Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian
2 posters
Page 1 of 1
Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian
ARKIB : 26/09/2009
Pulau Perhentian Kombinasi laut dan rimba
Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my
KEHIDUPAN di bandar sememangnya memenatkan. Sebagai ganjaran pada diri sendiri, percutian ke pulau yang banyak terdapat di perairan negara ini kini menjadi trend bagi warga kota untuk menyegarkan fikiran akibat beban kerja.
Memang benar, pemandangan indah dan suasana damai di pulau adalah spa terbaik untuk memulihkan semula semangat selepas sekian lama terperangkap dalam kesibukan.
Namun kebebasan tanpa kerenah pejabat dan deringan telefon boleh membuatkan masa begitu pantas berlalu. Sehari dua di pulau sekadar cukup, tetapi tidak pernah memuaskan.
Untuk percutian yang lebih lama, kos pula perlu difikirkan. Tetapi bagi yang lebih mengutamakan masa berbanding keselesaan penginapan (mengikut taraf atau bintang), tempoh percutian pasti dianjak.
Untuk percutian lebih lama, persinggahan ke Panorama Resort & Chalet (Panorama) di Pulau Perhentian, Terengganu mungkin pilihan penginapan yang tepat.
Dari jeti Kuala Besut, bot membawa saya ke pantai Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Dari jauh papan tanda resort jelas terpampang dan tidak sampai lima minit berjalan kaki, penulis sudah berada di kaunter pendaftaran.
Landskap resort yang bersih dan redup dipenuhi pokok-pokok hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.
Resort bajet
Restoran Panorama
Pada sebelah malam, Masron menghidangkan Pizza Seafood yang menjadi pilihan utama di restorannya. Sememangnya lazat, selain itu menu-menu istimewa termasuk lazagnia dan masakan Mexico iaitu Beef Tacos.
Sebagai pencuci mulut, pelanggan boleh menikmati milkshake atau mencuba produk terbaru iaitu aiskrim goreng dan buah-buahan campuran.
Masron memberitahu, restoran yang mampu memuatkan sehingga 180 orang pada satu-satu masa itu turut dikunjungi penghuni dari resort-resort berhampiran.
Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan romantik, ujarnya.
sumber: Utusan Malaysia
Pulau Perhentian Kombinasi laut dan rimba
Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my
PERSEKITARAN resort yang bersih menjadikan suasana percutian seperti di kampung sendiri. |
KEHIDUPAN di bandar sememangnya memenatkan. Sebagai ganjaran pada diri sendiri, percutian ke pulau yang banyak terdapat di perairan negara ini kini menjadi trend bagi warga kota untuk menyegarkan fikiran akibat beban kerja.
Memang benar, pemandangan indah dan suasana damai di pulau adalah spa terbaik untuk memulihkan semula semangat selepas sekian lama terperangkap dalam kesibukan.
Namun kebebasan tanpa kerenah pejabat dan deringan telefon boleh membuatkan masa begitu pantas berlalu. Sehari dua di pulau sekadar cukup, tetapi tidak pernah memuaskan.
Untuk percutian yang lebih lama, kos pula perlu difikirkan. Tetapi bagi yang lebih mengutamakan masa berbanding keselesaan penginapan (mengikut taraf atau bintang), tempoh percutian pasti dianjak.
Untuk percutian lebih lama, persinggahan ke Panorama Resort & Chalet (Panorama) di Pulau Perhentian, Terengganu mungkin pilihan penginapan yang tepat.
Dari jeti Kuala Besut, bot membawa saya ke pantai Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Dari jauh papan tanda resort jelas terpampang dan tidak sampai lima minit berjalan kaki, penulis sudah berada di kaunter pendaftaran.
Landskap resort yang bersih dan redup dipenuhi pokok-pokok hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.
Resort bajet
Resort bajet sederhana itu menawarkan pelbagai pakej penginapan selesa pada harga berpatutan serendah RM30 hingga RM200 semalam.
Pemilik Panorama, Masron Mustafa berkata, resort yang diambil alih daripada bapanya sejak 1996 itu kini antara yang paling popular di pulau itu serta mendapat ulasan baik di dalam laman web, Lonely Planet.
Murah dan selesa. Itulah yang menjadi tarikan terutama di kalangan pelancong ke resort ini.
Selain itu, tarikan yang terletak berhampiran resort membuatkan ada yang melanjutkan penginapan sehingga berminggu-minggu, terutama pelancong luar negara, ujarnya.
Keselesaan tinggal di situ juga dilengkapkan dengan pusat selam, Internet, kedai runcit, perkhidmatan dobi, pakej snorkeling dan juga aktiviti rekreasi lain.
Sementara itu, Masron menasihatkan mereka yang datang untuk menyelam skuba supaya membuat tempahan selaman dan penginapan terlebih dahulu kerana pusat selam (Panorama Diver) yang baru dibuka itu sentiasa sibuk.
Pakej selam skuba ditawarkan pada harga RM70 untuk satu selaman bot atau pelanggan boleh mendapatkan pakej lima selaman bernilai RM335.
Selain itu, pakej snorkeling termasuk persinggahan di Kampung Nelayan juga disediakan pada harga RM45 seorang, tambahnya.
Selepas mencuba tiga selaman di Batu Layar dan Terumbu Tiga yang dikendali oleh ketua selam di pusat itu, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kelengkapan yang disediakan.
Selain pada apa yang dibayar pengunjung, suasana di pantai itu sendiri adalah satu tarikan. Keramahan setiap individu yang ditemui dan juga pantai-pantai yang sentiasa meriah dengan sukan pantai pada setiap
petang.

RESTORAN Panorama yang menyediakan menu enak dan ruang selesa kepada pengunjung. |
Pada sebelah malam, Masron menghidangkan Pizza Seafood yang menjadi pilihan utama di restorannya. Sememangnya lazat, selain itu menu-menu istimewa termasuk lazagnia dan masakan Mexico iaitu Beef Tacos.
Sebagai pencuci mulut, pelanggan boleh menikmati milkshake atau mencuba produk terbaru iaitu aiskrim goreng dan buah-buahan campuran.
Masron memberitahu, restoran yang mampu memuatkan sehingga 180 orang pada satu-satu masa itu turut dikunjungi penghuni dari resort-resort berhampiran.
Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan romantik, ujarnya.
sumber: Utusan Malaysia
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Percutian bajet di pulau Perhentian
ARKIB : 09/01/2011
Percutian bajet di pulau Perhentian
Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
PENGUNJUNG tempatan turut menjadikan Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian pilihan mereka.
MOMEN indah bersantai di tepian pantai sambil dihiburkan deruan ombak mengikat kenangan sepanjang bercuti di Pulau Perhentian baru-baru ini.
Bayu berpuput lembut serta keindahan butir-butir pasir yang melandai menambahkan lagi keasyikan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Justeru andai kata anda ingin kembali kepada kenangan manis percutian itu, berkunjung saja ke Fauna Beach Chalet yang terletak di Pulau Perhentian, Terengganu.
Di sana, pemiliknya, Suhaimi Ibrahim jelas bijak menggabungkan mencantumkan satu suasana menarik apabila keindahan alam bersatu dengan kemeriahan muzik dan menu makanan yang menggamit selera.
Ternyata hasil ilham kreatif Suhaimi atau nama panggilan pulaunya, Mie Fauna menjadikan calet itu berbeza daripada destinasi percutian pulau di negara ini.
Fauna Beach Chalet sudah 15 tahun beroperasi. Paling menarik untuk dikongsi, calet itu sering tumpuan pengunjung luar negara selain para penyelam yang obses dengan aktiviti selam.
Kalau begitu, kita lihat apa lagi kemudahan yang disediakan calet itu hingga penuh sepanjang waktu kecuali musim monsun bermula November hingga Februari.
Menjamu selera
Tarikan utama semestinya sajian yang disediakan seperti masakan Western antaranya pasta, spageti, burger, kentang goreng, fish n chip, stik dan ikan panggang.
Bagi pengunjung tempatan, jangan risau kerana pelbagai juadah tempatan menanti anda seperti pelbagai jenis menu tengah hari seperti kari ayam, daging, ikan, masak lemak, masak asam pedas, selain mihun goreng, mee goreng dan nasi goreng.
Mereka yang sukakan makanan panas dan pedas seperti sajian ala Thai juga boleh mendapatkan tom yam, ikan masam manis dan ikan masak stim.
Air minuman pula sedia membasah tekak seperti aiskrim, banana shaked, jus buah-buahan serta minuman panas.
Anda boleh memilih untuk makan di meja makan yang betul-betul berhadapan pantai.
Jelas Suhaimi, ruang menjamu selera itu cukup sesuai buat keluarga mahupun mereka yang datang makan bersama rakan-rakan.
Bagi menambahkan keindahan malam, terdapat kumpulan muzik akan menghiburkan pengunjung dengan koleksi lagu-lagu evergreen dan nostalgia setiap malam.
Bagi pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka juga berpeluang menjelajah hutan mengelilingi pulau selama dua jam untuk melihat secara dekat pelbagai spesies tumbuhan.
Pengunjung juga boleh mencuba kemudahan rekreasi termasuklah bermain bola tampar, bola sepak pantai selain dapat menguji keberanian dengan memancing dan berkenu berhadapan cabaran gelora ombak.
Menurut Suhaimi, calet tersebut merupakan konsep percutian bajet dan santai di mana pengunjung tidak perlu risau dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Harga berpatutan
Fauna Beach Chalet menawarkan harga bilik yang berpatutan serendah RM55 untuk para pengunjung. Malah jika pengunjung memilih pakej tiga hari dua malam di sini, harga yang ditawarkan serendah RM300 seorang.
Mungkin ramai yang terkejut dengan harga ini kerana ramai sering menyangka percutian di pulau memerlukan kos yang besar walaupun hati meronta untuk ke sini, katanya tersenyum.
Pihaknya turut mengalu-alukan sesiapa saja untuk mengambil pakej lesen menyelam di calet itu yang boleh menempatkan 80 orang pada satu-satu masa.
Pakej yang ditawarkan adalah RM1,300 meliputi makan, minum, tempat tinggal, BBQ, pengangkutan dari jeti, lesen menyelam dan aktiviti pembelajaran.
Fauna Beach Chalet menjanjikan percutian berbaloi wang ringgit bagi mereka yang gemarkan keindahan alam semula jadi.
Apatah lagi kami mempunyai 33 bilik meliputi jenis banglo, calet berhawa dingin dan calet berkipas yang menanti pengunjung, katanya.
Biarpun dianggap percutian bajet, Suhaimi menegaskan, pihaknya mementingkan tahap perkhidmatan berkualiti dan suasana damai yang eksklusif.
Ini kerana dia mahu pengunjung pulang dengan rasa berpuas hati selepas menikmati suasana rehat yang menyeronokkan.
Paling penting katanya adalah mutu perkhidmatan kakitangannya yang memberi layanan mesra mereka kepada pengunjung sepanjang masa tanpa mengira sama ada tempatan mahu luar negara.

Flying fox di Pulau Perhentian
ARKIB : 20/08/2011
Flying fox di Pulau Perhentian
Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my
FLYING fox merupakan daya tarikan terbaharu di Pulau Perhentian.
BANYAK aktiviti riadah boleh dilakukan di Pulau Perhentian, Terengganu. Selam skuba, snorkeling, jelajah hutan, bersantai dan melihat penyu antara aktiviti yang sering dilakukan apabila berada di pantai dan pulau.
Yang pasti, apa yang dilakukan di Pulau Perhentian, juga terdapat di pulau-pulau lain seperti Tioman, Redang, Tenggol, Kapas, Mabul dan Lang Tengah.
Namun, jangan terkejut jika anda berkunjung semula ke Pulau Perhentian kerana kini terdapat satu daya tarikan terbaharu iaitu aktiviti flying fox.
Tarikan terbaharu ini mungkin satu-satunya sahaja yang terdapat di situ berbanding dengan pulau-pulau lain.
Flying fox yang terdapat di penginapan DLagoon di Pulau Perhentian Kecil itu sering mendapat perhatian pengunjung sejak ia dipasang lebih sebulan lalu.
Apa yang menarik, pengunjung yang menginap di DLagoon tidak dikenakan bayaran apabila mencuba aktiviti berkenaan.
Flying fox itu yang dipasang pada ketinggian 15 meter dengan jarak 120 meter, begitu menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.
Mereka yang melakukan aktiviti flying fox berkenaan pasti berasa kagum kerana dapat merasai suasana yang berbeza.
Apa tidaknya, bermula di kawasan hutan dan berbatu, flying fox tersebut melalui kawasan pesisir pantai dengan pemandangan laut dan bukit dan seterusnya mendarat di atas pasir di tepian pantai berhadapan DLagoon.
Anda juga jangan terkejut, kerana cubaan kali pertama melakukan flying fox akan membawa kepada keinginan untuk mencubanya kali kedua.
Inilah antara perasaan mereka yang mencubanya setelah dapat melihat keindahan apabila terbang bersama flying fox di DLagoon.
Bagi yang ingin mencubanya, kakitangan DLagoon terlebih dahulu akan memastikan tali untuk aktiviti flying fox tersebut selamat digunakan sebelum membenarkan pengunjung mencubanya.
Mungkin ada yang tertanya apakah flying fox di DLagoon itu selamat?
Yang pasti, pemasangan tali itu mengutamakan ciri-ciri keselamatan.
Pengusaha DLagoon sendiri yang merupakan bekas pegawai tentera selama 10 tahun, menggunakan pengalaman serta kemahirannya untuk memastikan flying fox itu selamat.
Malah, apabila ditanya, pengusaha DLagoon itu memberitahu, antara latihan yang dilalui semasa dalam pasukan tentera ialah melakukan flying fox.
Sehubungan itu, beliau menggunakan pengalaman semasa dalam tentera itu untuk mewujudkan aktiviti flying fox bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan aktiviti berkenaan.
Tarikan terbaharu di Pulau Perhentian itu secara tidak langsung berjaya menarik kehadiran pengunjung yang mahukan kelainan apabila berada di pulau berkenaan.
Bagi mereka yang ingin mencuba flying fox selain aktiviti skuba, treking, snorkeling dan bersantai di Pulau Perhentian, boleh menghubungi pengusaha DLagoon di talian 012-9850678.

Palladium- SUPER DUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 295
Umur : 46
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 6304
Re: Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian
jalan-jalan hujung minggu
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Similar topics
» BULAN MADU KEDUA
» Kisah bulan madu
» Teh 'O' Madu
» Salam From Pulau Pangkor
» sajian popular pulau pinang
» Kisah bulan madu
» Teh 'O' Madu
» Salam From Pulau Pangkor
» sajian popular pulau pinang
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak