Iringi Selangor, Kelantan Dan Lion XII Ke Separuh Akhir Piala Malaysia Empty ATM Iringi Selangor, Kelantan Dan Lion XII Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Post by Info Bola Sepak Wed 03 Oct 2012, 10:34 am


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Lions XII dan Kelantan mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berakhirnya perlawanan suku akhir kedua, Selasa.

ATM yang membawa kelebihan jaringan 3-2 pada perlawanan suku akhir pertama Jumaat lepas, mencipta kejutan terbesar setelah menewaskan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor pula mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan keputusan agregat 5-2 selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Johor FC di Stadium Shah Alam.

Pada perlawanan suku akhir pertama Selasa lepas, Selangor mencatatkan kemenangan selesa, 3-1 ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Lions XII yang membuat penampilan pertama Piala Malaysia meneruskan kemaraan selepas mencatatkan kemenangan selesa, 2-0 ke atas Pahang di Stadium Jalan Besar, Singapura untuk layak menerusi agregat 3-2.

Kelantan pula hampir diaibkan pasukan kelab Felda United sebelum bangkit mencatatkan keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu untuk layak ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-3.

Skuad Red Warriors sebelum ini mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu pada suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Sabtu lepas.

Pada perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 5,6,11 dan 12 Okt ini, ATM akan menentang Lions XII manakala Selangor bertemu Kelantan.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : ATM Iringi Selangor, Kelantan Dan Lion XII Ke Separuh Akhir Piala Malaysia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum